Khadam Mencari Tuan

Assalamualaikum,bersua kembali ke laman FS,namaku Chibi ,( hrp admin hidekan fbku)sudah agak lama aku tidak menulis disini hanya menjadi silent readers yg tegar,aku pernah menghantar dua cerita yang lalu iaitu jangan kuatkan radio itu dan secebis kisah-kisah seramku,baiklah aku ingin berkongsi cerita sekali lagi pengalaman yang seram tak seram dengan pembaca, ceritanya tidaklah sehebat atau seseram cerita dari penulis lain, cukuplah kisah ini menjadi hiburan santai pembaca tatkala malam menjelma.

Baiklah kisah ini adalah pengalaman sebenar suamiku,aku biasa pulang ke kampung setiap cuti hujung tahun,maklumlah duduk dirantau orang, cuti yang panjang beginilah aku dapat pulang dengan gembiranya. Ceritanya bermula sehari sebelum majlis perkahwinan adik perempuan ku ,pada malamnya berlakulah hujan ribut,emakku dan Along kelam -kabut keluar ,masuk pulak semula mengangkut segala mak nenek periuk belanga diluar, sambil dibantu suamiku ,hanya satu-satu kaum lelaki yang boleh diharapkan tak lain tak bukan suamiku, yang sorang lagi iaitu abangku bermimpi disiang harilah nak tolong, padanya tidur itu lagi penting,tak apalah hanya kami sekeluarga faham kenapa dia begitu. Rupa-rupanya disebalik kerajinan dan kesungguhan suami ku membantu telah menarik perhatian sesuatu.

Siapa tahu ‘sesuatu’ yang dimaksudkan itu bersembunyi di balik tirai daun – daun pisang yang melentuk-lentik disimbahi hujan sedang seronok memerhatikan tingkah laku suamiku.Seusai dua -tiga hari selepas majlis perkahwinan adikku, kami pun mahu berangkat pulang, selalunya kami akan bertolak malam, kalau siangnya jenuh pula nak menghadapi kerenah anak-anak di dalam kereta yang kadang-kala melampaui batas. Sudah berkemas,kami pun bergerak suamiku mengingatkan aku jangan sesekali menyentuh beg berwarna merah dibelakang sampaikan aku tertanya-tanya.

Sesampainya dirumah pun aku masih lagi tak faham kenapa aku dilarang, namun ku pendamkan aje. Keesokkan mlmnya,aku sering terdengar bunyi ketang-ketung seolah – olah datangnya dari dalam almari, paling tidak di dalam laci. Aku pun buat ‘ do no ‘ jelah.Kot-kotlah tikus. Malaslah aku nk melayan memalam buta ni,kang tak cukup plak tidur aku ni, esok nk ke sekolah pulak…haa nilah kemuncaknya selepas sembahyang g maghrib aku pun gatai tangan nak buka laci gobok (almari) cermin,Tiba -tiba aku terpegang sesuatu yang aneh kecil dan tirus, ku lihat dekat-dekat alangkah terkezutnya aku melihat sejenis pisau kecil atau benet dibaluti dengan kain kuning yang sudah lusuh, ada sedikit karat disitu dan dibadannya diikat dengan kain kecil sebanyak lima ikatan, aku pun pegang benet tu dan serta-merta berdiri mak bulu roma ku, dalam hatiku mulalah rasa marah bagaikan gunung berapi yg meletus-letus mengeluarkan laharnya, ku fikirkan suamiku menggunakan benet itu untuk meramal nombor ekor…manalah tau dia buat bende yg bukan-bukan di belakangku. Sesudah maghrib suami ku hendak pergi keje semula, dia bertanyakan malam -malam, ada bunyi bising di dalam rumah, aku mengiyakan aje.

Suami ku selalu shif malam. Oleh kerana tak tertahan -tahan nak naik angin, aku pun tanya pasal benet tu, las-las aku juga kena marah kerana tuduh yang bukan-bukan.Menurut suami, itulah bunyi khadam benet yg meronta-ronta dalam almari.Tanpa disuruh dia bercerita sebenarnya, ku namakan khadam ni si benet ya, siapa yang tak tahu Benet ialah sejenis senjata berupa seperti pisau kecil yang diselitkan ditepi senapang, Si Benet tu ikut balik bersama kami naik kereta semasa kami hendak berangkat pulang dulu, jauhnya perjalanan si benet tu ek!dari selatan ke utara , dah tu si Benet ni pandai pula sembunyikan diri di sebalik pakaian suami ku ketika suami mengemas , suami dah terperasaan sebilah disebalik baju-bajunya benet tapi dia kemaskan juga yelah yg dalam rumah tu rata-ratanya org perempuan , yang ada lelaki pun tak berapa menyakinkan, adik perempuan yg berani ke rumah mentuanya pulak.Asalnya suamiku meletakkan Si Benet dalam loker, tapi si Benet ni buat bising pulak tiap-tiap malam, kerana itulah suamiku bawa pulang lalu diletakkan di dalam laci,tak pasal-pasal pula aku anak – beranak yg kena menanggung bunyi bising tu.

Akhirnya suamiku bawalah si Benet ni jumpa tok guru Pekida yang pandai bab-bab begini, Pekida tang mana aku tak tau tapi adalah pangkat dia. Si Benet rupa-rupanya boleh berdiri dan berpusing-pusing, orang kata kalau senjata tajam berkelakuan begitu, maknanya senjata tu memang berkhadam. Bermulalah sesi soal jawab antara tok guru tu dengan si Benet, dari perbualan tersebut rupanya si Benet ni berasal dari abad ke 18, iaitu tahun 1825, lelaki, berbangsa asing (maybe ghupe Mat Salleh kot) berambut separas bahu,kafir dan tinggi.Benet ni telah memakan tiga nyawa semasa perang antara Inggeris -Belanda di Melaka sekitar 1824-1825.Si Benet ni berminat pada suami aku ni sebab malam ribut hari tu rajin bebenar tolong emakku, maksudnya dia berkenan pada org yg suka menolong org tua. Si Benet inilah ‘sesuatu’ yg memerhatikan suamiku dimalam kejadian.

Sebelum ni ada penjaganya memandangkan kain kuning yg dibalut pada badannya.Tempat tinggal di Benet ni ialah dipangkal pokok pisang belakang bilik emakku. Si Benet kata kalau kita letak dia dalam almari atau laci bermakna dia dianggap sebagai bukan tetamu, itu yang menyebabkan dia buat bising, kalau anggap dia sebagai tetamu, Benet kena diletakkan di depan rumah seperti ruang tamu. Si Benet ni nakkan suami aku ni jadi tuannya.

Jika suamiku menolak, maka Benet ni hendaklah dihantar ke tempat asalnya,mungkin Benet ni jenis yang tak boleh terbang.
Keesokkan harinya, dengan tidak sabarnya, aku telefonlah emakku tentang si Benet ni,terkejut aku emakku balas, malam tadi dia ternampak ada kelibat Mat Salleh berbaju singlet, berseluar pendek, berambut separas bahu duduk atas katil emakku dalam bilik, Emakku ni nak tidur,agaknya dah terlampau mengantuk ,dia pun jadi berani, dia kata pada si Benet tu,” kau pergilah aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku”. Sebaik saja emakku cakap macam tu terus si Benet tu blahh, lari naik atas tambak.

Si benet vs si cincin
Kisah ni ada bersangkutan dengan si Benet, musim cuti bermula kembali,kami sekeluarga pulang ke kampungku, Si Benet ni suamiku tinggalkan diloker pejabat. Biaq pi kat dialah nak buat bising ke hapa.Seperti biasa, dah hantar anak bini bercuti di kampung , suamiku pulang bertugas semula, yelah keje tentera kadang-kadang susah nak cuti lama-lama, kena ikut giliran, orang lain pun nak bercuti juga. Kali ni ‘sesuatu’ yg lain pula mengikut dia,yg ini lebih lembut dan sopan. Hal si Benet pun tak abis lagi,mai pula yg baru,tetapi yang baru ni tidak lah menganggu, seperti si Benet, yang baru ini pun mencari tuan juga untuk diajarkan sesuatu.

Sebenarnya suamiku mendapat sebentuk cincin dimana batunya berwarna hijau.Tidak tahu dari mana datangnya, cincin itu muncul dari dalam begnya. Malamnya suamiku bermimpi. Dalam mimpi tu muncullah khadam cincin tu “Assalammualaikum, hamba khadam cincin ini, hamba tinggal dalam batu hijau ini”,ujar si khadam cincin ini dialek orang -orang dahulu kala.”Hamba berasal dari pulau besar,”.Si khadam cincin ini memperkenalkan dirinya.Ya, Pulau Besar ni banyak misterinya,aku yg duduk bertahun membesar di Melaka ni pun tak pernah jejak pun ke situ, penuh dengan pantang larang , jangan sesekali cakap lepas , pernah seorang kawanku tak sengaja tercakap ‘ sial ‘ terus muntah-muntah.

Baiklah berbalik semula tentang khadam ni ” jikalau tuan hamba sudi, hamba boleh tunjukkan ilmu perubatan merawat sakit dan mengurut orang -orang yg memerlukan pertolongan,” pastu hilang. Kini ditangan suamiku ada dua barang satu Benet kafir dan satu lagi khadam cincin beragama Islam. Semasa aku masih bercuti dengan riang gembiranya dikampung, suamiku dirumah sengaja dipertemukan mereka berdua pada jam 2.00 pagi.

Ketika semua orang disekeliling nyenyak diulit mimpi, suamiku memulakan ujikajinya. Diletakkan Benet dan cincin berbatukan hijau sebelah menyebelah. Sengaja ditanyakan soalan yg aku rase merepek je , dah takde soalan lain ke yang nak ditanya.”Kalau ang mahukan aku jadi tuanmu, aku minta ampa bagi no ekoq yang paling win untuk hari esok,”.(nombor ekoq dimintanya). Tetiba angin bertiup kencang di dalam rumah, sedangkan di luar sana suasana sunyi sepi tanpa hujan. Langsir tingkap menjulang tinggi hampir mencecah siling.

Suami ku kata yang si Benet ni bagi respon punya baik, tapi si cincin bila dengar soalan tu terus menjauhkan diri , dia tersenyum makin lama, cahayanya makin mengecil .. malam itu juga suami ku bermimpi si Benet datang membawa tiga nombor bertuah, selang esoknya suamiku Pilah saja saja tumpang tengok dengan kawannya cina tokey kedai heset (biasanya cina cina ni suka tikam tikam nombor) mmg btl sebijik sebijik. Nasib suamiku tak main tikam tikam nombor, kalau tak kena karate dengan aku. Haram memain nombor ekoq ni!!!.beberapa lama ketika ,kedua dua barang berkhadam itu disimpannya, akhirnya suamiku membuat keputusan,si Benet pernah berkata jika suamiku tidak mahu menjadi tuannya, hantarkan semula ke tempat asalnya.

Maka hujung tahun, seperti biasa , balik ke kampung ku,naik bas ekspress,semasa naik bas ekspres tu, dia terasa kebas dan berat, rupa-rupanya si Benet tumpang duduk kat peha dia, mak aii,si Benet ni mmg spesis tak boleh terbang. Manakala si cincin duduk diam dalam beg. Ketika sampai ke destinasi , suamiku bergegas nak ke tandas, dia pun bawa masuk sekali beg ke dalam tandas,sekali tu dia terasa kepala dia macam kena lempang, rupa-rupanya si cincin, barulah dia teringat dulu di cincin ni pesan, pantang kalau cincin tu berada dalam tempat yang kotor, pasal tu dia kena lempang.

Dipendekkan cerita,suamiku pun meletakkan si Benet tu dipangkal pokok pisang dan berpesan pada si Benet , jangan sesekali menganggu ahli keluarga ku di kampung, manakala si cincin dipulangkan semula pada pokok bunga kertas kepunyaan Pak Asan. Ada sekali tu emakku di kampung ternampak kelibat Si Benet, tetapi sekarang dah tak ada.
Begitulah kisahnya, pernah sekali suami bermimpikan batu , esoknya batu tu suamiku ambil di dalam pasu bunga emakku,apabila batu tu disentuh, meremang bulu roma,malam tu emakku ternampak lembaga bertanduk pakai cawat di pintu gerbang menuju ke dapur, pernah juga suami ku mendapat sebilah parang, namun tak pernah pula ku tanya tentang parang dan kesemua barang-barang itu telah suamiku buangkan mengikut caranya, suamiku telah pun mendapat pengajarannya, apa-apa barang yang kita jumpa ,yang pergi pada kita ke,tak payahlah kita gatai tangan nak terima atau nak ambil, kadang-kadang kita tak tahu barang -barang ni ada khadamnya.

Sekian sahaja ceritaku untuk tatapan peminat FS, maaf kalau cerita ini tidak menghiburkan. Terima kasih

#jangansuka2hatiterimabarang
#berwaspadadenganbarang2lama

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Chibi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

23 thoughts on “Khadam Mencari Tuan”

  1. apa bingaiiii, menulis sepanjang2 tu tak ada perenggan? benda asas dalam penulisan pun tak tahu? mesti dulu duk kelas hujung2 ni. agak dahh

    Reply
    • TIPS: Dia ada buat perenggan sebenarnya, bila copy paste dari word ke FS memang “perenggan” tu akan hilang. Before submit kena check balik!

      Reply
    • Biar jelah kalau kau nak kutuk lebih baik kau tak yah baca buat sakit hati org jer kang amalan buruk lagi banyak amalan baik sikit haa kau tahu jelah masuk mana ke kau tak tahu lagi? Sorry kalau bahasa ni kurang kau suka tapi tolong respect org lain..

      Reply
  2. ek eleh kecoh la lu kunyit.. lek ah der.. janji paham pe jalan cite dia.. ko banyak bunyik lak.. ko mai cita sini tengok! ALAMAK!! ko lah bingaiii….. tah2 ko tu yang tak sekolah kan.. kondem cita orang je tau.. tampo gak kang ko ni…

    Reply
  3. sebab cerita best…x de perenggan pun x persan…
    cuba kalau cerita x best n xde perenggan…confirm kne maki..
    hahahaaa…ap2 pun cerita best…
    ramai betul minat kat laki cikgu…

    Reply
  4. cuma satu je yang kurang menarik minat aku nak membaca kalau buat cerita takde perenggan. berpinar mata aku weh. sebabkan tajuk aku gigih jugaklah baca. nasib jalan cerita best dan sampai dekat aku.

    Reply
  5. Meminta sesuatu pertolongan atau hajat selain daripada Allah Ta’ala, adalah amat ditegah di dalam ajaran Islam… memanglah dia tak beli nombor tu, tapi perbuatan tu takut boleh terpesong aqidah… Wallahua’lam…

    #sekadar nasihat-menasihati

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.