Kisah Aku Dan Pendamping

Asalamualaikum warga FS. Thanks admin sebab publishkan cerita aku. Nama aku Zara dan apa yang bakal aku ceritakan adalah kisah hidup aku yang sebenar.

Aku stay kat KL tapi kampung aku kat Ipoh. Semua kisah ni bermula selepas moyang aku yang berusia 109 tahun meninggal dunia. Untuk pengetahuan korang, tok nyang aku dulu seorang dukun. Kat kampung tu kira cukup di kenali lah dulu. Kampung aku dekat area TASEK, entah betul ke tak eja macam tu huhuhu.

Aku sejak kecil memang dah tau dari mak aku yang moyang aku membela saka. Dia terpaksa ambil belaan dari tok nyang aku (suami dia) sebelum tok nyang aku meninggal. Aku pun tak pasti kenapa umur dia panjang macam tu. Ada orang kata sebab saka yang dia bela, tapi pada aku tu semua rezeki dia lagipun moyang aku ni sorang yang aktif tak reti duduk diam langsung. Kejap siram pokok, jap lagi dia menyapu laman, pastu, ehh dia menyangkul plak. Hahaha

Aku ni cicit sulung arwah. Entah kenapa aku terkesan sangat selepas moyang aku meninggal. Tapi aku tak jangka pemergian arwah membawa maksud bermula lah episod derita aku. Selepas sebulan arwah tinggalkan aku. Aku mula alami perkara aneh-aneh.

Pada mulanya aku anggap tu semua halusinasi aku je. Tapi makin lama makin teruk. Aku kerap nampak bayangan. Bahagian tengkuk aku dengan betis aku kadang2 tiba2 jadi panas. Bukan panas biasa-biasa ye, panas melebor bak kata orang Perak. Sampai tahap aku kadang letak pack ice kat tempat yang rasa panas tu. Aku ada baca fakta jin sifatnya api tapi kalau dekat dengan manusia, kita akan rasa sejuk merinding. Kes aku ni, aku kurang pasti kenapa jadi macam tu.

Tak berapa lama kemudian aku start mimpi pelik-pelik. Permulaan aku mimpi aku berlawan pedang dengan sorang nenek tua ni. Nenek tu bawa sekali cucu dia yang lebih kurang sebaya dengan aku. Dalam mimpi tu aku tak bersuara langsung cuma fokus lawan pedang, hahaha. Tapi dialog yang aku ingat antara nenek tu dengan cucu dia lebih kurang macam ni

CUCU: nek kenapa kita kena b***h perempuan ni?

NENEK: kita terpaksa b***h sebab dia ada yang menjaga. Sesuatu yang menjaga dia yang dia sendiri tak tahu dan benda tu benda lama!

Aku terus terbangun bila dengar nenek tu kata gitu. Cuak babe, hahaha. Dalam pale otak aku dok pikir benda ape lah yang nenek tu maksudkan? Jaga aku? Siapa pulak yang jaga aku?

Lepas dari tu aku kerap fikir apa maksud mimpi tu? Sampai aku buntu dan malas nak ambil port lagi. Aku anggap mainan tidur je. Sampai lah satu malam aku mimpi aku ada kat bilik arwah moyang aku. Aku tidur atas katil dia tapi badan aku kaku. Tingkap bilik terbuka luas, aku nampak jelas bayangan hitam bertenggek atas pokok rambutan betul-betul depan tingkap bilik arwah. Mata merah dan benda tu berdengus. Benda tu bercakap dengan aku!!!

MAKHLUK PELIK: Terima aku!
AKU: Aku tak nak!
MAKHLUK PELIK: Terima aku!
AKU: Aku tak akan terima!

Setiap kali benda tu suruh aku terima dia dan aku jawab tak nak, badan aku seolah-olah diangkat sikit demi sikit. Benda tu tanya aku sampai la badan aku diangkat paras muka aku betul-betul nak cecah zink atap rumah. Bila aku cakap tak nak yang terakhir kali, badan aku terus terhempas ke atas katil semula. Aku terjaga dari tidur. Aku bangun, pinggang aku sakit!!! Ya Rabbi, macam nak patah rasanya. Aku terpinga-pinga jap. Eh aku mimpi ke tadi atau pun memang betul berlaku pada aku?

Esoknya aku rasa serik nak tidur. Yelah takut alami mimpi macam semalam lagi. Tapi ntah macam mana aku terlelap jugak. Bila aku pusing kanan aku nampak benda putih berselepuk baring sebelah aku!!! Berbunjut plak tu, korang sendiri tau lah kan apekah itu huhuhu. Aku pejam mata tapi badan aku menggigil. Aku rasa ada benda pegang kaki aku dan goncang sekuat hati. Last2 aku terjaga, eh aku mimpi ke tadi?

Aku buka lampu bilik aku tengok dalam bilik aku tak ada apa-apa pun. Ermmm. Aku duduk termenung atas katil, aku selak seluar dan kelebek kaki aku. And guess what? Ada kesan merah macam baru lepas kena genggam kuat! Allahuakhbar, dalam hati aku rasa nak menangis semahunya. Kenapa aku? Kenapa benda ni jadi pada aku? Apa dia nak dari aku? Dari mana benda ni datang? Macam-macam lagi persoalan dalam kepala otak aku mase tu.

Aku nekad jumpa sorang ustaz kat area rumah aku. Aku cerita A to Z kat dia, and dia cakap ye dia tahu keadaan aku sebab dia nampak pendamping-pendamping aku pada masa tu. What??? Pendamping-pendamping??? Berapa banyak benda ikut aku ni? Aku minta tolong dia buang atau halau benda ni semua supaya hidup aku aman semula tapi dia cakap dia perlukan masa sebab perlu cari orang yang betul-betul boleh bantu aku.

Sekarang dah 5 tahun aku bersama dengan benda-benda ni. Ini bukan pilihan aku. Aku pun tak tahu kenapa jadi macam ni? Dan untuk pengetahuan korang, selama 5tahun ni aku dapat ilmu-ilmu yang entah dari mana datangnya. Tak tahu aku nak jelaskan macam mana. Ilmu ni datang pada aku secara batin. Aku masih ingat pada Allah walaupun sekarang aku jadi liat sangat nak solat. Cuma aku sekarang nak cari orang yang betul-betul boleh bantu aku keluar dari masalah aku ni. Aku ada tiga ekor saka atau pendamping yang menjaga aku. Dan benda tu semua tak nak lepaskan aku.

Ok lah setakat ni je perkongsian aku. Tentang ilmu apa yang aku dapat dan macam mana cara aku berkomunikasi dgn pendamping aku, aku akan ceritakan pada slot akan datang. Itu pun kalau ada yang sudi nak membaca lagi kisah hidup aku huhu. Akhir kata dari aku HIDUP WALAU APA PUN MASALAH TETAP YAKIN ADA JALAN PENYELESAIANNYA. Asalamualaikum

DHIA ZARA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

6 thoughts on “Kisah Aku Dan Pendamping”

  1. wasalam wbt… weh seramnya!!..takpe,ni ujian allah nak bagi..teruskan dekatkan diri nan allah.. mesti allah bantu,lambat atau cepat je..aku doakan,amin 🙂

    Reply
    • Cubalah pergi Darul Syifa’. Benda2 macam ni bukan boleh pergi berubat sekali terus sembuh, so jangan cepat putus asa ya. Ataupun risik2la mana2 ustaz ustazah terdekat. Semoga dipermudahkan urusan awak.

      Reply
  2. cerita menarik!btw,jin ni bukan diperbuat daripada api..yg api tu syaitan..syaitan n jin are different..syaitan menghasut..jin mcm kita..allah buat utk beriman kpdNya..truskan berdoa..kwn sy pon mcm ni jgk..tp xkena dkt dy..jena kat kakak dy..tp xdelh teruk mne..dlm proses nk buang..kena igt jugak..kita kena usaha klau kita nk..yg selebihnya tu kita ikhtiar..usaha 70%, ikhtiar 30%..lbih kurang..klau kita usaha lebih,insyaallah allah akan bantu..

    Reply
  3. Haha penulis berlawan dengan pedang,aku berlawan dengan parang. End up aku pun ada jugak pendamping rupanya. Tapi kemungkinan dia dah takde. Syukur

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.