kerja overtime

Assalamualaikum dan salam perkenalan semua. Ini adalah cerita seram pertama yg aku kongsi kat sini. Kisah ni adalah kisah yg benar-benar berlaku pada diri aku.

Aku bekerja sebagai tentera. Untuk pengetahuan semua, kem tempat aku bekerja ni berdekatan dengan kawasan hutan dan laut.. Eh terkantoi pulak ni kang kat mana hehe. Biasalah kalau dah nama laut dan hutan ni tak sah lah kalau takde yang menunggu kan..

Pada suatu hari tu, tuntutan kerja menyebabkan aku terpaksa stay back. Nama pun askar kan. Tak kira masa lah kena bertugas. Aku stay back waktu tu dah nak pukul 11 malam. Buat kerja sorang-sorang yang penting kerja beres. Esok kalau tak beres, aku jugak yang kena marah.

Waktu aku sedang sibuk buat kerja, sambil menulis dan menyemak kertas-kertas kerja, aku terperasan macam ada orang ulang alik depan pintu bilik aku. Tapi tak nampak jelaslah, nampak gelap je. Aku ingat RSM aku sebab dia pun tak berapa cerah hehee. Pintu bilik aku ni ade cermin tengah-tengah dia. So, memang akan perasan lah kalau ada siapa-siapa duk lalu lalang. Aku takdelah fikir yg seram-seram pun masa tu sebab dalam kem aku ni ade juga yang akan stay back. Penuntut pun ramai, lagipun baru kul 11 malam.

Aku pun teruskan kerja. Tapi aku rasa macam terganggu lah jugak bila nampak orang lalu lalang ni. Kerap pulak tu, macam sibuk sangat je depan pejabat aku ni. Aku pun tergeraklah nak pergi tinjau. Aku buka pintu, tengok kiri kanan. Sunyi je pulak, tak nampak bayang orang pun. Masa tu aku dah mula rasa lain. Tapi dalam hati fikir nak siapkan kerja cepat-cepat.

Aku pon sambung kerja. Baru je nak sambung kerja, aku nampak lagi bayang-bayang orang lalu depan pejabat aku ni. Aku pun terus toleh sebab keinginan nak tahu siapa yang menganggu konsentrasi aku ni.

Bila aku pandang jer, PAMMM!! Aku nampak rambut menggerbang jalan perlahan je depan pejabat aku ni. Aku tak tau lah dia jalan ker, terapung ker, terbang ke, tapi memang perlahan. ‘Benda’ tu memang sengaja nak tunjukkan diri dia. Aku masa tu memang terkejut, panik, sentap semua ada. Tak semestinya aku askar, aku tak takutkan benda tu. Dalam keadaan macam tu yang aku fikir nak lari jer.

Aku keluar je dari bilik aku. Memang habis aku tinggal macamtu je. Masa aku keluar berlari tu memang naik segala bulu roma aku ni. Sambil lari aku dengar suara perempuan ketawa. Halus je suaranya. Aku berlari sampailah ke balai pengawal. Semua yang ada terkejut tengok aku tercungap cungap berlari. Mak oi sempottt.

Memang hampeh. Pertama kali dalam hidup aku rasa seram macam ni. Kalau diberi pilihan, memang tak nak dah aku stay back sorang2. Biarlah aku bawak balik kerja pun takpe daripada aku jumpa si ‘dia’ lagi.

Lepas kejadian tu, aku ada dengar beberapa orang kawan aku bercerita terserempak dengan benda tu. Rupanya kawasan hutan ni dulu memang ‘port’ dia. Jadi tak hairanlah dengan apa yg aku alami.

 

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *