Khadam Keris

Assalamualaikum salam sejahtera. Sejak kebelakangan ni memang aku suka baca fiksyen shasha. Teringin juga mahu berkongsi kisah seram aku suam suam kuku ni. Zaman persekolahan dari sekolah rendah ke sekolah menengah aku memang hati kering tiada perasaan takut, mungkin sebab aku memang berani. Aku tak pernah nak fikir pasal hantu jin syaitan ni pun.

Nama aku Naed, umur 30 series. Dan ini kisah aku. Lebih kurang 16 tahun dahulu, kawasan sebelah rumah aiku ialah kawasan lapang, tuan tanah lama sudah jual kepada pemilik baru. Maka pemilik tanah baru ni sudah robohkan rumah lama untuk dibina rumah baru yang lebih moden, besar dan cantik. Jadi kawasan lapang sebelah rumah jadi medan pertempuran permainan kanak-kanak yang merupakan anak2 buah, anak2 jiran aku. Heykal, Eri , Zoe, Fara, Nurul, Arif, Cika dan entah sesapa lagi. Aku nengok jelah diorang ni main kejar2, ting ting la, sorok2, polis entry baling selipar. Kadang2 bila aku dengki tengok diorang main aku kacau join gak heheh.

Ada suatu hari ni, zoe yang paling nakal dalam diorang mengetuai bala tentera zon korek2 tanah. Yang lain ada yang panjat pokok asam jawa pun cepat2 turun bila Zoe ni jumpa sesuatu hasil dari korek kan dia.

Zoe: wei wei aku jumpa mambang kuning. Mambang kuning..
Eri : kepala hotak ko. Aku punya aku jumpa dulu..

Haishhh, tula dia bebudak ni dah start rebut2 mainan plak. Mambang kuning (pengaruh filem Almarhum P. Ramlee pendekar bujang lapuk). Aaa yee, bila dah start gadoh tu Zoe terus lari bawa mambang kuning tu balik ke rumah dia. Ntah apa benda. Agaknya rasa best kot boleh main kat kolah mandi plak. Dan rupanya pada malam itu la bermula acara gangguan..

Malam itu macam biasa, semua sudah masuk tidur di bilik masing masing. Aku pun seperti biasa tempat tidur aku kat kerusi rotan panjang ruang tamu. Malam tu midnight movie kung fu jackie chan bestt. Oleh sebab uda aku dah bising nanti bil letrik melambung, aku buat keputusan bijak tengok tv dalam gelap. Aku tutup semua lampu kecuali lampu dapur dengan lampu luar rumah. Gelap sunyi cuma cahaya dari tv je, volume pun slow. Aku concentrate kat movie jackie chan tu layan aksi dia sambil membayangkan konon aku yang berkungfu tu. Syok.

Tengah klimaks tengok tv, aku terdengar bunyi bunyian kat dapur macam2. Kelentang kelentung bunyi sudip mengetok kuali, periuk belanga berlaga klungg klanggg. Bunyi kasut orang berkawad, tapi bunyi tu semua serentak. Macam ramai orang buat kerja kat dapur tu, memang riuh bisinglah, tapi kan semua dah tidur, aku sorang je belum. Lama juga bunyi bising tu. Tapi apa perasaan aku masa tu? Buat dek, tak tau je. Cuma fikir banyaknya tikus kat dapur, ganas pulak tu. Sambil mata aku tetap fokus pada tv, tak paling ke dapur pun. Padahal aku kat atas rumah tengok tv, dapur tu turun tangga je,lirik mata pun dah boleh nampak dapur. Dekat 10,15, 20 minit bunyi bising tu.

Tiba-tiba senyap sunyi je dapur, suara kat tv je dengar. Haaa…baguslah tikus ni dah tak memekak lagi. Aman aku tngok tv. Tapi sebab rasa sunyi sangat sampai pelik pulak, pipi belah kanan rasa panas berhaba, macam kena jeling, aku pun berpaling ke dapur. Allahu akbar, dub dab dubdab deras jantung berdegup. Makhluk buruk beruniform pocong tengah menatap aku dengan tajam, marah dekat tangga dapur. Kain putihnya kotor dengan kesan tanah, ikatan punjut kepalanya tu kemas. Wajahnya dengan kotoran tanah juga ada kesan lelehan d***h pada kudis di muka. Yaa, aku bertentang mata dengan pocong tu. Pocong tu macam marah fed up sebab berdepan dengan aku yang lambat pickup tak sedar diri kena kacau walau dah bagi hint macam2. Perghh, 1st time real berdepan setan ni dalam 5, 6 langkah je.

Selalu nampak sipi sipi kelibat atau jauh sikit. Ishh, nak takut ke tak ni, tapi sebab tak nak pocong tu malu dengan aku kerana kurang berkesan menakutkan aku. Aku pun bangun tutup suis tv masuk bilik tidur. (Sempat lagi tutup suis). Cancel tidur kat ruang tamu. Pocong tu tengok je aku, tapi nasib baik tak ikut. Setakat tu je aku alami. Ahli famili tidak merasa sebab diorang semua tidur lena. Tapi lain pula halnya dengan kisah sepupu terapat aku, wati (zoe, eri & nurul adik dia ). Ok begini. Rumah kami memang dekat. Aku tinggal dekat rumah depan dengan mak (nenek jaga aku sejak baby) atok, uda, laki dia,& anak dia fara dengan Heykal.Wati rumah belakang je dengan lagi 2 pintu rumah sewa.

Wati..
Malam tu papa mama adik2 aku semua sudah lena diulit mimpi. Tiba tiba dengar ketukan pintu depan rumah. Mula perlahan, papa tersedar baru berura ura nak buka pintu la. Bila tengok jam dah lewat sangat , papa pun tanya siapa tu. Dan dan je papa tanya terus gedegang gedegang pintu diketuk kuat bertalu talu. Tak cukup pintu dinding pula diketuk kuat ditendang2 . Lagila papa taknak buka pintu. Masa kecoh2 ni kitorang semua dah bangun dan ke depan menyertai papa. Time ni memang dah takut sebab pintu dinding rumah bergegar gegar kena ketuk tendang dihencang dikokak bagai. Semua serentak. Bagai nak pecah dinding dibuatnya. Dinding rumah pula sekerat batu sekerat papan.Tambàh pula dengar bunyi hembusan dengusan seperti mengeruh ganas. Seperti mengamuk mencari sesuatu yang hilang dengan menerjah dari rumah ke rumah. Ok, rumah jiran lain aku tak tahula kena gangguan ke tak.

Aku dan papa baca surah Al Fatihah , ayat Qursi, 3 Qul. Mama aku dah takut. Adik aku yang masih kecik2 ni tau baca fatihah dengan doa makan je. Dan dekat suboh baru gangguan tu berakhir.
Dan pagi tu. Kaw kaw budak2 ni kena soal siasat apa yang mereka main dan jumpa semalam di kawasan lapang sebelah. Rupanya mambang kuning yang dijumpai itu dari dalam tanah adalah keris kecil yang berbalut kain kuning. Astaghfirullah, budak budak ni. Memang benda tak patut main pun main juga. Itupun geng2 budak2 ni cerita apa benda yang Zoe tu bawa balik. Ritual nak kembalikan keris kecil berbalut kain kuning tu baik aku, Wati tak berapa tahu cerita seterusnya. Tapi, menurut papa, papa sudah serahkan pada yang lebih ‘arif’ untuk kembalikan keris itu ke tempat asalnya. Dan orang ‘arif’ tu kata, benda itu adalah khadam keris, penjaga rumah/tanah kawasan..

Sebenarnya tuan asal tanah, suaminya guru silat (tak pernah kenal, tak pernah jumpa sebab sudah meninggal masa aku kecil lagi) dan isterinya kitorang panggil tok cik (arwah) bidan. Aku kenal la sebab masa uda aku lepas bersalin, aku sendiri tengok arwah tokcik cuci uri baby uda aku dulu). Anak anak mereka pun ada yang dah arwah yang lain menetap di kawasan lain. Tapi, seriusly rumah sebelah ni dulu memang scary jugak. Hmmm, aku tak tau la apa yang boleh aku rumuskan di sini. Ringkasnya, jangan meletakkan kepercayaan terhadap makhluk lain melainkan Allah sendiri..
Terima kasih admin. Terima kasih pembaca..

Naed

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.7]

8 thoughts on “Khadam Keris”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.