Kisah Anne

Salam admin dan pembaca semua. Terima kasih andai kisah ini di luluskan Ika hanya berdiam diri sepanjang aku berada di rumahnya. Menurut ibunya sudah seminggu Ika berkeadaan begini semenjak pulang dari sekolah. Ika hanya menunduk wajahnya kebawah. Tidak pernah dia memandang mukaku. Tiba-tiba Ika resah bila mendengar ustaz memberi salam. Terus dia bangun nak melarikan diri. Mungkin dia sudah tercium bala yang akan mendatang

“ Pak Anjang tengok macam mana “. Tanya ustaz kepadaku
“ Sekoq saja ustaz. Pompuan “. Ustaz anggukkan kepalanya
“ Jom kita mula. Satlagi nak pi tempat lain pulak “. Kata ustaz
Ustaz duduk di depan Ika. Dia terus menjadi resah.
“ Kamu kafir atau islam “. Tanya ustaz
“ I,m not a muslim “. Jawab Ika dalam bahasa inggeris. Terkejut kami dengan jawapan dari Ika
“ Kamu boleh bercakap dalam bahasa Malaysia “. Tanya ustaz. Ika menggelengkan kepalanya
“ Pak Anjang cara englishnya buka slang Amerika ni “. Kata ustaz
“ Betoi. Macam slang London saja ni “. Aku berkata dekat ustaz dan dia setuju. Ibu Ika hanya tersenyum sebab mungkin pertama kali dia melihat orang yang di rasuk cakap orang putih
“ Baik la. Saya akan berdoa kepada Allah minta agar kamu boleh bercakap dalam bahasa Malaysia “.

Ustaz membaca ayat-ayat suci al quran
“ Siapa nama kamu “. Tanya ustaz
“ Nama aku Anne “. Ringkas jawapan dari Anne
“ Kamu datang dari mana “. Tanya ustaz lagi
“ Aku datang dari zaman inggeris dan aku seorang sister “. Kata Anne dan baru kami perasan Englishnya tadi memang dari sana

“ Kenapa kamu ganggu Ika “. Tanya ustaz
“ Sebab dia biadap “. Terkejut kami dengan kata-kata Anne
“ Kenapa awak kata Ika biadap “. Tanya ustaz
“ Dia baling benda kotor yang di penuhi d***h kearah aku dan di pijaknya rumah aku. Aku seorang sister dan aku seorang yang suci “. Kata Anne. Ustaz terdiam lalu memandang muka ibu Ika
“ Maaf kak. Anne marah sebab Ika baling pad yang berisi d***h ke tempat Anne. Terkena dia. Tu yang mengamuk “. Terang ustaz kepada ibu Ika

“ Rumah awak dekat mana “. Tanya ustaz
“ Busut belakang sekolah “. Jawab Anne
“ Mungkin Ika tak perasan awak dan rumah awak “. Kata ustaz. Anne terdiam
“ Tapi aku sakit hati sangat. Rumah aku bau busuk “. Kata Anne
“ Maafkan Ika. Dia tak sengaja. Awak pulang ke rumah awak “. Kata ustaz
“ Aku tak peduli. Aku tak nak keluar. Aku dapat rumah baru “. Jawab Anne
“ Saya minta secara elok sekali lagi. Boleh tak awak keluar dari badan Ika “. Namun Anne masih lagi bertegas

“ Pak Anjang. Dia dah selesa dapat rumah baru, dia tak nak keluar. Kita kena kasaq sikit “. Terus ustaz memukul lantai tapi Anne yang mengeliat kesakitan
“ Aduhh…Sakit “. Kata Anne
“ Saya dah minta dengan elok dan dah jelas yang Ika tak sengaja baling benda kotor tapi awak tak nak terima “. Anne masih lagi berdolak dalih enggan keluar dari badan Ika
“ Baik lah macam ni. Saya bagi 3 tawaran dekat awak “. Anne anggukkan kepalanya tanda faham

“ Tawaran pertama ialah awak keluar dari badan Ika. Tawaran kedua awak keluar dari badan Ika dan peluk islam dan ketiga bersedia untuk di sembelih “. Kata ustaz. Anne terdiam
“ Awak pilih yang mana “. Tanya ustaz. Akhirnya Anne memilih untuk memeluk islam
“ Selepas aku peluk islam, apa yang perlu aku lakukan “. Tanya Anne kepada ustaz
“ Kamu akan di hantar ke Madinah dan kamu boleh memilih pasanganmu di sana. Mahu tak saya tunjukkkan siapa pasangamu. Saya akan berdoa kepada Allah agar di tunjuk pasangan kamu “. Anne angguk kepala lalu ustaz membaca ayat quran. Di tunjuknya tapak tangannya kearah Anne. Anne tersenyum dan mengangukkan kepalanya.

” Itu rupa Madinah dan pasanganmu “. Kata ustaz kepada Anne. Anne tersenum berpuashati
“ Baik lah. Sebelum saya hantar kamu ke Madinah, saya akan ajar syahadah kepada kamu. Kamu ikut saja “. Akhirnya Anne telah menjadi muslim
“ Kamu nak pilih nama baru atau kekalkan nama kamu “. Anne mengekalkan nama asalnya
“ Sebelum kamu di hantar kesana, saya nak kamu memohon maaf kepada keluarga Ika di atas apa yang terjadi “. Kata ustaz dan Anne setuju

“ Aku minta maaf kepada kamu semua “. Kata Anne ringkas
“ Kami bagi pihak keluarga Ika juga memohon maaf pada kamu atas apa yang berlaku “. Anne anggukkan kepalanya mendengar permohonan maaf dari ibu Ika
“ Aku maafkan “. Sebelum ustaz mengeluarkan Anne di mintanya Anne memberi salam kepada semua.

“ Assalamualaikum semua “. Kami menjawab salam Anne lalu ustaz menarik keluar Anne dari badan Ika
“ Pak Anjang. Nampak tak Anne “. Tanya ustaz kepadaku sambil menunjuk sesuatu di atas tapak tangannya.
“ Nampak ustaz. Telinga panjang dan tetek labuh “. Tertawa ustaz mendengar kata-kataku kemudian ustaz membuat isyarat menghantar Anne keluar dari rumah.
“ Ish…Pak Anjang ni pi cerita abih semua aihhh…..”. Ibu Ika tersenyum mendengar kata-kata ustaz.

Akhirnya Ika sedar sepenuhnya. Ustaz meminta ibu Ika menerangkan apa yang terjadi kepada Ika kemudian. Kesimpulannya dari kisah ini ialah hanya di sebab pad yang mengandungi d***h kotor yang di buang di merata tempat dan akhirnya mengundang padah. Berhati-hatilah kita semua. Tersilap langkah susah yang bakal kita terima. Sekian
#ariffbudiman

Ariff Budiman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

2 thoughts on “Kisah Anne”

  1. Jgn la jadi pompuan pemalas dan suka buang pad merata2..kan dah mendapat..ibu2 yg ada anak dara..take note..didik ank tu bab pad ni..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.