Hai salam sejahtera kepada semua pembaca setia Fiksyen Shasha. Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi publishkan cerita pertama dari saya (jikalau dipublislah. Hehe)
Okay, kenalkan, aku Fiey. Umur muda lagi hahahaha saje nak bagitau memandangkan ni cerita seram pertama fiey. Tapi mungkin tak berapa seram bagi pembaca semua. Cuma fiey teringin jugak nak share pengalaman seram fiey kat sini. Maaf kalau intro panjang.
Pengalaman ni fiey rasai sendiri pada suatu malam tahun 2009 atau 2010. Tak ingat bila sebab time tu fiey sekolah rendah lagi. Ape yang fiey pasti malam tu bulan penuh and besar giler. Fiey tengok pun rasa meremang bulu roma even fiey ada kat dalam rumah je. Suasana dia lain macam jer. Fiey tinggal dengan family lagi masa tu. Yela kan umur 10, 11 tahun mana mampu beli rumah sendiri. Hahaha okay back to story. Lepas je tengok bulan mengambang tu fiey pegila meja study. Sebab esok pagi nak sekolah kan, fiey siapkan kerja rumah yang belum siap lagi.
Masa tu fiey study dengan adik lelaki fiey (jay) and saudara perempuan fiey yang tua 3 tahun dari fiey (nana). Untuk pengetahuan korang, rumah fiey ada dua tingkat. Meja study cuma ada satu je kat tingkat bawah. So kitaorang study sama2 kat tingkat bawah. Tempat kami study tu kat ruang tamu and beberapa meter je dengan pintu masuk. Ala macam rumah upin ipin tu. Kan meja belajar diaorang beberapa jengkal je dari pintu masuk. Yang layan upin ipin tu tahu la macam mana eh. Dipendekkan cerita, masa tengah syok study tu, fiey dengar ada orang ketuk pintu rumah. Dia ketuk tu kemain kuat macam nak roboh.
Disebabkan ketukan dia mengganggu, fiey pun dengan amarahnya berdiri and nak buka pintu tengok siapa gerangan yang ketuk pintu tadi tu. Masa dalam perjalanan tu fiey rasa lain macam je. Tapi fiey abaikan je perasaan tu. Tiba je kat depan pintu fiey pulas tombol pintu and jenguk ke luar. (kosong) takde sape pun. Fiey toleh kiri depan kanan semua takde orang pun. Lagi satu nak cakap, rumah fiey berpagar tau. Kalau nak bukak pagar, kena buka dengan remote. Sambung cerita, setelah pasti takde orang fiey pun tutup pintu balik. Dalam hati fiey memaki, “ni mesti budak-budak punya keja. Malam2 pun tak tido lagi. Mengganggu je orang nak study.” Then fiey pun sambung study balik. Sampai kat meja si nana tanya la sape yang ketuk pintu. Fiey jawap, “entah budak-budak kot panjat pagar then memain ketuk pintu”. Walaupun fiey rasa benda ni mustahil sebab mana mungkin budak2 boleh panjat pagar yang ada macam duri tajam kat atas tu (gurau je).
Si nana ni pun angguk kepala then sambung buat homework. Si jay tadi buat tak endah je sebab sibuk buat ape ntah, melukis kot. Fiey malas la nak ambik peduli. Fiey ingat setakat tu je dia nak ganggu. Buat kedua kalinya, “dia” datang balik. Fiey dah rasa takut dah sebab fiey dah check sendiri tadi. Kali kedua ni fiey arahkan si nana yang bukak. Nana setuju jer nak tengok sape gerangan. Jay mulai terganggu dah dengan ketukan tu sebab yela dua kali dah kut orang ketuk. Kuat pula tu dia ketuk. So dia bangun sekali dengan Nana. Mungkin nak belasah orang tu kot sebab menganggu. hahahaa
Jay ni masa tu umo 7, 8 tahun macamtu la. Kecik lagi.
Masa diaorang pi buka tu fiey perati jer mereka berdua ni pi buka pintu. Bila bukak je, (kosong). Nana dan Jay dengan beraninya keluar rumah cari kat sekeliling rumah kut kut ada yang bersembunyi or sengaja nak kenakan kami. Bila tngok je nana dengan jay keluar, fiey pun rasa ingin tahu jugak sebab yela alang2 orang dah berani kan nak cari sape yang ketuk pintu tadi. Masa fiey tengah keluar tu fiey dapat rasa angin kuat menerpa kami bertiga. Baru fiey teringat malam tu bulan besar and terang. Sebab curious, fiey dongak langit tengok sama ada bulan mengambang tadi ada lagi ke tak. Bayangkan masa fiey tengah dongak tu…
Tiba-tiba fiey dapat dengar tapak kaki orang berlari masuk dalam ruang tamu. Bila fiey tengok jer dua ekor beruk tadi (si nana and jay) berdesup hilang tinggalkan fiey sorang kat luar. Masa ni fiey dah seram sejuk so fiey pun berlari masuk and last sekali tutup pintu. Kitaorang semua tercungap2 masa tiba kat meja study. Kami saling berpandangan. Dalam masa tercungap tu sempat lagi berdialog.
Fiey: kurang ajar tol korang tinggal aku sorang kat luar.
Nana & jay: sorry laa.
Fiey : apesal korang lari tadi wei?
Nana : masa aku check sekitar depan rumah tadi aku expect ada budak main sorok2 or nak kenakan kita. Tapi ternyata aku silap.
Fiey : kenapa? Apa yang kau nampak?
Nana & jay : takda sapa2 wei. Puas aku cari merata. Tempat park kereta tepi tu pun takde.
Dipendekkan cerita, kali ketiga dia ketuk tu kitaorang memasing diam taknak bergerak walau seinci. Makin lama makin kuat and makin kuat. Fiey dah gelisah plus takut sebab tak nak check lagi sape yg kat luar tu. Nana and Jay lagi la. Si nana ni pulak suruh fiey panggil mama. So Fiey panggil mama fiey kat tingkat atas suruh buka pintu masuk kat tingkat bawah. So mama pun turun. Fiey , nana , jay tak hanya mengiring dengan mata jer tengok mama slumber buka pintu. Yelaa mama mana tahu kitaorang mengalami pengalaman seram. Sebab sorang pun tak cerita kat mama after that creepy night grr. Haha okay sambung citer. So mama pun buka la pintu , then what the cer teka sape berdiri tercegat kat luar?
Uncle aku rupanya ada kat luar. Patutla dia ketuk pintu macam nak roboh bagai. Bila dia masuk jer aku, nana , jay berlari ke arah dia and tak semena-mena kami cubit lengan dia sebab geram.
Aku: nak takutkan orang agak2 la.
Nana & jay: (menjeling uncle. Amboihh mereka dua ni gangster jugak even kecik2)
Uncle : aik? Kenapa? Apa yang uncle buat? (masih tersisa marah nya sebab kitaorang tak buka pintu untuk dia)
Jay : tadi masa kita bukak pintu uncle pi mana sembunyi? Dua kali tau takutkan orang. Sebab tu tak nak bukak pintu utk kali ketiga.
Uncle : laaaa uncle baru je sampai. Bila masa pulak uncle main sembunyi2 malam-malam ni.
Mama yang diam dari tadi pun bersuara.
Mama : kenapa ni? Mama pun dengar kereta uncle park dalam tepi rumah baru je tadi. Seingat mama, mama tak kunci pintu ni tadi. Kenapa sekarang boleh kunci pulak?
Fiey : fiey terkunci. Hehe maaf (sengih macam kerang busuk)
After that, uncle pun pergilah berehat mandi apa semua. Mama pun smbung buat keje kat tingkat atas.
The end of the story, seingat fiey, fiey tak kunci pun pintu rumah masa berlari masuk tadi. Fiey cuma hempas je sbb terlampau takut. Hmm pelik2. Siapa yang kunci?
So yang misterinya, siapa yang ketuk pintu rumah anda malam ni? Hehehehe jangan marah, gurau je
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
hmmmm
2/5
Ok bole
4/10