Ketentuan Allah SWT

Ketentuan Allah ini terjadi kepada diriku bermula sejak aku dari kanak-kanak lagi, aku boleh merasa, mendengar dan melihatnya tetapi tidaklah selalu, ia cuma terjadi apabila Allah berkehendakkan ia terjadi.

Di sini, aku akan ceritakan sebahagian kejadian yang pernah terjadi dalam hidupku.
Aku masih ingat sewaktu aku berumur lebih kurang 15 tahun, malam itu dirumahku, aku selalunya tidur bersama kakak ku di dalam bilik, aku merasakan ada sesuatu menghisap ibu jari kakiku, ia terasa sejuk dan lembik, aku cuba menepis, tetapi ia datang lagi, aku menepis lagi untuk kali ketiga tetapi ia datang lagi, oleh kerana tidak tahan, aku pun ambil bantal, selimut dan akhirnya tidur di ruang tamu.

Pernah juga terjadi satu malam ak rasakan katil aku berombak seumpama ada orang mengoncangkannya dr bawah katil, aku memberitahu kakak ku tetapi dia tidak percaya kerana dia tidak mengalaminya, hanya aku yang merasakan semua itu. Akhirnya aku mengabaikan sahaja semua yang terjadi dan menganggap itu semua terjadi kerana kehendak dari Allah.

Kemudian, aku melanjutkan pelajaran ke salah sebuah institusi pengajian tinggi di Utara tanah air, untuk pengetahuan semua, aku tidak pernah tinggal berasingan dengan ibu bapaku, pengalaman di IPT lebih menakutkan, pernah sekali aku melihat pocong di dalam bas yang tiada pemandu, tetapi pengalaman paling menyeramkan adalah bila aku diganggu lembaga tidak berkepala.

malam sebelum aku diganggu tu aku memang sudah merasa ada sesuatu yang tidak kena, bulu romaku meremang, dan aku dapat merasakan benda tu berlegar-legar terbang di kepalaku, dan paling berani, benda tu duduk kat atas rambut aku yang masa tu berjuntai sebab rambut aku ni panjang, aku memang dah kena lock dengan dia dan aku cuma boleh baca surah-surah yang aku ingat sambil ketakutan.

Pagi lepas kejadian tu, aku dengar suara azan dan hatiku memang dah rasa lega, tapi bila aku buka je mata, aku melihat makhluk tanpa kepala sedang menghadap aku, Ya Allah, masa tu aku tak tau macam mana nak gambarkan perasaan aku. Tapi lembaga tu tidak lama, kemudian hilang, aku nekad juga bangun solat, mandi dan pergi ke kelas seperti biasa, selepas itu mmg bnyak kejadian pelik yang aku alami, tapi aku cuma kuatkan semangat.

Setelah aku menghabiskan pengajianku, aku telah berkahwin dengan lelaki pilihanku, walaupun perkenalan kami singkat tetapi sikapnya yang penyayang telah mencuri hatiku, sejak dari awal perkahwinan lagi ak mengalami kejadian yang pelik, aku selalu mendengar bisikan-bisikan di telingaku, selalu dihantui rasa takut.

Pernah suatu hari suamiku sudah mandi lepas subuh dan pergi ke masjid kerana aku mendengar deruan enjin motosikal suamiku, ketika itu aku masih tidur nyenyak disebabkan aku dalam keadaan uzur, bilik air kami dalam bilik, tengah aku mengiring membelakangkan bilik air, aku dengar ada orang mandi, aku pelik sebab suami aku sudah ke masjid, entah macam mana aku berkata dalam hati, “buatlah apa yang kau suka, jangan kacau aku sudah” lepas je aku bercakap dalam hati, ak merasa berat di atas bahuku, aku sedar benda tu sekarang ada atas badan aku duduk di situ, aku tak mampu lagi nak menjerit cuma boleh mengucap dua kalimah syahadah baru lah benda tu pergi.

Aku bukanlah macam perempuan normal yang lain, kitaran periodku memang tidak tetap, mesti akan melebihi 15 hari setiap bulan, sudah aku ikhtiarkan dengan perubatan moden, tetapi masih tidak diketahui punca, aku juga sering bermimpi perkara yang pelik, seperti jatuh dari tempat yang tinggi, mimpi bersama dengan lelaki yang bukan suamiku, mimpi aku berada di tempat kotor seperti di tandas dan bilik air, juga satu kemestian untuk aku terkejut daripada tidur antara pukul 4-5, aku cuma berfikiran posiitif, mungkin Allah mahu aku mengadu denganNya.

Suatu malam, ketika aku tengah tidur, aku mendengar suara orang berbisik diluar tingkap bilikku, tetapi aku berfkir, siapa yang bercakap sedangkan rumahku ini di tingkat 5, aku kemudiannya menceritakan semua yang terjadi kepada suamiku.

Suamiku membawa aku ke pusat perubatan Islam dan setelah di ruqyah oleh seorang ustaz, memang ternyata ada sesuatu yang melekat di rahimku, ada makhluk yang dihantar seseorang yang membuatkan kitaran haidku tidak tetap, malah aku juga mengalami keguguran, aku tahu orang yang menghantarkannya kepadaku tidak mahu aku memiliki zuriat bersama suamiku, malah menghalangku dari bersama suamiku. Ustaz tu terpaksa berlawan dengan makhuk Allah yang ada dalam badanku, yang pada ketika itu aku jua sudah dalam keadaan tidak sedar, selepas segalanya selesai, barulah sedikit demi sedikit kejadian pelik hilang tetapi tidak sepenuhnya.

Sehingga sekarang aku masih mendengar dan merasa kehadiran entiti tersebut, walau begitu, aku tetap bersyukur dikurniakan suami yang memahami dan bersabar dengan segala macam yang terjadi.
Kepada pelaku yang melakukan ini kepadaku, jika engkau terbaca coretanku ini, ketahuilah bahawa aku tidak menyimpan marah atau dendam kepadamu dan telah memaafkan perbuatanmu, aku Cuma berharap agar engkau berhentilah dari mensyirikkan Allah dan aku mmenerima ini semua sebagai ujian buat diriku kerana dengan ujian ini aku lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 3.7]

8 thoughts on “Ketentuan Allah SWT”

    • Aku siku jugak budak ni kang.. Guna bahasa baku salah, bahasa pasar salah. Kau nak apa ni? Kau jela hantar confession kau aku nak tgk betapa rendahnya bahasa yg kau guna.. Hawau

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.