KISAH ASRAMA DI RUMAH KEDAI

Kisah ini berlaku pada tahun 1996 di mana aku telah menerima tawaran untuk masuk ke Uitm, masa tu course yang kami amik ni 1st badge kat situ, kira kitaorang ni pioneer lah. Oleh kerana penempatan belum siap, maka penempatan sementara kami di rumah kedai. Semester pertama aku duduk dalam dorm yang memuatkan dalam 16 orang student campur2, tapi yang course kami Bachelor Of Art & Design majority dalam dorm tu,yang lain bdk CS, Architecture.

Minggu pertama memang xkenal lagi rupa sebenar asrama tu sebab sibuk orientasi, balik untuk mandi dan tukar baju dengan tido je.

Minggu kedua bebas daripada minggu orientasi, semua mula merasai homesick dan berebut-rebutlah untuk gunakan public phone yang hanya ade 1 dekat blok tu. Nasib baik aku xgi makan semata-mata nak guna phone untuk bertanya khabar tentang bonda tercinta, sedang orang lain tengah beratur amik makanan, aku dapat sembang ngan mak jadilah walau sekejap. Oleh kerana ramai yang nak guna phone,tapi kemudahan itu hanya ada 1,maka sampai 11 malam pun masih ade yang dok beratur .

Bermula episod cerita tapi bukan aku yang alami,tapi kawan dari dorm lain, dia yang last dapat turn guna public phone tu katanya masa dia guna phone tu jam dah hampir kul 12 malam masa tu.Pak guard dah siap warning suh masuk dorm masing-masing, masa dia habis bercakap, letak ganggang phone dan berpaling nak menuju dorm tu dia perasan ada satu susuk tubuh seperti seorang lelaki kat situ bila dia perhatikan betul-betul lelaki tux de muka…dia terus berlari balik dorm,itu cerita yang aku dengar dari kawan-kawan dan kami semua jadikan iktibar dah xnak kua dorm dah malam2 tapi bagi budak AD macam kitaorang ni,kelas dan projek artwork xmengira waktu, ade yang free waktu malam, masa tu lah nak kena settle kan tugasan yang diberi.

Malam tu adalah malam yang kami pilih untuk siapkan artwork secara berkumpulan, di mana 1 kumpulan 4 orang ahli aku,aida, eddy dan aku lupa sorang lagi sape tapi perempuan. Studio kami xjauh dari dorm jarak hanya beberapa dorm sahaja dan studio kami aras bawah yang paling hujung sekali. Malam tu ramai jugak team2 lain yang menggunakan studio tu untuk siapkan artwork mereka so ruang macam terhad jugaklah. Dek kerana kami xnak orang tiru idea kami, kami pilih tempat yang tersorok sikit (rumah kedai kan macam ruang dapur tu kat belakang dan ade pintu keluar) so kat situ lah kami pilih,di ruangan macam dapur tu untuk kami siapkan artwork kami…

Kami 3 orang mencangkung untuk pegang mounting board tu, si eddy steady je dengan spray, tengah2 kami asyik dok belek2 artwork kami, aku dengan aida terdengar bunyi seolah2 orang memakai kasut askar sedang melompat dari aras atas ke lantai kami,bunyi itu sangat jelas sekali dan betul2 seakan hampir dengan kami, dengan xsengaja aku dan aida terlompat keluar daripada kawasan dapur tu kerana betul2 terkejut dan takut dengan bunyi itu, eddy dan yang sorang lagi heran, dia tanya kenapa?aku tanya diorang kasut sape tadi? tapi yang peliknya eddy dengan yang sorang lagi xdengar ape2..aku mula rasa xsedap hati, aku cakap aku xsihat dan mintak balik ke dorm. Itu yang pertama aku alami.

Aku betul2 berharap itulah yang pertama dan terakhir aku lalui semua ni.
Seterusnya ada satu malam lepas siap artwork, aku lepak dalam studio tu sebab aku suka tengok artwork kawan aku fyza nama dia, memang hasil tangan dia real…macam copy paste..tengah asyik aku sembang ngan dia, xsedar rupanya orang lain semua dah balik dorm,tinggal lah aku ngan fyza je seluas2 studio tu kami berdua je ade..tiba2 pak guard warning…
“Tutup semua lampu pi balik dorm skaghang dah kui berapa dah ni” katanya dalam loghat utagha. Aku dan fyza pun pasrah, kami bangun tutup semua suiz lampu dan kipas dan berjalan kluar studio sambal sembang2 (for info studio kami satu deretan je dengan dorm aku cuma dorm aku hujung belah depan manakala studio ni di penghujung last deretan blok tu.

Fyza lewat daftar hari tu so dia xduduk dorm, dia dapat bilik di aras atas (rumah kedai kan dia ade bilik2 atas) depan blok kami ade garaj2 fellow dan warden asrama.

Hanya beberapa langkah ke kiri si fyza dah sampai ke anak tangga untuk balik bilik dia, sedangkan aku ni kena jalan hingga hujung blok tu baru sampai dorm aku..elok je aku jalan aku dengar bunyi tapak kaki dari atas bumbung garaj tu, aku berhenti dan amati bunyi tu,tapi senyap…aku teruskan kembali langkah aku..2 langkah aku jalan, 2 langkah jugalah aku dengar dari atas bumbung tu…akupun segerakan langkah aku, bila aku laju, laju jugaklah kedengaran langkah itu seolah mengejek aku. Ketakutan dan seram sejuk dah mula menyinggah, aku terus lari sekuat hati, bila aku lari aku dengar langkah itu makin laju seiring dengan aku yang sedang berlari.

Sampai aje kat dorm aku terus meluru masuk dan tutup pintu dengan nafas tercungap2. Budak2 Architecture ni biasalah selalu lambat tido, diorang terkejut sebab aku tiba2 masuk macamtu je.

“Eh..engko ni apehal hah,berlari2 malam2 buta ni?”si aini budak architecture marah aku.

“Aku jogging lah”aku jawab nak cover line.

“Hey…gile ke ape jogging tengah2 malam buta ni”sambung dia lagi.

“Alahai engkau ni, dah aku xde masa nak jogging siang hari kan ade kelas, aku jogging lah malam yang engko suka sibuk ni pehal?”aku tanya balik dengan muka marah sebab aku xkan cerita kat diorang ape yang berlaku tadi, kalau aku cerita.

Semua berlari naik katil masing2lah, kesudahannya aku jugak yang ke tandas sorang2..sebab aku xcuci muka ngan berus gigi lagi sebelum tido. Aku terus ke tandas yang berada dalam dorm tu jugak, cuci muka amik wudhuk, kluar tandas aku perasan kak su tengah meronta2 tapi mata dia pejam. Aku ingatkan dia mengigau so aku terus wat macam biasalah lepak atas katil sambil nak tunggu diorang padam lampu nanti, xlama lepas tu kawan yang sorang lagi perasan kak su ni lain macam, aku tanya dia “Nape ko tengok kak su macamtu kak?” aku Tanya kak lily.

“Entah…aku tengok macam separuh sedar je kak su ni”jawab kak lily. Kak lily dan rakan2 lain terus cuba kejutkan kak su. Lama jgk kitaorang kejutkan dia sampailah dia betul2 sedar dan dia bercerita; Masa dia baring2 kat katil tu tiba2 dia nampak kelibat hitam besar masuk dorm pastu dia cub abaca ayat qursi tapi mata dia macam xleh bukak, so dia macam baca pastu terlena, terjaga baca lagi dan terlena balik, sedar2 dia nampak macam jari yang berbulu kehitaman, dan berkuku panjang sedang memicit pinggang dia dengan 2 jari tapi jari itu Ya Allah besarnya seumpama peha kita. So dia jerit tolong2 tapi xde yang dengar pun. Dia yakin dia jerit kuat sekali katanya…

Aku yakin yang kak su nampak tu adalah ‘benda’ yang sama ikut aku kat bumbung garaj tadi,fikir aku dan akupun diam je malam tu nak tido amik wudhuk dan pegang yasin semuanya tanpa menceritakan kejadian yang menimpa aku.

Kejadian yang terakhir dalam semester tu ramai kawan2 dorm balik kampung sebab Isnin tu cuti so dapatkan 3 hari. Noi, Kak Lily, Lynn, Hafizah balik kampung. Katil bawah sebelah aku ni kosong sebab kak Ecah tu pun balik kampung, dahlah penghuni katil atas aku, aida pun balik kampung juga(sebelah katil kak each ada bilik stor kecik dan dalamnya ade busut yang besar)

Malam tu aku pun terjaga dalam jam 2 lebih macamtu, dah jadi tabiat budak2 ni radio xpernah nak off smpai ke pagi.Elok aje aku terjaga,lagu ‘lena diulik intan’ berkumandang, aku pun cuba menghayati sebab aku minat lagu tu masa tu lampu xbertutup. Xtau plak kenapa ,padahal dah lewat sangat dah !
Asyik aku dok layan lag utu tiba2 sayup2 dengar

“Hmmm…hmmm..hmm..hmmmm..hmmm” seakan suara seorang perempuan menyanyi mendayu2 nada itu seumpama nada orang dulu2 yang sedang mengulik anak kecil dibuaian..

Lagu lena diulit intan terus langsung xkedengaran, yang jelas hanyalah suara perempuan itu…Aku terus Tarik selimut dan bantal aku tutup telinga aku dengan bantal kuat2. Makin aku tutup makin kuat bunyi nya dan semakin hampir. Bila aku amati bunyi tu menahan takut. bermula dari dalam stor yang ade busut besar tu, kemudian beralih makin dekat di katil kak ecah, makin dekat hingga di penjuru telinga aku hinggakan aku berpeluh2 dari jam 2 pagi hinggalah hampir jam 5 aku dalam ketakutan hinggalah aku dengar orang ketuk pintu dan sayup2 dengar suara si aida dari luar baru aku beranikan diri bangun dan bukakan pintu untuk dia, dan dialah orang pertama yang aku ceritakan.

Sehingga kini aku xdapat melupakan kejadian2 ini dan bunyi nyanyian adalah antara yang paling menakutkan aku..

Azila

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “KISAH ASRAMA DI RUMAH KEDAI”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.