Ketenangan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Okay first and foremost, benda yang penting sekali korang kena tahu bahasa aku tak berapa nak best, BM ke BI ke semua hancur. So just bare with me. Cerita aku ni tak berapa nak seram la pun, but still aku just rasa nak share, if admin FS nak share, trimas if not takpelah. Okay dah, start cerita.

Cerita ni berlaku time aku still in sekolah menengah, aku stay dekat hostel tapi hostel ni jenis harian so sekolah tempat lain, hostel tempat lain tapi still dalam area berdekatan. Nak dijadikan cerita pada hari kejadian tu, sekolah aku ada Canteen Day and ada kelas yang buat rumah hantu. Serious talk, aku tak pernah masuk rumah hantu cause aku pengecut. Yupp, pengecut. Tapi, hari tu aku masuk jugak rumah tu setelah dipaksa oleh rakan-2 yang dikasihi dengan harapan dapat men-challenge diri sendiri, plus, rumah hantu versi sekolah je apa la sangat. Haha. Siang tu boleh control lagi, berjimba la dekat sana. Namun, *masukkan pepatah yang ada hujan di tengahari tu*.

Malam pun menjelma, waktu tu hari Sabtu dan ramai yang balik kampung so, budak dorm aku ambil keputusan tidur area depan bilik je sebab tak ramai. Dorm aku ni jenis 16 orang satu bilik, 8 katil double decker, empat belah kanan and vice versa. Lepas tu 2 katil dirapatkan diselangi 2 loker (boleh bayangkan tak? Hopefully dapatlah). Kitorang tidur area katil yang dekat depan pintu, yang tidur bawah tu tidur depan loker and selari dengan katil sebab tidur dekat tengah dorm tu macam lagi bahaya la takut ada “benda” yang lalu lalang dekat situ katanya. Oleh kerana tempat tu agak sempit, jadi half atas katil, half bawah tapi takde yang tidur katil yang atas sebab panas and ngeri. Aku tidur atas katil dekat hujung sekali paling dekat dengan pintu. Shoot, aku memang seram gila, tapi terpaksa semua degil and dah cop tempat, redha je la.

Dulu aku takut tidur tutup lampu, disebabkan duduk dalam komuniti and majoriti semua tak boleh tidur lampu terbuka (Fact: tidur bukak lampu sebenarnya tak elok untuk kesihatan), aku pun terpaksa redha sekali lagi. Try punya try tidur, tak mahu jugak mata ni pejam, makin segar ada la. Teringat-2 kaki kena cekau dalam rumah hantu tadi, so tarik selimut tutup kaki, kot-2 hantu tak nampak kaki aku kalau tutup selimut. (Sampai sekarang aku amalkan benda ni Hahah) Paksa punya paksa, finally mata nak tertutup.

Dalam dia dah separa tertutup tu tetiba nampak macam ada satu tangan tua ni macam belai tangan aku, masa tu instead rasa takut aku rasa macam tenang gila, macam dia tengah sooth anxiety aku pergi rumah hantu siang tadi. Setelah sekian lama di lullaby and di usap tangan tu, baru aku sedar, who the heck la pulak usap-2 aku tu, aku bangun tengok kawan aku semua dah lena, shooooot, sapa pulak ni? Aku try gerak kawan aku kat sebelah, punya kayu dia tidur kalau gempa pun tak sedar aku rasa. Nak tidur bawah pulak dah penuh.

Last-2 aku susun buku bebanyak belah aku yang kosong tu and menyendeng dekat kawan aku, panas tak panas belakang cite. Sampai sekarang aku kalau tidur mesti genggam tangan or pegang something takut nenek tu melawat aku balik. Tapi, terima kasihla jugak dekat nenek sebab dah tenangkan aku masa tu.

Okayla, tu je cerita aku. Aku tak banyak pun encounter dengan benda ni semua dengar cerita or kes orang kena rasuk je aku pernah lalui, while, nampak benda tu dengan mata aku sendiri 2 kali je seumur hidup aku, tu pun tak ngeri mana. Alhamdulillah. K la kalau boring tu harap redha, aku bukan budak yang terror berbahasa dan bernukilan pun. Kbye.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 thoughts on “Ketenangan?”

  1. bebudak skolah rendah kebangsaan wechat ke hape ko ni….. pepatah tu ” ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”..dan cerita kau tak best,unsur seram takde langsung..tunggu habis belajar baru karang cerita baru

    Reply
  2. 4 me… citer ko real.. lain dri yg lain… even xseram pun..bgi aq ok jr… janji x kopi paste citer org…nice.. up g citer kalo ada..😊

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.