Ketukan besi katil (kmhell)

Hai pembaca FS sekalian. Aku ni dah lama jadi pembaca setia FS ni sampaikan ketagih yang teramat. Waktu duduk dalam dewan kuliah pun boleh juga syok baca FS , sebelum tidur lagilah best. Aku ni ex student Kmhell batch baru baru ni juga. Kejadian pelik pelik time study tengah malam sangat banyak kena kat aku tapi aku tahu Tuhan lebih berkuasa jadi aku buat tak taulah dekat kejadian semua tu.
Malam tu tak silap aku ada juga room mates aku belajar sekali tapi disebabkan tak biasa stay up jadi diorang semua tidur awal la kira jam 12 macam tu.

Aku masih lagi stay up sebab nak siapkan tutorial aku yang belum siap. Meja belajar aku ni berhadapan dengan tingkap dan pemandangannya pula memang nampak jalan raya dengan OSC (one stop center) sekali. Aku jenis yang buka tingkap time belajar malam malam ni. Disebabkan keseorangan aku bukalah laptop aku dan masuk youtube. Kira kira jam 3 pagi macam tu tiba tiba aku dengar bunyi besi dipalu dengan besi tempat katil tu. Aku dengar dari tempat belajar. Aku mula mula tak nak lah layan sebab mak aku pesan kalau dah bunyi macam tu tak payah kisah sangat. Aku pun ok jer sambung buat tutorial aku.

Tiba tiba bunyi besi tu makin kuat tapi room mates sorang pun tak bangun. Aku adalah cuak sikit sebab besar juga bunyi tu tapi mereka langsung tak layan bunyi tu jadi masa layan youtube tu terus search lagu rohani dan dengarlah lagu tu untuk sedapkan hati. Aku pun berdoa lah kejap minta tenangkan hati ni. Tengah lagu rohani tu dipasang, bunyi besi diketuk itu makin kuat dan makin laju. Korang tau tak bunyi dia besi tu diketuk dekat besi katil kita tu? Hah kira gitulah bunyinya. Aku dah cuak dah masa ni tapi masih control buat buat tau je. Aku nak tengok juga apa kat dalam bahagian tempat tidur tapi aku takut aku nampak ada benda yang tengah sibuk ketuk besi kat katil tu. Tak lama lepas tu, bunyi tu hilang tiba tiba.

Aku pun huh okay sikit jugalah time tu sebab dah okay sikit nak belajar. Tiba tiba lagi, room mates aku 3 orang ni buat hal pula. Sorang tendang loker, sorang lagi dok sibuk hafal fizik dan sorang lagi menangis dalam mimpi. Aku ada juga kejutkan mereka 3 orang terutamanya yang tendang loker tu, aku tnya apahal sibuk tendang loker, dia kata mana ada dia tendang loker sebab kalau dia tendang pun dia sedar. Room mate yang tendang loker jenis yang cepat sedar kalau ada bunyi sikit pun. Jadi aku pun mengiya kan saja apa yang dia cakap kat aku.

Lepas semua tu , aku sambung lagi kerja aku. Aku tutup la tingkap depan aku tu sebab masa bunyi ketukan besi tu, anjing anjing kat blok aku sana menyalak semua. Untuk mengelakkan aku makin takut, aku tutup tingkap dengan langsir sekali. Masa tu dah jam 4 dan tiba tiba lagi, tingkap depan aku tu kena ketuk pula sekali dengan nyalakan anjing. Aku pun dah risau takut benda ni lebih lebih lagi jadi aku berhenti buat semua kerja aku dan pergi tidur dan aku pun kejutkan room mate aku yang tadi yang sibuk hafal fizik untuk dia siapkan kerja dia.

Pagi tu dia seorang jer bangun dan meja dialah yang paling dekat dengan pintu. Dia kata tengah sibuk dia study lepas aku kejutkan dia, tombol pintu bilik kami tu seakan akan cuba dibuka oleh orang di luar bilik. Kau tahu kan bila tombol pintu tu bergerak gerak untuk dibuka ? Hah macam itulah pagi tu. Dia kata dia dah cuak jadi dia tutup balik buku semua dan last last tidur sebelah aku. Esok pagi aku bangun aku hairan kenapa dia sebelah aku, aku tanyalah dia. Dia kata masa dia belajar lepas aku tu dia kena kacau.

Aku pun mengiyakan saja sebab aku pun kena kacau malam tu.
Sampai sini sajalah cerita aku sebab bagi aku inilah yang paling seram aku pernah rasa. Memang dah banyak kali kena kacau manja gitu tapi yang inilah yang aku paling ingat sampai hari ni. Maaflah kalau cerita aku ni tak seram tapi aku rasa kalau korang kena macam aku kena ni baru korang rasa macam mana rasanya bulu roma kau semua berdiri sekali dengan suasana dingin pagi pagi tu. Sekian terima kasih.

Tonniw

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

9 Comments on "Ketukan besi katil (kmhell)"

avatar
Warda

Seram..i feel u…

nonnem

Haha.. Tp kesian kt yg hafal fizik tu. Sepatutnya ko kejut dia suh teman ko tido kt sebelah. Ni ko biar dia study sorang2 mmg kena kacau la

anamusafir

Lepas ni, waktu mlm je tutup tingkap tu.x yah nk bukala konon2 nk angin mlm, pmndangan indah.

IamRiRi

haha msih lg gelaran kmhell tu ye… zmn aku stdy kt ctu dlu, mcm2 cter aku dgr.. mmg cte seram giler la.. smpai felo buat pengumuman xde bnde cmtu kt kolej.. felo kata semua tu hanya nk menakutkan student supaya xstudy.. hahahaha.. tp spjg aku kat sne xde la pape jd kot.. sbb aku xpnah tdo lewat.. tp plg seram ble tgk result exam sndri la.. nangis2 pastu blik kpg.. 😛

mir

Kat mana weh kmhell ni? ????

NA

Labuan

ShazR

dkt Labuan

ssf

hahaha.ni mesti blok karisma B klau bdepan dgn osc.hahahha…

og

batch 95 haritu ad kena gemparr sikit dgn kes2 mcm ni.. riuh 1 kmhell .. siap semua budak prmpuan kena kumpul kat surau.. hah masa tu la.. rasukan berjemaah berlaku.. huhuhu

wpDiscuz