Kisah Adik Adam #1

Hi. Nama aku Si Mayat. Ini pertama kali aku hantar cerita ke FS. Pernah juga aku hantar cerita-cerita seram aku ke laman lain dalam 5 tahun lepas. Semuanya kisah yang aku alami sendiri tanpa tokok tambah dan setia dengan kisah sebenar. Sebab ia dari sumber pertama iaitu aku sendiri. Tapi di sini aku nak ceritakan kisah yang bukan aku alami tapi benar-benar terjadi. Aku lakukan penambahan dan pertukaran nama, setting dan sebagainya supaya cerita lebih senang faham. Pada akhirnya, ia akan jadi fiksyen dan lebih sesuai dengan laman ini.

Aku ada 6 orang adik-beradik. Aku yang ketiga. Kisah ni tentang adik aku yang kelima, Adam. Adam dengan aku beza umur 8 tahun. Dalam adik-beradik kami, Adam yang paling istimewa. Dia OKU. Tapi jangan salah faham, dia tak cacat anggota. Dia nampak normal macam orang lain. Cumanya dia penghidap disleksia. Jenis kecacatan yang bukan pada anggota fizikal tetapi cecair atau hormon dalam otak. Dan kekurangan tu akan ganggu proses tumbesaran, pemikiran, dan habit. Samalah macam kanak-kanak autism. Senang cerita Adam kurang sel-sel DHA yang membantu pemikiran. Macam iklan susu tu. Bahasa kasarnya lembam.

Nak gambarkan Adam, dia masa kecil sangat hyperactive. Tapi bila masuk umur 12 tahun dia dah macam budak-budak normal lain. Cuma taraf pemikiran dia macam budak umur 6 tahun. Kisah ni jadi masa Adam 14 tahun. Tapi fizikal je remaja 14 tahun, tahap pemikiran dia masa ni macam budak darjah satu atau dua. Dia belajar di sekolah khas. Aku pula di universiti masa tu.

Cerita ni aku dapat dari mak aku dan tanya Adam sendiri selepas peristiwa. Aku percaya kat Adam sebab dia memang jujur. Kalau menipu pun, stail budak 8 tahun punya menipu.

Suatu hari, sekolah khas ni buat aktiviti perkhemahan di Tanjung Penguin. Tapi hanya pelajar-pelajar sempurna fizikal saja boleh ikut serta. 3 hari dua malam. Tak jauh dari kawasan tu ada kem PLKN. Terkejut juga aku dengar bila mak cakap Adam nak khemah dekat situ. Sebab kawan aku yang join PLKN dekat situ pernah bagitahu yang tempat tu agak ‘keras’. Keras yang bukan biasa-biasa, tapi hardcore. Mak bebel juga; ‘kenapalah cikgunya bawa budak-budak macam itu (OKU) pergi tempat macam ini (keras). Aku ketawa je dengar mak bebel dalam telefon masa tu tapi akhirnya mak bagi juga Adam pergi sebab nak ajar dia berdikari.

Hari pertama sampai ke tapak khemah, dalam jam 3 petang. Kumpulan yang ikut perkhemahan ni tak ramai, kurang 30 orang saja termasuk guru pengiring dan pelajar. Kawasan khemah telah ditandakan dan dipagar dengan benang putih di sekeliling kawasan sebagai tanda yang peserta tak boleh keluar lebih dari kawasan tapak khemah. Waktu sampai tu cuaca agak mendung dan pelajar dengan guru-guru terus dirikan khemah sebab takut nak hujan.

Adam cerita, waktu sampai je ke tapak khemah dia tak rasa apa-apa yang pelik. Cuma tak jauh selepas sempadan benang putih, dia ada nampak 2 rumah melayu lama dalam hutan. Hampir pukul 6 petang hujan pun turun dan berhenti sebelum Isya’. Lepas tu adalah aktiviti biasa perkhemahan, motivasi ke apa entah. Tapi yang pastinya, malam tu dalam pukul 12 diorang buat aktiviti burung hantu.

Peserta ditutup matanya dengan kain hitam, dibawa masuk hutan dan ditinggalkan duduk sorang-sorang. Syaratnya, walau apa pun yang terjadi diorang tak boleh buka mata melainkan dengar suara cikgu yang suruh. Aku rasa siapa yang pernah main burung hantu faham situasi ni tapi cuma kes ni, budak-budak yang join termasuk Adam OKU lembam, stail otak budak tadika atau tujuh lapan tahun. Bayangkan je lah situasinya. Umpama kau letak budak tadika dalam hutan sorang-sorang.

Adam diletakkan di bawah sebuah pokok. Ada semak sebelah dia sebab dia kata dia raba dalam gelap lepas cikgu suruh duduk. Lepas duduk, suasana memang sunyi cuma dengar bunyi serangga hutan. Tapi Adam tahu yang kawan-kawan dia ada tak jauh sebab dia boleh dengar budak-budak lain sedut hingus. Dalam 15 minit macam tu, dia dengar kawan dia yang duduk tak jauh dari dia menangis. Suara dari arah belakang. Adam buat tak tahu je lah. Masih setia dengan arahan cikgu dan tak buka mata. Tapi kawan dia makin kuat pula meraung sambil panggil nama cikgu. Adam marah budak tu suruh diam.

Tiba-tiba bahu kiri Adam kena cuit. Dia diam. Lepas bahu, telinga, perut, dengan tengkuk pula. Adam ingat cikgu dia main-main dan nak kenakan dia. (Adam ada satu cikgu faveret dia kat sekolah yang ikut serta). “Janganlah main-main cikgu.” Adam cakap.

Tapi suara yang balas, suara perempuan tua suruh buka mata. Lepas tu lengan Adam tersentuh sesuatu yang lembut macam kapas tapi berbulu. Dia rasa geli-geleman dan kibas-kibas tangan dia. Sebab tak tahan kena kacau, Adam buka penutup mata. Lepas buka je mata, betul-betul depan mata dia ada satu perempuan tua dengan muka berkedut buruk senyum kat dia. Rambut pula putih menggerbang. Gigi tajam-tajam warna hitam.

Aku tanya Adam tentang rupa perempuan tua tu. Adam describe macam hantu dalam filem Karak. Lepas tu apa lagi, menjeritlah budak tu. Adam tengok kawan-kawan dia yang tak jauh dari dia pun dah buka penutup mata dan menjerit sama. Menangis-nangis. Tak lama cikgu diorang datang ambik dan tenangkan. Aktiviti terus dihentikan dan peserta diarah masuk tidur.

Esoknya badan Adam panas. Cikgu arahkan Adam tidur saja dalam khemah. Tapi bukan Adam seorang saja kena demam dan lemah badan, ada dua orang lagi kawan dia kena juga. Jadi diorang tiga orang ni ditempatkan dalam satu khemah dan sepanjang baki perkhemahan tu diorang dikecualikan dari sertai apa-apa aktiviti. Cikgu tak hantar pulang terus sebab semua datang naik bas, jadi balik pun kena sekali. Tapi memang ada cikgu khas yang jaga tiga orang budak ni sepanjang demam tu. Cikgu tukata, Adam tidur saja dua hari tu.

Secara fizikalnya, baki dua hari tu cikgunya tengok memanglah Adam tidur je. Tapi sebenarnya tidak. Semangat (dan mungkin roh?) Adam dah menerawang ke alam lain. Nak tahu apa jadi kat Adam sepanjang demam tu? Aku akan sambung cerita dalam bahagian kedua. Sebab aku rasa tulisan ni dah panjang sangat, takut ada had patah perkataan kat FS.

Baiklah, kita jumpa dalam bahagian kedua InsyaAllah…

Si Mayat

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “Kisah Adik Adam #1”

  1. Amende yg panjang nyeeee… Alahaiii. Citer lain ada yg lagi panjang dari ni ko tau x. Sampai scroll bar kat tepon aku ni besar noktah je tau. Adoii. Papepon cepat2 la sambung yeee.

    Reply
  2. Aiikkk…????
    Sambung plaaakkk????
    X penah bace citer kt FS ni ke???
    Ade yg laaaaaaaaaaagi berganda panjang dr ni tau…

    Cgu buat kem kt kwsn cmtu dh nmpk x sesuai dgn tahap pemikiran pelajar yg camtu…
    Pastu tambah plak main malam burung hantu camtu lagileeerrrrr x lojiknye…
    Dahler tu cgu ntah mane tggu nye sbb mse Adam dh kena kaco tu cgu lambat sampai…
    Klu cgu dekat, mse meraung2 tu mesti dh immediately cgu depan mata…

    Reply
    • Btw ank aku pn dyslexia.mmg kne haruk cikgu2 ni klau bwt kat ank aku. Dyslexia ni perlu bimbingan yg rapi dari awal. Its normal.Xdape2 yg serius. Albert einstein,keanu reeves,tom cruise &yg femes2/legend kebanyakannya dyslexia.cer google

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.