kirim telur ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS, selepas membaca beberapa cerita seram dalam website ini, tetiba rasa nak bercerita juga kisah seram yang berlaku kepada saya dan ahli keluarga saya. ( mungkin tidak beberapa seram kepada pembaca-pembaca sekalian tetapi sudah cukup seram bagi saya yang lemah semangat ini :’(
Kisah ini berlaku beberapa tahun lepas, semasa itu saya bakal menduduki peperiksaan SPM, macam biasa la, kena la fokus untuk belajar beberapa subjek ketika itu, nak dijadikan cerita..saya dan kakak saya menjumpai sebiji telur yang sudah busuk di bawah kotak semasa kami mengemas bilik..sebab sebelum ni pun kakak saya mengadu bilik kami busuk sangat, serupa bau bangkai sehinggalah kami menjumpai telur yang sudah hancur.
Saya dan kakak saya ingatkan sudah berakhir setakat itu sahaja sehinggalah saya menjumpai sebiji telur lagi di bawah katil saya. Kali ini sifatnya sempurna, belum pecah lagi . Sebelum ni pun di bilik abang saya tapi tinggal kulit sahaja. Lalu mak saya pun pesan kata, probably ada orang nak santau kita lalu mak saya letak telur yang sempurna itu di atas TV sambil berkata esok kita ikhtiar dekat tok imam.
Esok bila kami nak berjumpa dengan tok imam, tetiba telur itu sudah tiada di atas TV, sedangkan tiada sesiapa yang mengalih kedudukannya ketika itu..”mak,..lain macam dah”..kata saya. Lalu mak saya pun berkata..” semalam sebelum hampa semua masuk tidoq, mak ada sebut sikit kat telur tu..Allah x kn izin even hg guna ilmu kuat sekali pun’..
Rentetan itu, terus telur itu sudah hilang..lalu kami sekeluarga merujuk kepada seorang ustaz sampai la ustaz itu berkata…memang ada orang yang kirim “benda” itu dekat hampa semua, dia selalu mai mundar mandir waktu maghrib pakai kereta hitam..”.
Kami pun menjawab kata kami x pernah perasan semua perkara tersebut sebab masing-masing sibuk dengan kerja dan sekolah (parents saya dua2 bekerja). Tapi perkara itu masih misteri sehingga kini dan kami sekeluarga sedikit pun tidak mahu ambil tahu siapa yang buat benda2 syirik tu.. Yang pasti, itu dosa besar. Alhamdulillah berkat parents saya rajin membaca al-Quran dan kami pun selalu diingatkan solat 5 waktu…, tiada lagi gangguan2 pelik berlaku kepada kami sekeluarga. 

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.2]

3 thoughts on “kirim telur ayam”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.