Kisah Aku Disantau (part 2)

Assalamualaikum FS. Selamat berpuasa. Aku FSK, dan aku nak sambung cerita pengalaman kisah aku kena santau (yang viral dekat Facebook beberapa minggu lepas). Sebenarnya aku dah “tweet” dalam akaun Twitter aku tapi tangan aku gatal sangat nak delete tweets yang lama-lama, sekali terdelete semua. (minta maaf sebab tu).

Jadi ramai yang tanya mana sambungan part 2 sebab dia orang tak dapat cari dekat akaun aku dan majoriti dia orang suggest aku letak dalam Fiksyen Shasha ni. Ye lah, malas pulak nak tweet lagi sambungan part 2 tu dalam Twitter. Kalau ada siapa2 yang lost cari mana part 1 boleh la cari kat siakapkeli, aliffchannel, atau says.com.

Sambungan…
_________________________________________________________________________

Lepastu dia sambung balik cakap, “Budak ni ada datang majlis konvokesyen awak dulu, bulan Mei kan?” Aku dah mula pelik. Yelah, aku tak pernah mention pun dekat Ustaz yang aku konvo bulan Mei tahun 2015 tu. Tiba-tiba pulak dia tahu. Dia sambung lagi, “Budak ni memang dalam geng kawan-kawan awak. Awak pun ada bergambar dengan dia sekali dengan rakan sekelas awak. Budak ni putih-putih, tinggi-tinggi” .

Aku masa ni dah meremang bulu roma, seram ada, takut ada, segala macam perasaan ada. Bila ustaz cerita pasal budak tu ada masa konvo aku, aku cuba sehabis baik nak ingat balik tapi tak dapat langsung, macam memori aku kena block. Untuk pengetahuan korang, dari dulu (sejak aku tahu kena dah terkena) sampai sekarang aku tak dapat ingat balik apa yang berlaku pada hari tu. Aku siap bukak balik gallery aku nak tengok siapa yang ada bergambar dengan aku masa konvo tu. Yang aku ingat, aku datang dengan parents ke DATC, amik scroll apa semua dan bergambar ramai2. Hari konvo kan, memang kau akan bergambar sakan.

Dalam aku tengah cuba ingat balik tu, Ustaz cakap, “Tak payahlah nak ingat” sambil tersenyum. Mungkin dia tak nak aku tahu sampai bila-bila. Lepastu dia sambung lagi, “Malam raya ke 2 tu, budak tu datang dalam mimpi saya dengan ‘benda’ tu sekali. Dengan nada marah budak tu cakap, “HOI ORANG TUA! AKU AKAN PASTIKAN BUDAK NI DENGAN KELUARGA DIA AKAN MALU DEPAN ORANG RAMAI ESOK!” Ustaz cakap dia terus terjaga malam tu.

Hari Raya ke 3 tu, Ustaz cakap dia memang tak senang duduk. Dia pergi beraya dengan keluarga dia pun dia risau dengan aku. Sebab budak tu dah bagi warning kat dia malam sebelumnya. Kalau korang baca part 1, hari raya ke 3 aku tiba-tiba pengsan dan berubah kan? Haa haritu la dia attack aku. Masa tu kan open house, ramai orang, kiranya budak tu dah berjaya malukan aku depan orang ramai yang datang. Rupa-rupanya, parents aku dah contact Ustaz awal-awal lagi, masa raya pertama sebab nak suruh Ustaz tengok-tengokkan aku. Patutlah budak tu marah sangat dekat Ustaz dan siap bagi warning sebab dia tahu Ustaz cuba nak sembuhkan aku masa tu.

Borak punya borak, tak sedar jam dah dekat pukul 12 tengah malam. Ustaz cakap, “Jangan risau, kita usaha, berserah pada Allah. Awak tak perlu takut” Malam tu aku tidur nyenyak habis, badan rasa ringan. Aku rasa macam aku sendiri.

Keesokan harinya, pagi tu aku dah bersiap nak masuk balik wad (yelah dah janji dengan doktor kan hehe).

Mesti korang ingat cerita ni habis sampai sini je kan? Unfortunately, tak.

Jadi raya ke 4 tu (2015), dalam tengahari aku masuk balik wad. Masa tu aku happy lah jugak sebab aku rasa aku jadi diri aku balik, selera makan pun dah okay dan parents aku pun boleh bermalam dengan aku. Doktor cakap dia orang nak “monitor” kesihatan aku untuk 2 minggu lagi. Kalau semua okay, aku boleh keluar wad. Masa ni aku dah tak kisah sangat sebab yang penting aku nak sihat dan cepat keluar. “Gangguan” tu datang balik dalam minggu pertama tu. Masa ni aku tak perasan sangat tapi apa yang aku ingat, aku dah mula termenung balik tengok luar. Apa yang aku menungkan aku pun tak ingat.

Dalam 2 minggu aku kat situ, ada beberapa kisah yang aku ingat. Minggu pertama tu, aku dah mula kena ganggu dengan cara halus. “Dia” tak bagi aku tidur malam. Gangguan tu selalunya bermula selepas Asar sampai lah Subuh. Kau bayangkan, tiap-tiap kali aku cuba nak tidur, langsung tak dapat. Rasa gelisah, panas, macam-macam perasaan ada. Bapak aku (dia shift jaga waktu malam) cuba macam-macam, dia pusing cara aku baring 360 darjah dah, masih jugak tak dapat tidur. Tuhan je tahu betapa seksa aku pada masa tu. Bapak urut-urut kaki aku, baca Al-Quran, semua tak jalan. Menangis jugak aku pada masa tu. Bapak hanya mampu tengok je sebab dia tak tahu dah nak buat apa. Last-last aku give up, aku baring je sambil menghadap bapak aku mengaji. Bila bapak aku tidur, aku masih lagi berjaga.

Yang peliknya, selesai je azan Subuh, automatic mata aku terus mengantuk. Nurse selalu tegur jangan tidur petang, mungkin sebab tu aku tak dapat tidur malam tapi diaorg tak tahu yang aku langsung memang tak dapat tidur selepas Asar tu. Masa aku curi-curi tidur pun selepas breakfast je. Mata aku memang kembang macam kena penumbuk.

Kisah lain pulak, “aku” selalu rasa rimas bila Mama mengaji. Mama suka mengaji sebelah aku dan dekat dengan telinga aku. Yang aku ingat, “aku” rasa suara Mama mengaji tu bising sangat-sangat dan ada satu masa “aku” cakap kat Mama, “Boleh tak kecikkan suara tu bila mengaji? Bising” Masa ni Mama buat tak kisah je sebab dia dah tahu yang aku dah kena balik.

Kisah last ni berlaku pada minggu kedua (minggu terakhir) aku dalam wad. Kisah ni yang aku ingat sampai sekarang sebab bila fikir balik, rasa seram tu masih ada. Macam biasa, Mama tengah mengaji masa ni, aku pulak tengah lelapkan mata. Masa ni belum nak tidur lagi sebab aku masih dengar Mama mengaji. Yang aku ingat, diri aku sebenar memang nak lelap dan aku sedar mulut aku macam tengah berborak dengan seseorang. Yang peliknya, “aku” seakan-akan membebel dalam bahasa yang aku sendiri tak tahu. Diri aku sebenar pada masa ni dah mula rasa pelik sebab yang bercakap tu bukan aku, tapi benda tu.

Masa ni, Mama terdengar aku macam berbisik dan borak dengan seseorang. Bila dia toleh, dia nampak mata aku pejam, tapi mulut berborak, siap senyum, gelak-gelak lagi. Masa ni Mama dah rasa pelik dan seram. Dia pun merapatkan diri dia kat aku sebab nak dengar dengan lebih jelas aku cakap apa. Tiba-tiba, Mama cakap mata aku terbukak luas dan “aku” pandang tepat kat Mama. Mama masa ni cakap yang tengok dia tu bukan anak dia. Mama tanya, “Borak dengan sapa tu?” aku jawab sambal senyum kat dia. “Kawan”. Mama tanya lagi, “Borak pasal apa?” Aku jawab, “Saje borak-borak”.

Mama cerita, masa ni dia dah takut sangat, sebab dia rasa bukan aku yang borak dengan dia tu tapi “benda” tu. Dia cakap, dia terus SMS ustaz diam-diam sebab dia dah rasa lain. Nak tahu kenapa Mama rasa takut sangat? Satu, aku jawab dia sambil tersenyum sinis. Dua, aku jawab Mama dengan bercakap Semenanjung. Kalau korang baca part 1, asal aku memang orang Kuching, Sarawak. Sebab tu Mama masa tu memang dah seram sejuk dan cepat-cepat contact Ustaz. Mama sambung dan kuatkan lagi mengaji dia sebab nak “lawan” benda tu. Mama ada cakap yang aku memang cakap Semenanjung all the way. Slang2 Semenanjung habis. Sebab tu dia rasa takut. Pada masa yang sama jugak, diri aku sebenar memang sedar “benda” tu yang jawab Mama aku.

Alhamdulillah, selesai tempoh 2 minggu tu, kesihatan aku meningkat dan doktor benarkan aku keluar wad. Bila di rumah, aku sambung berubat balik dengan Ustaz dan dia cakap InsyaAllah tak ada gangguan lagi, cuma kena pandai jaga diri dan sentiasa berhati-hati bila berkawan. Ramai yang tanya aku dekat Twitter, aku tahu ke siapa yang santaukan aku tu. Untuk pengetahuan korang, dari sejak aku berubat sampai sekarang aku tak tahu siapa yang buatkan aku dan bagi aku, aku tak perlu tahu. Bukan hak aku nak menghukum dia. Aku harap dia sedar apa yang dia buat dekat aku tu salah dan mintak Allah ampunkan dosa dia.

Okay lah FS, tujuan aku share kisah aku ni bukan nak takutkan orang untuk tak berkawan, tapi sebagai peringatan yang semua manusia tak sama. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Berkawan memang boleh, tapi jangan terlebih bagi “kasih sayang” kat orang sebab hati orang ni mudah sangat nak tersuka atau jatuh hati. Apa-apapun, aku harap kita semua sentiasa dilindungi dari segala kejahatan dan sihir. InsyaAllah.

FSK

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

31 thoughts on “Kisah Aku Disantau (part 2)”

  1. Cerita macam ni mungkin viral di twitter, facebook,
    Tapi cerita macam ni terlalu biasa untuk Fiksyen Shasha.hhehehe

    Reply
  2. Senang cer,x payah berkawan la…. Mcm mak lampir ni, x kwn dgn sapa2… Dok sorg2 ja…. Janji hati sapa x sakit..x sunyi la xda kwn ni…abih boring …layan katun sepangebob.

    Reply
  3. Part 1 tk silap dekat aliffchannel . Search pasal “nasihat seorang ustaz kepada lelaki yang terkena santau” .

    Reply
  4. viral dalam fb? lol. mcm mana la cite cam ni pon boleh kena viral. kakakaka. tak seram langsung cite ko dik

    Reply
  5. kat mana ade tempat nak santau orang?saya nak Bomoh Siam.santau paling kuat.
    sangat memerlukan sekarang.Urgent!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.