Kimi Penakut

Hujung minggu tu seperti biasa, si Kimi (nama samaran) call aku nak melepak di rumah aku di Setiawangsa. Aku tinggal seorang. Dah serik tinggal ramai, macam tongkang pecah jadinya. Kini aku lebih selesa seorang, sebab kadang-kadang keluarga aku bertandang dari kampung, selesalah sikit tidur dekat hotel aku ni. Kimi ni pulak jika cuti, selalu datang jauh dari Rawang dengan motor. Aku tak pernah pergi rumah dia, tak sanggup aku masuk hujung Rawang. Katanya rumah dia dalam hutan, ada kawasan perumahan rumah murah jauh ke dalam. Tak sanggup aku nak pergi…memang taklah.

Kimi cerita benda ni tahun 2012. Kadang aku terfikir kenapalah dia suka sangat melepak rumah aku. Kimi kata rumah aku ni selesa sebab lokasi rumah aku ni agak nyaman dan redup. Satu lagi, rumah aku ni agak β€œsecure”. Bunyi bising jiran-jiran atas bawah kiri kanan buatkan dia rasa tenang. Depan jalan besar, dan suasana suara anak-anak jiran tu agak harmonilah. Sebuah rumah yang perfect bagi aku. Cuma… ada kes jiran bawah rumah aku ni, pakai bibik dari seberang.

Aku kira bibik ni jahat orangnya (bagi akulah). Sebab banyak kali aku nampak bibik ni bawak balik pak guard masuk rumah ketika tuan rumah tak ada. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali. Disihirnya tuan rumah. Tapi akhirnya bibik ni kantoi. Kesian tuan rumah yang baru berkahwin tu. Porak peranda jugaklah rumah dibuatnya. Lepas ditangkap dan pasport dirampas, tuan rumah pun pindah. So, kosonglah rumah tu. Boleh dengar bibik tu kena maki hamun, on the spot kena hantar balik.

Berbalik kepada cerita aku. Suatu hari tu aku tanya dekat Kimi, “kau ni ada masalah ke?”

β€œTak ada.”

Jawapan simple dan tak ikhlas. Maksudnya, ada masalah. Aku mengesyaki ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku. Takkan selalu datang rumah aku? Bukan aku tak bagi, tapi macam dia melarikan diri dari rumah. Dan kenapa aku tak pasti. Sanggup ulang alik dari Rawang. Rawang tu bukan sepelaung…

β€œMak kau tak risau ke?”

Jawapan Kimi macam kurang perhatian. Aku tahu dia mengelak nak jawab.

Setelah didesak, akhirnya Kimi mengaku. Memang dia takut nak duduk Rawang. Selalu kena kacau. Rumah tu dia sewa sekali dengan mak dia. Mak dia pulak single mother, busy kerja dan kadang-kadang jer ada dekat rumah. Masa dia masuk tu, ada dua tiga perabot yang owner lama tinggal. Sofa, rak TV dan kabinet dapur. Aku rapat dengan Kimi ni rasanya tiga tahun kebelakangan ni. Maksudnya, dah tiga tahun baru dia berani bukak mulut. Mungkin cerita orang baling pasir atas bumbung tu perkara biasa bagi orang kena kacau. Kimi ni selalu tinggal sorang kat rumah. Macam-macam bunyi waktu malam. Tahun pertama di cakap ada satu je suara yang sama. Tapi bila sampai tahun kedua dan ketiga, benda tu bawak geng… Kimi ni pulak jenis penakut.

Pernah satu kali dia call aku,

β€œAyin (dia panggil aku Ayin), aku takutlah.”

“Kau ni kenapa?” Aku tanya dia.

β€œAda orang ketuk-ketuk atap sekarang ni, bunyi orang bercakap kat dapur.”

Kimi pun halakan handphone dia ke atap rumah. Ha’ah… memang ada bunyi bising. Dia halakan juga ke dapur, ada bunyi orang bercakap, tapi kurang faham bahasa dia.

Malam tu juga Kimi cabut datang rumah aku. Termenung dia sekejap, tak boleh tidur. Aku malas nak tanya lebih-lebih. Esoknya dia balik Rawang semula. Esok lusa lepas tu Kimi tak datang dah. Dia busy dengan assignment, katanya. Aku tanya dia, bunyi-bunyi lagi tak? Dia kata ada sikit, tapi boleh handle. Mak dia ada temankan.

Selang seminggu kemudian, pukul 9:00 malam, hari Sabtu, Kimi call lagi.

β€œYin, tolong aku Yin. Tolong aku,” Kimi menangis. “Aku takut.”

Dah sudah dia ni. Kimi halakan handphone dia ke dapur.

β€œGanggg!!! Ganggg!!! Ganggg!!! Gangg!! Gangg!!!” Bertalu-talu.

Kimi cakap, benda tu mengamuk. Dia menangis, tak tahu nak buat apa. Bagai nak pecah bunyi kabinet dapur dia. Macam bunyi orang renovate rumah. Dia cakap ada benda nak keluar dari almari tu. Aku dengar bunyi tu pun seram, bunyi suara orang mengamuk dari dalam kabinet. Aku suruh packing barang-barang datang rumah aku. Aku bercakap kat Kimi tetiba phone dia off … Lepas tu senyap. Mungkin dalam perjalanan ke rumah aku.

Sampai rumah aku. Kimi menangis. Kesian jugak aku tengok dia ni. Sambil menangis dia cakap ada suara garau dari rak dapur tu nak keluar. Bercampur-campur bahasa Melayu dan bahasa lain. Dia panik tak tahu nak buat apa. Mak dia tak ada. Suara tu marah menggugut Kimi. Ada lagi β€œbenda” kata atas atap dapur dia. Dia tak tahu apa dia. Bukan kucing. Kalau kucing dia tahu bunyi camana. Macam ada orang katas bumbung mengintai dia. Sebenarnya kejadian ni selalu berlaku tapi dia senyap. Selepas aku mendesak baru aku faham kenapa dia tak suka tinggal kat rumah. Sofa teralih sendiri, bunyi orang ketuk pintu, ada orang bukak tv, bunyi orang sendawa, bunyi orang tua berdengus, malam je benda-benda tu take over rumah dia. Bila malam muncul, rumah dia macam ramai penghuni. Sarang dia kat kabinet dapur. Ya, ada bukan seekor dua, tapi banyak. Banyak berkumpul dalam rak tu. Dia dengar ramai orang kat dapur, tapi siapa? Aku pun seram dengar bunyi kat handphone dia. Kalau aku pun tak tahan. Aku marah Kimi dah tiga tahun baru ko nak cakap?

β€œKenapa ko tak panggil ustaz?

Kimi cakap dia tak kenal mana-mana ustaz. Dia takut..

Last-last Kimi decide nak pindah. Dia tak tahan dah. Mak dia ok je, dah terbiasa kot. Sekali sekala dia balik Rawang. Balik hari katanya, nak overnight memang takla.

Sampai sekarang rumah tu macam tu. Kimi sekarang tinggal area rumah aku. Alhamdulillah dah tak ada gangguan.

Aku tak cerita kat Kimi kejadian almari lama kat kampung aku.

Kimi, kalau ko baca cerita ni, kalau ko rasa sama macam cerita yang ko rasa (maaf aku tukar nama) nanti orang kenal ko penakut haha…. Ni aku kongsikan cerita ko ni kat sini. Cerita macam ni cerita standard je, so janganlah takut weh. Ramai lagi kena lagi teruk.

Anyway, aku faham ketakutan kau macam mana. Be strong, Kimi.

Thank you, admin FS.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

abott
FB Penulis

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

48 thoughts on “Kimi Penakut”

  1. Nak tanya..dah lama xbukak FS page ni..kat mana semua penulis2 lama ye..sicelupar, fizi, penulis 7pintu tu..and kak yulie pun dah takde nampak komen dah skrg

    Reply
  2. Bila diaxpnh kena..sekali kena heavy cmtu terus alert dgn sekeliling.akak xsalahkan kimi.bnda2 ni dia takut sebab asik dia j kena aim..nt eek dia kimi ni akan sllu aleet bunyi2..walaupun air menitik.xper kimi..i feel u.jgn rsau.Tawakkal kt Allah j.sb Dia lg bkuasa.k.kipidap

    5?????

    Reply
  3. nice story , tapi admin gambar tu aduhaiii
    aku ni pagi2 dhla bawa breakfast masuk office.
    mau nyer tak tersedak tengok gmbr tu ..

    Reply
  4. Aduhh kimi kimi.. Walaupun penakut, tapi ko dah hadap benda tu 3tahun, kredit untuk kekuatan semangat ko..? meiyo kalau bunyi guli bergolek malam malam pun dah riuh sekampung meiyo cerita, tak kuasa nak berahsia..

    Reply
  5. aku ada follow twitter FS ni..mlm tadi dok scroll2 timeline ternampak gambar ni, gerammmm je aku..seram oii..haha..btw, nice story..eloknya jgn biar benda2 mcm ni sampai makan bertahun, tu yg depa siap bwk geng berkampung tu..

    Reply
  6. Jgn kata kimi je penakut. Klu aku pun takut juga dok umah mengadap sorgΒ² kerenah penghuni lain.. nasib lah dia dh keluar dr umah tu..

    Reply
  7. Gambar yang digunakn untuk cerita ini jauh lebih menakutka 😒😒😒… mostly gambar mmg sgt2 scary … i cannot lah

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.