Kembar?

Assalammualaikum.

Ini kali pertama aku tergerak untuk bercerita tentang kisah misteri yang aku lalui. Sebelum aku bercerita, aku perkenalkan diri sebagai Syud. Aku berasal dari Kuala Lumpur dan pada tahun 2016, aku menyambung pelajaran di sebuah kolej vokasional di Kelantan. Saja mahu bertukar angin dan berdikari kononnya. Padahal mahu memberontak kerana ayah memaksa aku menyambung tingkatan 4 dalam kelas sains, sedangkan aku minat sastera.

Okay, berhenti melalut dan luahan perasaan yang mengarut. Berbalik pada cerita.

Kali pertama duduk di asrama, dan di tempat yang menggunakan bahasa atau loghat yang agak asing dari loghat tempat asal aku memang agak sukar. Tapi selepas seminggu, aku dapat menyesuaikan diri kerana aku agak peramah orangnya.

Ceritanya bermula apabila setelah 2 bulan di asrama, aku meminta untuk bertukar blok asrama kerana kebanyakan rakan satu course duduk di blok A, manakala aku duduk di blok C. Aku gunakan alasan payah mengulangkaji kepada warden memandangkan kedudukan blok agak jauh dan blok B merupakan blok penempatan pelajar lelaki. Warden pun bersetuju setelah aku memberi bermacam alasan kepadanya.

Di Kuala Lumpur, aku memang seorang yang jahil. Jadi azam aku di Kelantan adalah mahu berubah. Bertudung labuh, menjaga aurat dan menjaga solat adalah antara azamku. Dan dipermudahkan kerana dikurniakan sahabat yang alim dari terengganu.

Di blok A, aku ditempatkan di dorm 2A3. Disebabkan blok ini baru dibuka setelah 2 tahun ditutup, hanya 3 dorm yang dibuka. Dorm 2A1, 2A2 dan 2A3. Dorm aku di sebelah dorm yang ditutup, iaitu dorm 2A4 dan 2A5. Harap penerangan yang mempunyai banyak nombor ini tidak memeningkan pembaca. Maaf, aku memang tidak pandai dalam bab-bab menggambarkan sesuatu perkara ni.

Maaf sekali lagi sebab lambat sampai bab misteri. Dorm aku hanya didiami 5 orang penghuni dan tidak perlu diceritakan kenapa, nanti makin panjang pula cerita. Ahli dorm adalah aku, Sakinah, Cheq, Sue dan Keding.

Aku merupakan ketua dorm dan dianggap paling berani kerana selalu turun bersendirian dan minat mandi malam di kawasan kolah di tingkat bawah. Tingkat bawah memang agak sunyi kerana tiada satu pun dorm yang dibuka dan aku juga tidak tahu mengapa. Aku bukannya berani sangat pun, cuma malas nak layan perasaan takut.

Pada suatu malam, seperti biasa, kelima-lima kami akan turun ke kolah untuk berwudhuk sebelum tidur. Lebih kurang pukul 12 tengah malam. Aku dan Sakinah merancang untuk mandi dan membasuh baju pada malam itu. Disebabkan aku ingin mengambil baju dahulu, aku menyuruh mereka semua turun dan aku akan turun kemudian. Dalam 15 minit kemudian, aku pun turun bersama baju yang ingin dibasuh. Sue yang berada di hujung tangga memandang aku dengan pandangan yang agak pelik dan nampak keliru.

“Eh, bukan Umie turun dah ke tadi?” Sue bertanya. Mereka menggelarkan aku Umie kerana minat berleter.

Aku memandangnya pelik sambil mengelengkan kepala. Sue menggaru kepala. Yang lain hanya sibuk dengan kerja masingยฒ. Sepanjang malam itu, Sue hanya senyap sahaja.

Keesokan harinya, selepas waktu kelas, kami semua kembali ke dorm dan duduk ramaiยฒ di tengah dorm. Memang rutin kami hariยฒ begitu. Ketika itu, Sue pun bertanya lagi soalan yang sama.

“Umie, betul ke Umie tak turun lepas kitorang turun and Umie tak naik balik untuk amik baju?” Sue bertanya dengan nada yang serius.

Aku agak malas melayan kerana Sue sudah bertanya soalan yang sama sejak dalam kelas lagi.

“Ye, Umie baru turun waktu Sue tanya tu. Tu jela Umie turun, malaslah nak naik balik amik baju,” aku jawab juga jawapan yang sama aku jawab sejak pagi tadi.

Selepas yakin dengan jawapan aku, Sue dan yang lain pun berpandangan sesama sendiri. Sungguh aku betulยฒ tak faham dengan mereka ni.

Sue pun membuka cerita.

Lepas pada mereka turun, selang beberapa minit, Sue nampak aku turun dari tangga dalam keadaan berkemban. Sue berasa pelik kerana aku tidak pernah berkemban di asrama walaupun di dalam dorm. Sue pun hanya biarkan sahaja. Ahli dorm yang lain juga turut berasa pelik dan hanya mendiamkan diri. Mereka lihat aku hanya senyum dan bergerak ke tandas sambil membawa baldi.

Sewaktu Sakinah melalui bilik membasuh baju yang berada di sebelah tandas, dia ternampak kelibat aku yang berkemban dan berniat ingin menegurku selepas melepaskan hajat kecil di tandas.

Selepas selesai, perlahanยฒ dia bergerak ke bilik membasuh baju untuk menyakat aku. Peliknya, aku tiada di situ. Sakinah pun bertanya kepada Sue adakah dia ternampak aku keluar dari bilik tersebut. Sue pun menjawab bahawa aku hanya masuk ke dalam tandas dan tidak keluarยฒ sejak dari turun tadi. Tapi bila Sakinah mencari aku di tandas, aku tiada. Dia pun berfikiran positif bahawa aku sudah keluar. Ataupun, dia tersalah nampak aku di bilik membasuh baju.

Dan ketika itu jugalah aku turun dari tangga dalam keadaan lengkap berpakaian sambil membawa baldi. Sue yang berada di hujung tangga agak terkejut dan bertanya soalan tadi. Suasana memang agak senyap berbanding biasa. Malam itu tetap berlalu seperti biasa walaupun masingยฒ tidak banyak bercakap dan bergurau seperti selalu.

Kejadian ini bukan hanya berlaku sekali. Tetapi banyak kali juga dan bukan dialami oleh ahli dorm aku, malah turut dialami oleh ahli dorm yang lain. Masalahnya, kelibat itu hanya menyerupai aku dan tidak menyerupai orang lain.

Pernah sekali, ahli dorm 2A1 yang bernama Bibi melepak di dorm aku. Ketika hendak masuk ke dalam dorm aku, dia terlihat kelibat aku yang menuju ke arah tangga dan ingin turun ke tingkat bawah. Bibi menegur tetapi aku tidak menjawab dan dia hanya menganggap aku tidak dengar. Bila dia masuk ke dalam dorm aku, dia pun bertanya kepada Sue dan Sakinah mengapa tidak teman aku dan membiarkan aku keluar sendirian pada lewat malam itu.

Sakinah berasa pelik dan menjawab bahawa aku ada di dalam dorm. Sakinah menjerit memanggil namaku, dan aku pun menyahut ala kadar kerana sibuk bermain game Pou di handphone ku. Sekali lagi, malam berlalu agak senyap daripada biasa dan aku tidak tahu apaยฒ sehinggalah diberitahu keesokan harinya.

Walaupun banyak kejadian begitu, ahli blok hanya diganggu dengan penampakan kelibat aku sahaja. Disebabkan itu, hal tersebut tidak diperbesarkan kerana tidak mendapat gangguan yang serius. Malah, kami menjadikannya sebagai gurauan antara kami. Setiap kali mereka bertemu dengan ku ketika berseorangan, mereka akan meminta aku mengucap dan membacakan al fatihah untuk memastikan aku yang betulยฒ berada di hadapan mereka. Aku juga tidak pernah diganggu sepanjang aku di sini.

Sehinggalah aku balik kembali ke blok lama ku iaitu blok C…

Maaf kerana jalan cerita yang agak terabur dan tidak tersusun. Cerita juga agak tidak menyeramkan. Hanya sekadar perkongsian aku yang merantau ke negeri orang pada usia 16 tahun. Pengalaman yang aku jadikan kenangan di tempat ini. Jika inginkan sambungan di blok C, bagitahu ye. Kalau tidak mahu pun, aku tak kisah

Syud

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.3]

42 thoughts on “Kembar?”

  1. nak cerita block C tu.best la cerita akak.tapi akak tak rasa takut ke sebb benda tu asikk menyerupai akak?and benda tu takpernah kacau akak ke?

    Reply
    • Taktau la kenapa berani sangat waktu tahun satu tu. Sekrang dah masuk tahun 3 ni, duduk kat blok C nak pergi toilet pukul 6 petang pun takut.

      Reply
      • Aku faham. Time remaja biasalah bold and laid back. Berani lain macam. Tapi bila makin menginjak usia dah kenal dunia, kita akan fikir panjang dan lebih berhati-hati.

        Reply
  2. kenapa di setiap post..pasti ad komen seorang jejaka tampan berbaju merah berambut mcm nk mintak penampaq..gila ranking kot no 1.haha semak

    Reply
  3. Mula2 baca tu ingatkan lelaki , sebab nama syud . Eh sekali “niat nak berubah pakai tudung labuh” baru aku tahu kau perempuan ๐Ÿ˜‚

    Reply
  4. Ooo takut . Aku pernah kena gak cmni tapi menatang tu sengih kat aku dari satu hujung pintu ke hujung pintu yg lain. Bila aku pi dekat, “kawan” aku tu hilang.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.