Untuk part 4 ini biar aku ceritakan mengenai siapa UMI sebenarnya..
[ UMI.. AKU CERITA TENTANG UMI ]
UMI vs USTAZAH KELASKU.
Oklah, aku nak bagitau dengan jelas.. bukan semua Ustazah menjadi penunggang Agama.. Ada yang side aku. Tapi otak lambat panas, berfungsi dengan baik.
UMI mengajar dari kelas 5-8.
Ustazah aku dari kelas 1-4.
Sejak kes aku dituduh ” Memperkosa UMI..” Ustazah aku pun boleh tahan, provoke aku.. marah hari2 baran padaku..
Perubahan 360° pandangan ustazah pada aku.. Aku dilarang masuk kelas mengaji. Kelas Agama kot.??! Kalau aku tak belajar agama, mana aku mahu pergi.. takkan aku join pendidikan moral.
Hari2 aku cakap diri sendiri.?? Apa salah aku..Aku bayar yuran sekolah.. Aku dipaksa keluar.?? Aku terangkan dekat Ustazah. Ustazah tak mahu terima, keras kepala..satu aku cakap, semua Ustazah balas aku pendusta.
Menangis aku kena fitnah, semua ke surau. Aku dipaksa keluar dok padang sorang2.. Kalau sejam waktu kelas agama. Sejamlah.. aku menangis. Aku tak kisah orang sebut murtad or kafirr..tapi kalau orang cakap aku penentang Agama.?? Kepala aku terus sakit..sakit sampai aku jadi sasau..ketawa sorang2..bila terkenang ayahku hantar belajar Agama, tapi aku jadi penentang Agama..sampai sekarang aku emosional bila terkenang balik. Aku memang tak mampu melawan walaupun kudrat fizikal aku kuat.
Kalau orang nampak kita di luar surau hari2.. Aku tak kesah! Tapi aku takut orang akan bersama denganku, join boikot kelas Agama..itu tak betul. Aku tak mahu even Ustazah salah. Kelas agama start, aku akan cari pot sembunyi.
Nak solat dengan mereka.. jangan mimpilah.. Buku Note dan Latihan yang aku hantar, mesti hilang..Menangis aku salin balik.. Note agama paling banyak kot..catatan dia.
Sudah berbulan aku kena cop kafir dan belajar di kelas lain..aku jadi lali. Start kelas Agama, aku blah ke tempat lain. lepak kat kantin aku makan. Ustazah panggil nama aku.. aku blahh. Aku cakap Ustazah semua sudah m**i.. Do i care.!!
UMI BAGI RM 500.00.. ingat balik UMI ada Sogok aku dikelas dahulu. UMI sebenar datang dengan Ustazah kelas aku ini berdua. Ustazah dipaksa UMI kawal pintu kelas jadi Guard disitu, UMI pas sampul duit RM500.00 diatas meja.
Pot pet..pot pet.. UMI suruh aku mengaku semua kesalahan berlaku terhadapnya. Aku cakap :
” Saya kena gantung sekolah 2 minggu, amaran pertama..boleh tarik balik ke.?? “
” Saya tidak boleh la buat begitu, bukan saya keluarkan surat itu..Pihak sekolah yang mahu menghukum kamu. Oklah, duit ini sebagai pampasan sebab saya mengatakan kamu memperkosa saya dahulu. Kedua, saya mahu kamu anggukkan sahaja kepala pada Ustazah itu, kamu kenal kan dia.. Ustazah yang mengajar kelas kamu..” UMI planning jahat.
Aku panggil Ustazah..Ustazah sudah berdiri disebelah UMI.
Aku: Ustazah kenal ke.. UMI..??
Ustazah : Kenal! Sudah tentu, kami guru mengajar subjek yang sama.
Aku : Maksudnya.. Ustazah berpakat dengan UMI! Kenakan saya.. Tergamak Ustazah, buat saya macam sampah. Ustazah semua sama je.
Ustazah : Apa yang saya buat.?? Apa yang sama.?? Saya tak faham lahh..
Aku : Ustazah! Lupa.. Apa Ustazah buat ke atas saya. Saya di fitnah. Bertaubatlah! Ustazah.. sebelum terlambat.
Aku campak duit dekat muka UMI, beri amaran keras..terus aku blahh.
Selepas beberapa hari dari kejadian itu, Ustazah jemput aku ke surau bersemuka dengannya. Memang banyak kali aku diperlawa oleh Ustazah..aku tolak. Tapi kali ini aku terpaksa terima disebabkan duit RM500.00, rupanya UMI mengatakan itu duitku. Ustazah ugut kepadaku, sekiranya duit itu tidak dituntut sehingga kini, duit itu akan didermakan pada tabung surau sekolah.
Aku terpaksa pergi..duit itu bukan kepunyaanku. Itu duit Gee.. Aku kena amanah pulangkan kepada yang berhak. Aku bersemuka dengan Ustazah dihadapan pelajar Agama dari kelasku.
Ustazah ajak bersembang denganku. Aku pinta Ustazah cari beberapa pelajar yang boleh Ustazah percayai, sebab aku tidak mahu buka aib orang.. aku nak cakap secara peribadi. Ustazah setuju.., entah berapa ramai pelajar perempuan Ustazah pilih temaninya. Ramai pulak..lantaklah, aku sudah buat yang terbaik.
Aku mula bicara dahulu tapi aku minta Ustazah mendengar..abis penjelasanku. Ustazah boleh bersuara.., kalau Ustazah mencelah..aku blahh. Aku takmahu berat sebelah dari penilaian Ustazah kepadaku. Ustazah yang panggilku kemari.., Ustazah dengarlah kan.. Kalau Ustazah mahu maki aku.. baik aku berambus. Ustazah! Bagi aku sudah m**i. Masa ini aku takde jiwa untuk hormat pada seorang pendidik guru Agama. Sakit itu masih berbekas.
Aku mula perjelasan tanpa sembunyi..memang aku telah menduga. Ustazah suruh stop seketika. Berbincang dengan budak2 perempuan..kemudian, meminta aku sambung semula. Habis aje aku terangkan.. last ayat aku katakan.. saya tak minta pun Ustazah percaya kata2 saya.., Saya tahu.. Kata2 saya tak layak disisi orang ada Agama seperti Ustazah. Lebih2 lagi saya burukkan guru satu jawatan dengan Ustazah. Duit itu, Ustazah serahkan semula pada Gee dan bila Gee sampai.., Ustazah tanya pada Gee sendiri. Tapi saya pinta bila Gee sampai disurau, saya blah.. Saya tak mahu nanti Ustazah cakap saya pengaruh Gee.
Ustazah panggil Gee segera ke surau, Gee berlekas kemari dan aku terus berlalu pergi.. Aku serahkan Gee pada Allah, Baik percakapan Gee..baiklah. Kalau buruk Gee terhadapku, Aku berserah.
Esoknya, Ustazah berjumpa denganku secara peribadi. Ustazah start menangis semahu-mahunya. Ustazah masih tidak percaya akan sikap UMI. Ustazah memohon maaf padaku.
Aku balas.., ” Ustazah sama je dengan UMI. UMI kenakan Gee. Ustazah kenakan saya. So, tiada perubahan yang saya lihat pada diri dua2 Ustazah..PENDUSTA. “
Ustazah mahu memarahi aku, bila aku merendahkan mertabat dia sebagai pendidik..
” Maaflah Ustazah. Saya datang ke sekolah mahu belajar Agama. Tapi saya dihalau dari kelas..mana hak saya.?? Pernah tak Ustazah terfikir perasaan saya.?? Berbulan-bulan kesudah Ustazah buat sesuka hati terhadap saya. Saya boleh terima, sebabkan apa.. Saya mampu bersabar lakonan baik korang semua. Kalau tidak, sudah lama saya fikir jalan yang sama Gee pilih. Dari saya m**i.?? Baik saya anggap Ustazah saya semua telah m**i. Saya bahagia.. ” Aku sambung lagi..
” Orang dikatakan ada ajaran didikan Agama, mahu khianati saya.. Mana saya mahu pergi.?? Cakap.?? Apa dosa saya pada Ustazah..dan tergamak Ustazah, buat pelajar macam saya.?? Saya difitnah! Berulang-ulang kali saya katakan saya difitnahh! Ada Ustazah mengerti..
Ada Ustazah dengar rintihan saya..
Saya pinta Satu word jadilah.. Satu word!
Dari insan berakhlak. Saya merayuu!!
Saya tak bersalah Ustazah..
Saya tak bersalah Ustazah..
Saya bukan penentang Agama..
Saya datang kesini mahu belajar Agama..
Apa salah saya. “
Aku menangis teresak-esak sampai terduduk.
Habis menangis aku kesat airmata yang berjurai terus aku blah tinggalkan Ustazah. Aku belum bersedia memaafkan Ustazah. Hari2 aku dapat taupaw makanan free dari Ustazah kirimkan. Aku tak makan. Semua makanan datang aku bagi pada orang lain makan. Lama aku merajuk, last aku mengalah.. sebab Ustazah pun tiada kena mengena hal ini. Cuma termakan hasutan..aku bersabar. Demi belajar Agama, aku rela bersatu hati walaupun perit!. Aku tahu.. Ustazah masih bersubahat! Disebelah aku, pujuk rayu.. Disebelah UMI, bertepuk tangan.. Tunggu aku wash brain Otak Ustazah yang banyak termakan dek dedak UMI. Tak takut dosa ke.?? Penipu..
Ustazah menangis bila aku kembali. Macam mak dengan anak, Ustazah sangat gembira. Aku cakap Ustazah.. Sekarang masanya Ustazah perlu betulkan keadaan. UMI perlu diberikan nasihat dari orang dewasa. Kalau Ustazah tidak lakukan..ramai pelajar lain menjadi mangsa.
Ustazah : Takot..!!
Aku : Aikk! Ustazah buat dekat orang, pernah Ustazah terfikir takut tak.??
Ustazah : Biarlah dia. Lagipun buat apa mahu masuk campur hal orang lain. UMI kan mengajar Agama kelas lain. Kamu kan ada saya.
Aku : Ini Agama, Ustazah. Kalau salah, kena tegur.?? Ilmu Agama Ustazah belajar kena ada balance. Ustazah mengajar kami buat perkara baik tapi Ustazah sanggup biarkan.. Ustazah disana merosakkan imej Agama. Itu tak wajar.. Kalau Ustazah takut menegur.?? Janganlah bersubahat.. Allah kan ada di pihak yang benar.. Kenapa perlu takut.??
Ustazah : Ok! Kalau macamtu, kamu sahaja fikirkan untuk Ustazah buat apa.?? Kamu kan lelaki kuat.
Aku : Lelaki.??! Ok. Boleh ke saya lempang UMI.?? Tak boleh kan. So, Ustazah.. Kalau cadangan saya diketahui UMI, teruk saya kena hentam lagi. Fikirlah dari diri sendiri..Ustazah. Takkan saya mampu mengajar Ustazah pulak.??! Sebelum ini pun saya belajar dari kelas Pendidikan Moral.
Ustazah : Berani kamu memperli saya ye. Ustazah ingat kamu sudah berubah.. Kalau kamu mahu menghina saya lagi, lebih baik kamu keluarr dari surau ini.??
Aku : Saya sama aje. Ustazah pun sama. Saya tahu Ustazah dengan UMI kawan karib, kamchingg lagi tu, makan bersuap sama2. Ustazah..Saya malulah, kalau pelajar lain dapat tahu kita berlakon baik. Saya ke sini, saya masih belum terima permohonan maaf Ustazah tau. Saya mahu UMI memohon maaf dahulu, dengan apa cara dia telah menfitnah dibelakang saya. Baru saya jejak kaki disini belajar dengan Ustazah. Aku blahhh.
Satu hari, aku nampak UMI dimarahi teruk oleh Ustazah. Menangis UMI..UMI dibawa kepadaku disuruh memohon maaf diatas segala fitnah dan burukkan namaku sepanjang aku berada disekolah ini. Ustazah dan UMI buat haluan masing-masing.
Ustazah menasihat UMI bertaubat..kalau tidak mahu Ustazah bocorkan rahsia UMI. UMI terus berubah akhlak baik.. Pengaruh UMI telah tiada..dan dipulaukan oleh para guru sekolah. UMI sudah tidak lagi berani melakukan khianat kepada orang lain. Belajar Agama, kenalah sedar..lebih2 lagi kita mengajar kepada orang lain. Kalaulah aib itu diketahui di mata masyarakat, lagi malu UMI dan dipandang serong..Bertaubatlah, selagi nafas masih terasa.
Untuk episod kali ini pula biar aku ceritakan mengenai AKU vs CS …
Aku sudah mengagak CS akan mencariku di sekolah ini sejak kembalian dia dari reman polis. Seminggu masa berlalu selepas kejadian itu, Aku dipanggil melalui budak perempuan ini. Aku naik kelas pergi ke beg, aku bawa pisau lipat..ala yang p****g pensil tu..mata pisau tolak ke atas. Aku simpan pisau dalam poket seluar.
Aku bertentang 2 mata dengan CS didalam bilik darjah diwaktu rehat. Budak perempuan panggil aku, jauh sikit belakang aku rakam dengan telelefon. CS datang dekatiku..
PANGGG.!!
CS hanyun tangan lempang aku. Pehh! perit.. Berdensing telinga sebelah. Aku jadi hot la.. baru tiba kena makan penampar. CS bla..bla..bla.. satu haram aku tak dengar sebelah telinga aku kan pekak berdesing..sampai CS habis cakap. Aku pandang belakang budak perempuan itu sudah berhenti rakam mungkin memori penuh. Aku start bertindak..
“Sukati kau main lempang anak orang..” Aku cakap CS talk is over.. Aku lawan. Besar tak besar badan CS, aku rembat. Sempat juga hinggap penumbuk di muka dia walaupun aku kena lanyak kalah..hahaha.
CS mengaku memang di mahu mengikis harta arwah ibu bapa kepada Gee, bagi Gee dadah dan mahu Gee m**i terseksa dahulu.
Aku diajak berkongsi habuan harta Gee memandangkan aku seorang je tahu niat mereka. Aku cakap aku taknak subahat..duit haram.. Lagipun kau CS hati hitam..busuk.. sanggup niayai anak yatim dan pukul UMI, lelaki dayus..puihh! Tak layak untuk hidup..
CS ugut padaku akan lakukan lagi keji terhadap Gee, iaitu mahu merogol Gee.. dan UMI lagi teruk dia akan belasah dan dicerai kelak.
” Aku mahu harta sahaja..yang lain boleh dicari penganti.”
Aku balas :
“..Jangan sampai aku rodok kau terus m**i.. harta Gee nanti biarlah Gee kongsi dengan Mak Sedaranya. Kau padan muka kelabu asap, m**i sia-sia..hahaha.” Aku tunjuk pisau ditanganku, CS menagis dan melutut ala2 kebudakkan.. Terus aku blah. Budak perempuan yang tukang rakam tu aku pergi sebelah dia, Aku rampas telefon jenis apa ntahh..darinya terus aku baling ke lantai..pecah berderai..
Aku gertak.. ” Kau NEXT.. subahatkan..tengok kepala kau aku pecahkan..hahaha.” Menangis perempuan itu.
Tiada pun report or tindakan keatasku disebabkan tiada saksi. Sejak kes dari itu sehingga sekarang, CS berhati-hati berhadapan denganku.. Mana berani bersemuka berdua denganku, mesti standby orang upahan bersamanya. Mesti ada tukang rakam dan cover line dia dari jauh..hahaha.
SOGOK
Selepas dari kes itu, CS datang padaku. Masa itu aku keseorangan didalam bilik darjah. CS bagi sampul surat warna coklat didalamnya, ada duit cash RM 5K. Duduk jauh CS berbicara denganku.
CS perli aku, dia cakap bebudak2 lelaki zaman sekarang suka merempit kan.. So, aku bagi kau duit pergi beli motor cash memandangkan aku pergi sekolah naik basikal. Ketinggalan zaman, naik motor baru ramai perempuan sangkut. Jadi, CS mahu aku lupakan Gee dan bekerjasama dengan dia.
Aku diam je. Habis dia pott pett pott pett membawang.. aku blahh bawa sekali sampul surat berisi duit itu ke belakang kelas. Aku selamber lambakkan duit itu ke dalam tong sampah.
Aku cakap :
” Aku taknak bersubahat dengan kau, setann.. Ini duit haram. Kau tak reti bahasa ke.!?? Kau beri aku duit lagi..siap kau. Aku bakar duit ini.. ” Aku blahh dari kelas tersebut.
Sebab apa aku tak mahu terima or subahat.. Aku tadi ingat mahu serahkan duit itu balik kepada Gee tapi aku taknak disebabkan CS pandai memanupulasi pihak lawan.
Korang ingat tak.??! Budak perempuan yang tukang rakam tu.. dia kena ugut CS. Teruk kot kena pukul. Budak girl ini sudah dibayar RM 500.00. Aku memang target girl ini, lama2 girl ini insaf dan taknak bersubahat kerja kotor dengan CS.
CS ugut..
duit yang dia beri, dia minta ganti rugi balik..kalau tak dia rogol budak perempuan ini. Kesian, kena belasah lagi. CS bagi tempoh 2 minggu..kalau takde dia pukul je girl ini.
Girl ini takotlah.. nak report takut mak bapak dia tahu..malu lagi. Duit takde sudah habis, dia pergi beli telefon baru. Dia mana mampu bayar ganti rugi balik. Aku dengan Gee bantu dan selamatkan girl ini. Sebaik, Gee sedekahkan duit dia. Ramai lah sudah terkena dengan CS, aku berjaya selamatkan..
Aku bersyukur, Gee dengan aku walaupun tidak sehaluan tapi didalam bab ini dia masih mahu membantu aku.
GADUH DENGAN PELAJAR LAIN
Kalau aku cakap korang memang hari2 ada aje orang cari pasal dan gaduh denganku. Teruk lah aku kena belasah.
Luar sekolah bebudak yang aku tak kenal mesti tunggu dekat pintu GATE sekolah, standby dan dapat aku diorang pukul curi terus lari.
Kadang2 aku jalan ronda2 kampung macam biasa pun kena pukul pukul curi. Aku tak kenal orang kot tau2 kena tibai.
Sebab apa..Anak buah CS dan UMI ramai. Sepupu sepapat saudara dekat dan CS upah orang dewasa lagi perhatikan gerak geri aku. Sebaik mental aku kuat.
CS UPAH SAMSENG NAK B***H AKU
CS pernah datang ke rumahku. Dia gunakan alasan Program Pendekatan Guru bersama Anak Murid selama seminggu. Siap rekod kedatangan bagai. Niat dia satu je, mahu tahu aku tinggal dimana, aku guna laluan mana dan burukkan aku dihadapan family aku.
Ayahku pernah dibelasah samseng secara tiba2 semasa keluar berseorangan.. jadi kitaorang sekeluarga sudah mula berhati2 pada pihak orang asing.
Aku cerita peristiwa pergaduhan paling sardis pernah berlaku.
CS upah 3 orang samseng serang aku didalam halaman rumahku. Mereka ber4 tiba menaiki 2 buah motor.
Disebabkan mereka buat kacau..memekak, Atok aku keluar ambik parang terus mengamuk. Kebetulan pulak masatu, ayah baru balik kerja awal bawak lori terus parking dan blok laluan jalan keluar dari rumah kami. Kami start kejar mengejar CS bersama Samseng itu lari.
Mereka lari lintang pukang, sebuah motor mereka sempat bawa lari.. Satu motor jenis Yamaha Sokan telah ditinggalkan mereka, selamber Atok aku bakar disitu jugak. Main2 lagii.. buat kecoh dirumah orang. Sikit lagi nak kena tetak dengan parang dan dari sejak itu tiada samseng taik kucing berani tunjuk muka di kawasan rumah kami.
Satu hari semasa aku baru balik perjalanan pulang dari sekolah, aku kena blok dan ditangkap oleh orang upahan CS didalam kawasan kampungku. CS bercakap melalui telefon marah padaku akan motor yang dibakar itu, dia kena ganti rugi pada samseng tersebut. Aku yang kena pegang mampu gelak je.
3 samseng ini berasa peliklah kenapa aku tak berasa takut pada mereka. Aku bagitau korang patut takut dekat aku sebab korang berada di tanah milik pak sedaraku. Aku siap tunjuk pak sedara aku disebalik pokok kelapa berdekatan kami berada.
Pak sedara aku seorang askar. Dia memang perhatikan gerak geri kelibat samseng dari awal tiba. Lagipun aku pernah adukan pada pak sedara aku tentang perihal samseng upahan yang datang menganggu. Memang kelam kabut samseng itu lari bila pak sedara tunjuk sabit panjang.
Pernah samseng yang ramai menaiki sebuah Van datang serang rumah pak sedara aku. Lunyai pak sedara aku. Pak sedara meminta bantuan pada ketua batalion dan bos dia hantar pasukannya repeat balik serang samseng semua. Kena kutip balik samseng upahan tersebut sorang2 kena balun, baru ada akai dan aman semula di kawasan kampungku. CS dan Orang2 upahan dia tidak lagi berani tunjuk muka dikampungku.
TAMAT SEKOLAH
Aku mulakan hidup baru. Cari kerja di KL. Tapi itulah CS tetap ada dimana2 sahaja aku berada.
Suatu hari aku bertemu CS.. didalam kawasan rumah sewaku. Aku diserang hendap kena tibai dan kena pegang, terduduk aku menahan sakit kena tumbuk di perut. CS dan 2 orang upahan serang aku disitu.
” Weii..!! Syiall kenal aku siapa.?? “
” Kau siapa! tiba2 datang pukul orang apsal.?? “
” Aku CS lah bodoh.. Ingat masa sekolah dulu..Hahaha. Tengok muka aku ini..Siall. Anak perempuan aku..kau rogol, mana kau sembunyikan dia..?? “
” ROGOLLL.??! Main petik je kau..
Sejak bila kau ada anak perempuan.. BANGANGG!! Setahu aku UMI mana ada anak.. itu yang dia ambil bela Gee sebagai anak angkat.. Anak pertama.
Kalau adapun anak kau masih sekolah rendah kot..”
” Tau2 je kau. Aku sengaja reka cerita supaya aku dapat dekat dengan kau.. Aku nak kau rasa terhina kena aniaya dengan taktik baru aku fikirkan ini..Hahaha. Mana kau sorok Gee, dekat mana Gee sekarang.??!”
” Gee.??! Kau kan Pak Sedara dia, kenapa taye aku lagi. Kau ingat aku jaga anak orang ke bodoh.??! “
Aku kena belasah.., dipaksa bagitau alamat Gee tinggal dan telefon aku kena curi. 3 vs 1.. lunyaii aku tak mampu nak berlawan.
” Aku nak kau ganti rugi.. Kaulah punca Logi emas aku hilang.. Aku nak kau bayar RM30K..sebagai pampasan. Kalau kau rasa nak hidup lama..”
” Aku takkan bayar kau sesen sekalipun..itu masalah kau..bukan masalah aku. Ini kawasan rumah aku korang ceroboh, tunggu jap lagi aku serang balik..”
“Hahahaha.. sembang.??! Siapa, nak selamatkan kau..Bodoh.”
” Tu..!! Kawan aku mai. ” Jiran dan kawan aku datang bawa kayu ke arahku.
Aku bingkas bangun. Masuk rumah ke dapur ambik pisau kejar CS dengan kawan2nya. Mereka cabut lari menaiki motor. Kami tak sempat kejar mereka.
Sejak itu, CS tak berani tunjuk muka menganggu aku di rumah sewaku. Di akan menganggu aku di tempat kerja dan tempat2 terbuka.
CS GUNA ILMU HITAM TERHADAP AKU DAN MASYARAKAT. AKU SAMBUNG AKHIR NANTI..TQ!
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Berombak je hati aku ni baca cerita ni…asal kau biar je dia bwk askar upahan cs tu.aish aku panas baran jgk dh ni…argh gila la kau ni.aku bersumpah kalau ada org mcm cs ni dpn mata aku memang sampai m**i aku dera dia ni
Sungguh kentall kau
Dlm banyak² cite,cite ni aku bagi 10/10…..
Bole gi jauh kau nye sembang ni hahahahah
Xpela bagi aku best