Kisah Aku Yang Boleh Nampak Apa yang Orang Lain Tak Nampak

Assalamualaikum semua. Aku tak kesahlah readers nak percaya cerita aku ka tak, cuma nilah pengalaman hidup aku sampai harini.

Aku ni jenis deria tu cepat merasa benda2 halus ni. Bukan rasa ja, lagi sakit sebab aku siap nampak dia main golek2 depan aku ka, dok bawah kerusi ka. Dia takkan nampak lama, cukuplah 2 3 saat.sekadar nak bagitau, dia memang ada dekat situ.

Dulu masa sekolah menegah cikgu kaunseling aku pernah sampai panggil aku sebab dia nak suruh aku refer psychiatric. Aku takdalah nk terasa ka apa sebab biasalah benda2 macam ni bukan semua orang nak percaya.

First sekali pasal benda dalam rumah. Aku tak taulah rumah aku ni ka prob, atau diri aku ja ada masalah. Abang dengan kakak aku dua2 belajar dekat u memang jarang balik nak banding dengan aku.

Jadi tinggall ah aku sorang2 kat rumah ni kalau balik cuti. Mak ayah masih kerja. Satu hari, aku masak dekat dapur, nak jadi cerita aku dengar ada benda jatuh berdentum dari atas siling rumah. Aku husnuzon jelah kucing2 aku sebab kucing ada 8 ekor. Aku sambung goreng ayam makan tengahari. Tiba2 bunyi tangga berkeriang keriyut macam ada orang turun. Aku terus jalan pergi check, time tu sekitar 10 pagi. Aku ni selaki2 aku pun, lemah jugak semangat kalau ‘dia’ main serang macam tu.

Aku tenangkan fikiran takut histeria pulak sorang2. Depan mata aku lagi, benda tu dok turun tangga. Setan betul ni aku kata, aku patah balik masuk dapur. Time nak masuk dapur ada budak laki entah dari mana berlari belakang aku.then dia Terus hilang tembus dinding. Aku istighfar panjang, terus aku capai fon bukak ayat kursi.

Memang tak ke ruang tamu aku takut punya pasal. Lepas keadaan aku okey sikit barulaah aku bukak tv kuat2. Ada satu hari tu, aku selak langsir slinding door. Time tu dah nak senja, aku nampaklah 3 lelaki berjubah putih depan rumah aku. Tak, ni bukan tabligh ka apa, sebab macam biasa dalam tempoh 3saat macam tu dia hilang. Aku tak nampak motif dia apa. Kadang2, aku dok sorang2 dalam bilik nak tido tengahari buta, aku dengar dah dia dok mengaji. Sedap, suara lelaki.

2. Kat luar. Kadang2 dekat badan orang pun aku nampak. Dari cikgu sekolah menengah ke lecturer. Memang agak mengganggu dulu sebab aku focus pandang papan putih benda tu bersidai kat sebelah .

Aku punya gabra tu memang susahlah nak cakap, tapi diam jalah. Kalau ke tandas (tandas sekolah cangkung) aku nak amek gayung tadah air aku pusing ada benda hitam berbulu belakang aku. Aku memang takkan lupa apa aku nampak yang ni sebab ni antara kemunculan dia yang paling berani dalam hidup aku.

3. Kat rumah sewa, dia main ketuk2 pintu. Pernah lah sekali aku dok sorang2 kat rumah, sebab housemate balik kampung. Aku nak buat maggi, sekali ada perempuan rambut mengerbang dok tercegat kat ruang tamu umah teres tu. Aku tak boleh gerak mana2 sebab aku takut sangat time tu. Nak gerak susah, tak gerak susah aku pun keras jelah duduk kat atas lantai tu sorang2 tengok tv kecik.

Dia siap bunyi2 gelak dia masa tu, aku ingat dia nak hilang dah tapi tak, malam tu sebelum tidur aku perasan dia kat hujung katil aku. Seram sejuk aku satu badan malam tu walaupun kipas berdiri aku punyalah slow sebab habuk tebal.

Kalau kejadian ketuk pintu tu tak payah cakaplah. Dia main ketuk pintu umah,bilik, bilik air tu macam nak datang raya. Setan betul aku cakap sebah kacau macam tu. Kawan aku pun pernah kena tapi dia tak nampak.masa mula2 aku cerita dia tak percaya, sampailah satu harini allah nak tunjuk, member aku jumpa gumpalan rambut dalam bilik tidur dia. Bila dia urai2, rambut tu bapak panjang.

Dia terus panggil member aku, akem ni. Meremang bulu roma masing2. Nak cakap ada ornag bawak balik perempuan rumah kami budak surai, dan rambut tu pun ada uban2. At last kawan aku amer cari ustaz pagar rumah. Sejak haritu takda dahlah dia msin dalam rumah, dok luar ja. Kot naseb kau baik, kau balik lambat sebab class ke shift malam sempatlah jumpa dia kat depan tu.

4. Aku mula pelan2 boleh baca fikiran orang.. perasaan orang. Aku cepat trace kalau orang menipu. Entah, aku pun tak pasti ni kebetulan atau apa. Tapi ni masalah bagi aku sebab kena pura2 tak tau.

Entahlah. Aku dah jumpa ramai ustaz,parents aku pun dah ikhtiar macam2. Ustaz cakap hijab aku terbuka, dah banyak kali mereka tutup. Selalunya tahan seminggu dua. Then dia akan nampak balik. Aku takda amalkan apa2 ilmu batin, aku tak tinggal solat dan mengaji. Benda ni masih ‘ganggu’ hidup aku sebagai manusia normal. Bayangknlah, nak ke tandas pun kena fikir dua tiga kali dia ada ke takda..lebih besar dugaan kalau kita riya dengan benda ni. Percayalah, adakalanya ia ilham bila ainul yaqin dah terbuka, dan kau takkan rasa kau sendirian lagi masa tu. Guess what, masa aku tulis benda ni, ada benda lain pandang aku. Hurt me too much. Terpulanglah nak percaya atau tak, tapi ni yang berlaku dalam hidup aku. Thanks sebab baca.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

  1. Suka pula ak bc FS ni, dolu ms ank dara ak pun boleh nampak..mcm mcm..kekadang ak rs mcm org gila pun ada. Iyala org xnampak boleh anggap.ko terlebih tgk cerita drama. tp kalau fans FS nak rs thrill pg la bertapa dekat kuarters JKR batu 10, Skudai. Segala mcm ada kat situ. Ak mls nk post citer ak coz ak xreti nak cerita apa yg mnimpa hidup ak dari 1996 -2003.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *