Kenangan Ramadhan

#SeramRamadhan

Hi FS! nak send 2 story boleh x? hehee..

**1ST STORY**
Dulu masa aku kecik2 ( darjah 6 ), ada la makcik sebelah punya sebelah rumah ni warga indon. Selalu dengar dia bergaduh laki bini siang malam gaduh jer hari2. Kitorang jiran2 dah lali dengar seperti contoh, ‘Sialan ! Lagik nyusahin! Emangnya kau mau m**i lagi bagus ya?!’ dan macam2 lagi. Makcik indon tu baru pindah rumah tu beberapa bulan. Mula2 macam nak masuk campur, tapi lama2 mak bapak aku pun dah tak pedulik.

Masuk bulan Ramadhan, mak aku buat bubur lambuk nak agih2 kat orang kampung. Mak pun hantar kat rumah indon tu. Tengok2 da kosong! Rupanya dah pindah rumah. Patut lah lately ni dah tak dengar suara orang bertekak dah. Satu hari tu mase bulan puasa, mak terjaga dengar bunyik orang mengaji kat masjid (masjid dekat dengan rumah aku). Abah pulak kerja malam pukul 7am baru balik. Mak pun siap2 nak sediakan lauk sahur. Sekali mak terperasan sebenarnya baru pukul 3am! Takkan awal sangat orang masjid nak mengaji? Tapi masih jelas dengar suara orang macam mengaji.

Aku terjaga dengar mak call abah bagitahu apa yang mak dengar. Aku pun dengar sekali. Lama2 dapat dengar sebenarnya suara tu suara makcik indon tu macam bergurindam. Sampai sekarang aku dengan mak tak tahu apa makcik indon tu baca. Sebab mak kata bila dengar balik, bukan Al-quran yang dia baca. Plus, tak silap diorang dah pindah rumah dah minggu lepas. Rumah memang dah kosong. Sudahnya, kami dua beranak buat2 takde ape berlaku. Mak terus ambil wudhuk solat sunat. Aku? Sambung tidur tapi tak boleh nak tidur. hahaaa.. **otak dah pikir macam2 time tu.. bebudak kan.
Pagi tu lepas dah cerah sikit mak pun pergi jengah la rumah indon tu. Still kosong! O.o”

**2ND STORY**

Story yang 2nd ni tak laa seram mana tapi misteri jugak laa.

Dulu aku praktikal dekat 1 company kat Johor under gov department. Bangunan dia sedikit usang. Praktikal 6 bulan boleh laa nak hadap, kalau kerja tetap tu tak laa kot. *penakut* haha. Tempat kerja aku ni bangunan lama. Surau dia asing kat tingkat atas sekali. Hari biasa balik pukul 5.30pm tapi bulan puasa awal 1jam. Selalunya, sebelum balik 4.30pm tu, aku akan sembahyang asar dulu dengan ofismate dekat surau baru balik singgah bazar bagai.

Satu hari, ofismate aku ni cuti. Balik tu aku pegi sembahyang sorang2 macam biasa. Bulan Ramadhan, nak risau ape ye dak walaupun surau dia memang sedikit sunyi. Aku pun start angkat takbir masuk rakaat pertama. Duduk antara dua sujud. Then masuk rakaat kedua. Ok kat sini suddenly aku dengar orang berbisik2 kat belakang aku. Maksudnya ada muslimah baru sampai selepas aku and baru start sembahyang. Surau tu agak sempit so kalau ade sorang dua jemaah memang boleh nampak sipi sipi pergerakan solat diorang tu.

Masa bagi salam tu, aku memang nampak bayang orang tengah sembhyang belakang aku cuma takde laa nak pandang sungguh sebab aku tengah sembahyang lagi kan. Habis bagi salam, aku pun baca laa doa macam biasa. Aku pusing jer nak bukak telekung & simpan, takde orang dah belakang aku! Eh?!? pantas betul minah ni keluar???? Rasenye baru tadi rase dia tengah sembahyang lagi kat belakang. Siap dengar lagi desis2 halus bacaan solat dia.

Aku terus angkat beg and balik. Mase nak keluar dari office, memang tinggal aku sorang jer! Yang lain semua dah sapan balik . Aku tanya pak guard India kat gate tu, ada tak staff perempuan baru keluar dari sini? Dia kata takde, semua dah balik sharp 4.30 tadi. Pukul 4pm pun ada yg dah balik dah .. ?
Aku cerita dekat mak aku. Mak aku kata ada jer jin Islam yang kadang2 tumpang solat. Jin Islam tak kena gari masa bulan Ramadhan.

Adeh.. nasib tak nampak muka ke apa, kalau tak sawan gak aku. Walaupun jin Islam ke muallaf ke ape, tetap jin.. huu..

Salam Ramadhan semua warga FS!! 🙂

ryna

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.