Kisah Adik Beradik Di Taman Sutera

Hi Admin, hari ni Selangor cuti sempena Birthday Sultan Selangor. Kebetulan boring and ada masa untuk menulis dah tetiba terasa ingin berkongsi cerita dengan semua pembaca Fiksyen Shasha. Terimalah cerita yang biasa-biasa ni.

Nak diceritakan, saya ni dari kecil memang ada kelebihan sedikit tapi tak ada la sampai hijab terbuka macam dedek adik kak yong tu. Tu dah ekstrem sangat. Saya ni biasa-biasa je tapi kadang-kadang tu boleh sampai tahap annoying juga. Secara jujur, saya ni penakut orangnya dan percaya la benda ni rupa dia tak cantikkk wey. Tak best pon kalau dapat tengok. Serius!

Okay, nak cerita salah satu pengalaman saya. Masa tu raya kot kalau tak silap, pergi rumah mak cik kat Taman Sutera, Kajang (terus bagi tau nama tempat, maaf kalau ada sesiapa rasa terganggu ?). Dekat depan taman tu ada satu retention pond yang besar pastu ada trek joging tapi tak sure masih open untuk jogging ke tak. So, dah puas beraya bergelak ketawa kiteorang satu keluarga pon nak balik rumah. Jalan keluar dan masuk Taman Sutera ni memang kena lalu depan retention pond selepas pondok guard.

Nak dijadikan cerita, masa on the way balik tu saya nampak ada dua orang budak kecik. Satu tengah main kocak-kocak air dan satu lagi tengah berdiri tengok adik dia dan satu basikal. Saya dari dalam kereta pun kata la, “haish, anak siapa main malam malam buta ni kat sini. Tahu tak bahaya. Nanti lemas kan dah susah pastu membebel tak puas hati”. Tiba-tiba dengan suara tegasnya ibu pon tegur saya, “kakak cuba tengok jam dah pukul berapa?” Saya pon tengok jam dekat dashboard kereta dan gulp?! Tepat pukul 12 tengah malam. Ya Allah, celupar betul mulut ni. Dah banyak kali ibu tegur kalau nampak apa-apa tengok saja jangan tegur. Tapi mana nak tahu kan, ingat baru pukul 8 malam haha.

Lepas saja saya tegur, sorang yang tengah kocak air dan sorang yang tengah berdiri tu, dua-dua pandang kereta kitaorang terus. Scary wey, sebab mata dia bercahaya terang dan pandang dengan muka marah sebab saya tegur diaorang. Semua dalam kereta pun tergamam sambil berdoa jangan la dia ikut balik. Tapi masalahnya adik perempuan saya ini dia seorang saja dalam keluarga memang tak akan nampak and asyik tanya mana-mana?! Yang lain semua dah diam seribu bahasa sampai rumah. Buatnya dia ikut balik memang naya la kan.

Selang beberapa minggu itu, saya jumpa balik mak cik dan cerita pengalaman kiteorang. Rupanya, memang ada kejadian dulu di mana ada adik-beradik lemas kat situ. Tapi adik dia tak jumpa lagi ke abang maaf sebab lupa dah. Pastu kiteorang pon ooooh ok sekarang dah faham kenapa. Tapi tak pasti dah jumpa ke belum adik yang hilang tu sampai sekarang. Saya minta maaf kalau ada ahli keluarga adik-adik tu yang baca dan terganggu dengan cerita saya ni.

Actually banyak gak pengalaman saya sebab benda ni memang ada dan sekarang ada dua melekat dengan saya. Ayah yang bagi tau dan saya pun ada perasan juga. Tapi malas nak layan. Benda ni suka tau nak menyibuk dalam hal orang lain. Kadang malas nak percaya tapi diaorang memang wujud.

Okay, tu je dulu satu cerita. Kalau ada masa dan kesempatan cerita yang lain pula. Thanks sebab sudi baca.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

8 thoughts on “Kisah Adik Beradik Di Taman Sutera”

  1. Alamak…kalau dr hiway selalu lalu situ nak balik umah. Kes bdk lemas tu tatau lah..tp yg pasti pernah ade kes mayat kene b***h dah campak kat situ.
    Betul tak Bonda?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.