night-photography-1

Kisah 10 tahun lepas budak U

Hi. Sebelum ni aku pernah story pasal hantu J tu. Now aku nak cerita cerita seram tak seram masa aku duduk U pulak.

1) Kisah 1

Ok, time diploma dulu kampus aku luar kampus, means bukan dekat induk. Dkt kampus tu plak satu-satunya fakulti yg ada fakulti ak je, so tak besar, tapi kampus ni betul2 tengah bandar di Sel. Disebabkan kampus tu kecik, hostel kteorg jgk dkt luar, but bukan di area yang sama. If nak ke kampus dari hostel kena naik bas/teksi, nasib baik bas catar pihak U dah sedia. Perjalanan amek masa dalam 10 minit klu tak jammed tapi jammed dalam sejam jugak. Oh ya, hostel tu dkt KL, jln nak ke midvalley. Dari hostel ke midvalley dlm 5 minit. (ak taknak mention nama jalan/hostel, confirm org tau).

Cerita seram ni berlaku kat hostel tu. Hostel ni ada 2 bangunan, satu utk lelaki satu utk perempuan, dgn entrance yg sama. Awal kteorg masuk satu bangunan je bleh g. Pengurusan divide dlm bangunan yg sama, rumah utk student lelaki start dari tingkat 5 sampai 9, then 10 office hostel, 11 ke atas rumah student perempuan.total tingkat 20. Next sem baru bgunan satu lg bukak. Before pihak U sewa tempat ni, bangunan ni actually planning utk mall, so dkt bwh sblum sampai entrance ke hostel tu akan lalu entrance mcm mall mmg besar la. Entrance hostel tepi kecik je. Bangunan ni bngunan yg tak digunakan lebih 10 tahun kot sblum uitm sewa. Hak milik cina,, so adalah tmpt semayang dieorg tu. Kami 2nd batch yg masuk sini.

Masa first sem, ak dgn kawan2 serumah ak seramai 10 org adalah bdak second intake. Classmate lain dah masuk bljar 3 hari kteorg baru daftar. So kami ditempatkan dlm satu apartment di tingkat 15 @ 16, satu rumah ada 3 blik, ak dgn 5 lagi kwn ak dlm blik A,3 dlm blik B, 1 lg dlm bilik C (supposedly satu rumah 12 org, tpi xcukup). Dkt ruang tamu ada meja study. Ok mula2 ktworg masuk rumah ni takda pape lagi, tpi tak lama lps tu kteorg perasan time masuk je rumah ni rasa panas wlpun kat luar sejuk sampai tpaksa buka sliding door, tingkap semua wlpun dah mlm.

Tiap2 mlm jgk kteorg dgr bnyi mcm2, dari tingkat atas. Smpai satu hari tu, kami sampai time maghrib kat rumah, ptg tu ada kls sampai pkul 7, sampai je rumah kami borak2, gelak2 smbil dinner, sliding door, tingkap pulak bkak lupa nak ttup. Malam tu semua msuk blik awal nk tido, pintu blik biasanya org last akan kunci, tgh mlm tu kteorg satu rumah diganggu. Start dari blik A, pintu kena ketuk, meja study beralih, panas melampau.

Semua org dah atas katil masing2 time tu, lmpu pun dah tutup, tiba2 kawan ak yg katil bwh panggil, korang dgr tak apa ak dgr?, rupanya semua sedar lg time tu. Kteorg turun cpat2 tgah2 bilik, bukak lampu & duduk 6 org dlm bulatan. Wlpun dah bukak lmpu still dgr lg kat luar, ‘dia’ dok pulas tombol pintu nak msuk.

Kt bwh pintu nmpk byangan something kehulu hilir. Meja study yg jauh dri blik sptutnya takda bunyi pun bila gerak, mlm tu bnyi kuat g**a. Tak lama lps tu bdak bilik B (bilik B bdepan dgn bilik A, bilik C ketengah dkt area living hall) panggil suh buka pintu blik kteorg n dieorg msuk. Msing2 dah nangis ckp blik dieorg pun kena. Kwn yg blik C selalu tidur sorang, kebetulan mlm tu ajak kwn blik B ni teman dia.

Dieorg beranikan diri keluar sbb dieorg x ramai, nk kumpul skli. Tgh2 kalut tu kwn yg blik C call ckp dieorg pun kena,nak kumpul skli. But kami nasihatka jgn keluar bilik, duduk je situ. Masa 8 org dlm satu blik lg teruk kenanya, ‘dia’ dok panggil, main sliding door, buat bunyi angin wlpun mlm tu cuaca elok & mcm2 lg. Kteorg azan, baca surah, yassin semua tak jln. ‘Dia’ dok mai bisik kat telinga sorang2, gelakkan kteorg. Pling xleh blah tiba2 ‘dia’ dok terbang dkt tingkap blik A ni, lps tu tiba2 nmpk kereta dok hon btul2 tepi tingkap wlpun rumah kteorg tingkap 15 weh. Alhamdulillah, 10 org ni kuat semangt takda yg sampai histeria.

Disebabkan lama sgt kena, kwn ak sorang ni call classmate laki kteorg kat floor bwah. Dia mtk tolong bdak2 tu datang. Sblum tu, bdak laki tu pesan jgn keluar blik smpi dieorg sampai. Dieorg dah smpi dpn pintu rmah baru dieorg call mintak buka pintu. Kteorg dgn baju tidur keluar serentak g buka.

Time tu jgkla baru kteorg kumpul dgn kwn yg bilik C tu. Buka je pintu dieorg ckp apsal rumah korang ni pelik sgt??? 😩😥

Dieorg msuk baca2 skit, lps tu ckp kteorg pun xleh buat sbb kuat sgt ‘benda’ dlm rumah tu. Ohh lupa, dkt floor kami ni ada 4 rumah, 2 sblh kiri, 2 sblh kanan, tgh2 lif 2 bji. Dkt kiri kanan ni jgk ada tangga yg x bertutup utk turun naik. Yg peliknya rumah kami je kena, rumah dpan takde pape pun, grrrrr. Lps tu mlm tu jgk baru tau, atas rumah kami tu kosong, takda student pun duduk..habis tu yg dok dgr selama ni tu apa??

Lps takleh nak settle tu, bdak laki ni call ustaz, ustaz ni try tapi xleh, so kna panggil ustaz luar tpi esk nye baru ustaz tu dpt dtg. Mlm tu semua tidur living hall smbil bukak yassin.
Pagi2 esknya awal2 lg kami keluar rumah tu. Pgi ustz luar tu dtg pagarkan rumah kami, siap bgi garam dgn lada hitam utk spare klu berlaku lg.

Dia ckp rumah ni dah jdi tempat tinggal & laluan dia, sbb dah lama sgt kosong..kteorg yg 1st dduk rumah tu, dia marah la tuh. Smnggu tingkap, pintu rumah tu takleh buka, mmg kna kurung la kteorg. Time kelas baru keluar, nak sapu kemas rumah pun tak bleh. Lps tu hari2 kteorg buat solat jemaah & hajat kt living hall sampailah gangguan tu kurang. Naik je sem dpn, kteorg mntk pindah. Tak tahan wehh hari2 kena. Rumah tu jgk dikosongkan lps kteorg dduk.

Hostel tu pun skrg dah takda, kampus kteorg tu dah ttup, skrg pindah puncak alam. Bangunan tu pun dah upgrade jdi mall atau hotel kot.

2) Kisah 2

Masa tahun 2, dah senior skit ni course kami buat program mentor mentee, tiap org ada mentee msing2. Ni cerita psl mentee kwn ak. Ohh kami 10 org tu msih serumah dgn ada penambahan 2 org lagi (semua satu kos). Mentee kwn ak ni junior kteorg, so dia selalu dtg rumah mntk nasihat psal bljr,bleh dikata tiap2 hari la. Budak ni lawa, tinggi, pandai agama, bijak, peramah, perfect la sgt ckp. Dgn lecturer pun dia baik & sgt aktif orgnya. Bdak ni, mentor dia n ak satu negeri, so agak rapat la. Masa rest or exam budak ni mmg score memanjang, sampai satu tahap org dengki dgn dia.

Tgh2 sem, dia tiba2 sakit. Jdi malas nak g kelas, blur msa nk study or exam, slalu nangis n mcm2 lg. Utk kurangkan sakit dia tu, dia akan dtg rumah kami, ktanya klu dtg situ baru ok. Dok rumah dia rasa tak aman, sakit sampai masa solat & mengaji pun jadi blur. Hari2 dia dok nangis. So hari2 dia akn dduk kt kampus or dtg rumah kteorg,nk tidur baru kteorg hntr dia balik rumah.

Tak lama lps tu, sakit dia mkin teruk. Dia apply cuti rehat, blik berubat kt kg. Dah sihat dia dtg blik, study mcm biasa wlpun ada kesan lg. Bila kami tny punca sakit tu dia taknak ckp wlpun dia tau (family dia kuat agama, dieorg pandai rawat sdiri). Tiap2 mlm lps tu dia akan cuba utk ngaji wlpun xbleh, sbb katanya bila dia ngaji baru rasa kekuatan tu ada. Even msa sakit pun, exam dia score wehh, tu benda tu makin marah.

Ada satu hari tu, dia makin teruk sampai kami tpaksa panggil kakak dia dtg. Kakak dia ada 6 sense, dia msuk je rumah kteorg dia ajak adik dia blik rumah sdiri. Lps tu baru dia ckp rumah kteorg dah jadi laluan makhluk tu (plak dah 😅), so proses recovery adik dia jd susah skit.

Bye the end of the sem, dia apply cuti pnjg skli lagi & balik berubat lg. Naik sem baru, mentor dia kwn ak ni cerita rupa2 nya classmate dia sdiri yg santau/sihir bdak ni pakai bomoh jawa. Classmate durjana ni yg buat sdiri santau/sihir tu, dia yg perasap sdiri, hntr sdiri sbbnya tak puas hati kwn dia ni lawa, pandai dari dia..b***h g**a kan!! Si durjana ni taknak bdak yg sakit ni bljr kt situ sbbnya dia nak dia je yg jdi perhatian nanti, x perlu jdi no2 dah..bitch betul.

Family si durjana ni katanya mmg ada keturunan bomoh jawa nih. And part paling worst, dua2 tu serumah wehh. Bleh lak kwn ni tgh sakit dia buat mcm takda pape. Ptutlah bila balik kg, budak yg sakit ni sihat walafiat, balik je kolej terus sakit.

Bdak yg sakit ni taknak kteorg heboh psal ni, kteorg je la tau sapa buat dia. Naik sem depan, bdak ni dtg sekejap nk tgok mcm mna. Wlpun tak sekelas dah sbb dia kena repeat subject still durjana tu hntr jgk. At last budam ni decide berhenti study situ & sambung tempat lain. Kat tempat baru elok je takda sakit pape. Alhamdulillah, skrg dia sihat walafiat, dah kerja, kawin dah pun..lagi berjaya dari si durjana tu, geram plak ak. Smpi skrg sk takleh tgok muka dia.

Pnjg plak cerita ak, harapnya ada pengajaran kita bleh sama2 ambil dari cerita ni. Hati, perlakuan mmg kna jaga sbb bukan kita je atas muka bumi ni.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

3 comments

  1. Berlenggang dia berjalan si gadis desa yang manja jelingan, yang manja, datang seorang pemuda di tangan nya penuh bunga di hati, penuh cinta says:

    Jap, kau copy paste ni kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *