Dapat khabar berita isteri kepada salah seorang sahabat saya meninggal sebab sihir.
“Aku cari kau… Merata aku cari kau… Tak pa lah dah ajal isteri aku tertulis meninggal sebab hasad dengki”
Begitulah kata-katanya apabila saya PM dia untuk mengucapkan salam takziah selepas mendengar khabar ini daripada group sekolah.
Tak sangka rupa-rupanya dalam ramai kawan yang tidak percaya dengan saya, terselit juga beberapa orang yang percaya cuma mereka diam sebab takut dituduh 2 x 5 jer dengan saya… Mereng!!
Sebelum perut isterinya membesar seperti orang mengandung 5 bulan, dia terjumpa duit syiling 50sen x 2, 10sen x 2 dan 20sen x 2 di bawah tangga rumah. Duit itu dia serahkan kepada isteri kerana pada fikirannya duit itu adalah duit yang tercicir. Si isteri menggunakan duit itu beli air krim motor yang kebetulan lalu.
Mujur ais krim itu tidak dikongsi dengan anak-anak sebab ketika itu anak-anak nya batuk. Selang beberapa hari si isteri demam dan terpaksa ‘warded’. Perut semakin lama semakin membengkak. Doktor kata kemungkinan ada masalah hati atau limpa.
Bila rawatan dibuat semuanya tidak ada masalah dan pendarahan dalaman mula berlaku kerana usus bocor. Si isteri mula meracau dalam bahasa jawa sedangkan si isteri bukanlah orang jawa. Ustaz dipanggil untuk buat air tawar. Alhamdulillah isteri sudah tidak meracau tetapi mula tidak kenal ahli keluarga sendiri. Seminggu kemudian isterinya menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya.
Balik daripada pengkebumian jenazah si isteri dia berasa ada yang tak kena lalu dia panggil perawat. Rupanya keluarga mereka telah disihir dan perawat sudah ‘matikan’ sihir tersebut supaya orang lain yang memegang syiling tersebut tidak menjadi korban seterusnya.
Zalimnya mereka yang mengamalkan ilmu hitam untuk kepentingan sendiri. Semoga ke neraka jahanamlah kalian semua…
Nauzubillahi min Zalik…
Astaghfirullahalazim…
La haula wala qawwata illa billah…
Ya Zal Jalalliwal Ikram…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI