Kisah Abang Bagaimana Terbuka ‘Hijabnya’ part 2

Assalamulaikum sy ucapkan kepada semua pembaca fs. Terima kasih admin kerana siarkan kisah saya “kisah abang bagaimana terbuka hijabnya” yang sebelum ni di sini. Saya perkenalkan diri saya sebagai Shakir dan berumur 30 tahun. Berasal dari Kuala Lumpur. Masih bujang. Sebelum ni saya banyak membaca kisah yang dikongsikan oleh kawan-kawan di fs sehingga saya tertarik untuk berkongsi kisah saya pula. Tidak meminta untuk medapat beribu likers, niat hanya ingin berkongsi.

Cicik yang bersungguh nak suruh saya share cerita kat sini. Kembang kempis hidung dia bila orang cakap dia sweet. Dia memang suka cerita macam ni tapi dia la yang paling penakut. Oh ya ada yang tanye kenapa cicik namanye. Cicik dulu lahir x cukup bulan. Saya dengan dia beza 5 tahun so dulu masa kecik-kecik saya tengok dia kecik je. Saya panggil kecik tapi lama-lama melekat pulak cicik. Ramai yang rimas ngan panggilan cicik. Nasib kau la cikk!! Ok habis cerita pasal cicik. Takut nanti ada yang baca ingat cicak pulak.

Saya nak kongsikan kisah saya memancing pulak. Saya ni bukanlah kaki pancing sangat. Tapi suka jugak la bila cuti-cuti member ajak pergi mancing, saya follow jugak. Ade sekali tu ikut member balik kampung kat Perak. Kebetulan ayah dia memang ada bot n selalu tangkap ikan kat sungai. Kami pun apalagi ambil kesempatan pergi mancing dari 7 pagi sampai lah pukul 4 pagi esoknya. Waktu nak balik tu, yang bawa bot ayah kawan (saiful) pakcik Zahar je saya panggil dah pesan kalau ada nampak apa-apa jangan tegur. Benda dah nak jadi, saya dari jauh dah nampak ada lembaga perempuan duduk kat batu kat tengah-tengah sungai tu. Elok je rupanya tak menakutkan pun. Tapi si Saiful ni nampak macam benda putih je pastu dia pergi tegur, “apa benda atas batu tu ayah?”.

Orang-orang yang dah biasa ke sungai ni mestilah dah biasa dengan situasi macam ni. Bila dah dekat, baru jelas memang makhluk tu perempuan. Elok bersanggul pakai kebaya siap. Pakcik Zahar yang berkomunikasi dengan benda tu. Saya diam je tapi dengar dengan jelas apa yang dia orang bualkan. Pakcik Zahar bagi salam. Dijawab juga oleh mahkluk tu. Katanya dia memang berasal dari situ. Cara percakapan dia seolah-olah dia nak bagi tau macam sungai tu dia yang jaga. Dalam hati saya berkata jugak, semua tu milik Allah. Boleh lepas saya cakap macam tu dalam hati, dia berhenti cakap dengan pakcik Zahar, dia pandang saya kemudian tersenyum. Eh boleh dengar ke dia? Cuak jugak saya time tu.

Pakcik Zahar kenalkan saya dan cakap kawan anak dia, tumpang memancing. Lepas tu pakcik Zahar hulur beberapa ekor ikan Kat mahkluk tu dan kami pun berlalu pergi. Kata pakcik Zahar, tu macam pengeras la supaya dia tak kacau kita dari memancing. Wallahualam, saya tak berani nak komen sebab saya kurang arif tentang benda ni. Yang saya tau semua benda atas muka bumi ni milik Allah. Yang peliknya si Saiful masa berdepan dengan makhluk tu tadi tak pulak dia bersuara. Kalau tak dia tu jumpa je perempuan cantik mulalah tak tentu arah. Menurut pakcik Zahar perempuan tu puteri ape entah saya pun tak ingat. Sebab bagi saya entahlah nak percaya pun fikir dua kali.

Kata pakcik Zahar lagi tu kali ke 3 dia berjumpa perempuan cantik kat tengah sungai. Kata orang kampung, kalau tak bagi sikit ikan yang kita dapat tu next time kalau turun sungai payah nak dapat ikan. Kalau tahan bubu kadang-kadang ikan dalam tu tinggal kepala je. Semua tu saya iyakan je. Nak percaya susah saya nak cakap. Kalau ya, iyalah. Kalau tak mungkin tu hanya dongengan kisah mistik yang dari datuk nenek moyang dia orang. Yang pelik jadi kat saya, kalau saya ternampak benda-benda macam ni, lepas tu saya mesti akan sakit kepala. Sakit yang kadang-kadang saya tak boleh nak tahan. Sebab tu painkiller memang akan sentiasa menjadi bestfriend saya.

Kisah 2
Ada sekali ni saya bermalam di Rawang. Rumah Paksu adik sebelah babah. Masa tu nak kenduri doa selamat. So kami satu family awal dah sampai. Hari jumaat petang dah terpacak kat rumah paksu. Kenduri hari ahad tapi memandangkan babah anak sulung, banyak benda yang selalunya babah yang didahulukan dalam adik beradik dia. Malam tu takda banyak kerja pun sebenarnya. Cuma bila dah berkumpul selalunya kami akan buat barbeque lepak ramai-ramai dengan sepupu-sepupu sampai lewat pagi. Awalnya tak ada yang pelik. Cuma yang saya perasan rumah paksu ni dia bukan lah scary cuma keadaan tu macam sunyi sikit. Sapa-sapa yang stay kat Tasik Putri tu tau la kot.

Masa habis buat barbeque tu, time nak kemas saya perasan pintu almari antik yang khabarnya legend dari time arwah nenek kecik-kecik lagi dah ada dah almari tu seolah ada bunyi dibukak tutup macam ada orang ambil barang. Tapi takda pun sapa-sapa yang bukak pintu tu. Sekali dua saya toleh-toleh jugak. Sebab rasa terganggu pulak dengan bunyi tu. Perasan jugak ada sepupu yang dok toleh sekali tapi takda pulak cakap apa-apa. Saya pun malas nak tanya. Tak lama lepas tu anak lelaki Nazim ( anak paksu ), merengek-rengek sambil tunjuk kat almari tu. Dalam hati saya mesti ada yang tak kena ni. Cicik yang memang melekat ngan saya ni sibuk tanya-tanya sambil buat muncung ke arah almari tu seolah-olah mintak saya bagitau apa yang ada kat situ.

Bila saya toleh xde ape-ape pun tapi lepas kali ke 4 rasanya baru saya perasan. Ada satu mahkluk kecik je badan berbulu dok berguling keluar masuk dalam almari tu. Agaknya benda ni kalau dia tau kita boleh nampak dia, lagilah dia nak buat show. Tapi saya masih buat tak tau je. Lama-lama dah makin menjadi-jadi pulak. Anak Nazim dah tertidur kat pangkuan dia. Saya bangun, saya pergi dekat almari tu. Baru saya perasan, almari tu memang legend betol. Tempat pemegang tuk tarik laci dia guna cengkerang apa tah tapi jenis-jenis siput takpun kerang-kerang ni. Elok saya nak rapatkan pintu almari tu, boleh makhluk tu tinjau saya dari dalam. Nak describe rupa dia macam mana saya pon tak pandang fokus betul-betul sebab terkejut. Just nampak mata macam mata kucing kaler orange2 tu tapi bulat tak bujur macam mata manusia. Lepas tu nampak tangan kecik yang berkedut-kedut, kuku hitam legam panjang tarik pintu almari tu dari dalam perlahan-lahan.

Bukan main laju lagi jantung saya masa tu. Lepas tu macam biasa la. Kepala dah start berdenyut-denyut. Saya pun mintak izin kat sepupu-sepupu yang lain untuk masuk bilik nak tidur. Waktu nak ke tangga tu si cicik sibuk betol nak tau. Kepala saya dah sakit, jap lagi ada jugak yang kena jentik telinga dia ni. Tangga ni belah bawah rumah paksu ni kosong kira macam ada ruang la. Lagi sekali saya terkejut. Kuat jugak kalimah Allahuakbar keluar dari mulut saya bila saya nampak lembaga rambut panjang sampai lantai mencangkung tapi nasib baik membelakangkan saya. Cicik dah mencicit naik tangga sampai atas sambil jerit panggil mama. Tak pasal-pasal semua orang keluar dari bilik, yang kat dapur semua dah ada kat tangga. Babah datang kat saya, sambil bisik.

“Abang, control sikit boleh tak? Babah tau rumah ni ada penghuni lain tapi babah taknak buat paksu ngn maksu rasa tak sedap bila dia orang tau. Jap lagi ada semua cousin-cousin abang tak sanggup tidur rumah mak sendiri pulak. Lepas kenduri ni nanti, babah cuba usahakan. Abang cool la sikit, jangan obvious sangat.”

Aikkk? Abang yang kena? Bukan adik ke yang melolong-lolong tadi? Sabar je la…
Sudahnya habis kenduri semua settle, babah minta saya dengan sepupu-sepupu yang tinggal tu pergi keluar makan ke lepak-lepak ke sebab babah nak buat kerja dia. Lepas plan semua lepas maghrib, kami semua pun keluar. Waktu nak keluar tu kat pagar rumah, subhanAllah memang ramai ‘benda’ yang bersidai kat situ. Saya pun cepat-cepat bawak cicik masuk kereta. Dia ni bukan boleh pakai sangat, kang bila dia tengok saya dah lain macam dia pulak yang lebih-lebih. Kat rumah time tu tinggal paksu n maksu, mama, babah dan beberapa atok sedara je. Yang muda-mudi ni habis angkut anak bini keluar bila babah cakap kat dia orang yang paksu suruh pagar rumah just untuk keselamatan. Alhamdulilah lepas babah buatkan, dah berkurang gangguan-gangguan kat rumah paksu ni. Walaupun paksu tak menidakkan kadang-kadang dia juga terganggu dengan bunyi bunyian yang makhluk tu hasilkan, tapi dia yakin ianya tak mendatangkan musibah ke atas family dia.

Untuk pengetahuan semua, kebolehan saya ni terhad. Hanya boleh melihat dan mendengar tapi tak boleh berkomunikasi secara direct dengan makhluk tu. Dan secara jujurnya, saya taknak pun berkomunikasi dengannya. Dan kebolehan melihat saya ni juga terhad, bukan semua benda saya boleh nampak. Kadang-kadang nampak kadang-kadang tak nampak. Dan kadang-kadang saya tak tau pun yang tu jelmaan makhluk tu atau bukan. Bila perati betol-betol baru saya boleh bezakan.
Selama saya ada kebolehan ni, babah banyak bagi nasihat. Macam babah kata, kalau ketiga-tiga sourse (melihat, mendengar n bercakap) dikurniakan pada manusia sometime ada yang tak boleh bawak. Ada kes yang individu tu boleh hilang kewarasan n cenderung jadi murung. Kebanyakan orang tak waras @ kurang siuman sebenarnya ada kebolehan tuk melihat dan mendengar kehadiran makhluk ni, bahkan ada yang boleh berbual macam berbual dengan manusia.

Ada sekali saya teman mama ngan cicik ke pasar borong Selayang waktu tengah malam, saya nampak ada sorang abang ni merayau-rayau aksi macam orang kurang siuman. Lepas tu dia duduk bawah lampu jalan, bercakap-cakap macam orang tengah marah. Saya tengok kat belakang dia ada je benda tu rupa dia pun serabai-serabai. Mulanya saya ingat memang manusia; kawan kepada abang yang kurang siuman tu tapi bila saya tunjuk kat cicik, saya cakap, “kesian kat abang tu tapi pandai pulak dia berkawan. Jarang tengok dia orang ni berkawan.” Lepas tu cicik terus dapatkan mama sambil cakap, “ma tengok abang tu, dia dah mula la tu nak takutkan cicik.” Saya tanya balik ape? Saya salah cakap ke?

Cicik: “abang takyah nak apa-apa sangat ea? Dah terang-terang ada sorang je kat situ. Yang abang cakap dia berkawan kenapa..?”
Saya: “laaa yang kat belakang dia tu sapa? Hantu?”

Mencicit cicik lari. Kadang-kadang takda niat nak menyakat pun. Kadang-kadang je takda niat, selalu tu memang sengaja.

Entri ni saya tulis dah lama, sebelum puasa lagi. Then bila dah puasa sibuk pulak. Tambah-tambah kena jaga Cicik sebab operate appendix. Dia punya merengek tu takyah la cakap. Plus dia punya request nak itu ini. Kang cakap lebih-lebih, dia cakap saya tak ikhlas pulak. Hahaha. Lepas raya ni dah sambung kerja barulah ada masa.

So kalau saya free lagi lepas ni, saya sharekan yang lain pulak ya? Salam aidilfitri buat semua pembaca n admin FS. Assalamulaikum.

Shakir
rate (4 / 1)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

28 Comments on "Kisah Abang Bagaimana Terbuka ‘Hijabnya’ part 2"

avatar
bunga

nak hijab terbuka, tunggu hang kena rasuk dulu. dah kena ada pintu utk jin keluar masuk tu. nampak la semua makhluk halus. org minta dijauhkan, hang pula minta dibuka kan. apelahh

elysium07

eh.. sy pun single lagi jugak..heh….hehhehehe

Miya

Ada je cara nk bukak hijab..ayat surah apa xingat..tu pun dgn izin Allah dan bergantung dgn niat..abah ada la bukak hijab dia tp sekejap je dgn izin Allah dan bkn utk suka2..masa tu darurat arwah nenek kena rasuk, masa sy duk asrama ada yg nk ‘berkwn’ , etc…dan bkn dia yg berkuasa utk buka kalau Allah x izin x terbuka..kalau rasa saja nk suka2 xpayah la nk minta dibukakn hijab.

Lala

Ada sebab kenapa Allah buka hijab certain people, tp kita xtpilih utk itu..
Myb kalau bukak, terus bole jd gila/sewel/mati, nauzubillah.. bsangka baik lah pd Allah..

Btw, best cerita awk.. igt nk kenenkan dgn adik sy, nurse cantik n pandai serba serbi.. tp xpe la..huhu
Tq kongsi cerita.. moga Allah melindungimu sentiasa.. Aamiinn..

Nino

Comel la cicik ni xD

FraaJaa

Hai abang . ayemsingle and gonna be 28 soon. Kehkeh

asikin rani

bang, nak jd cicik no 2 boleh?? hehehe :-p

Kipas

Tak usahlah dibukak, ingat seronok ke bukak hijab nanti kena hencap netizen macam yg jadi kat uqahahaha ok lawak sendu. Anda mau ka kalo dibukak hijab waktu drive kereta, menunggang motor nampak sume tu, kalo terkejut bley eksiden oitt. Mau ke tengah kau memerut ada yang memerhati dari atas pintu n flush jamban. Mau ke dikata sewel bila kau bercakap sensorang nanti. Bersyukurlah apa yang ada, kata nak mendalami ilmu agama tapi kelebihan sedia ada pun tak bersyukur lagi. Yang ditutup nak dibukak kenapa.

Bulan Biru
rate :
     

Saya pun hijab terbuka juga. Kadang nampak, kadang tak.Selalu boleh dengar dan rasa kehadiran dia.Tapi mula-mula memang terkejut dan takut.Lama-lama dah biasa
Hijab terbuka ni tak boleh main-main.Sekali nampak tu, Allah saja tahu rasa macam mana

wpDiscuz