Kisah Bermula Tahun 2000 (Ending)

Salam semua pembaca, tq admin sudi postkan sambungan cerita ni (tak tahulah seram tak bagi pembaca).

Sambungannya masa kakak aku dah balik maktab after cuti seminggu then kena ganggu balik, so family decide dengan persetujuan maktab (sebab ni kes sakit semasa latihan) kononnye untuk pulihkan kakak. Tak tahu lah peraturan gov sekarang sama or x.

Parents bawa kakak berubat cara kampung, orang tu cakap kakak sakit sebab ada orang dengki dengan family so dia selalu hantar benda tu thats why gangguan selalu berulang. Dan kali ni kakak diberi pendinding, biar benda tu tak dapat datang ganggu kakak (sebenarnya kakak aku ni kuat agama gak rajin berdoa dan sembahyang) tapi terpaksa ikut cara lain atas sebab2 tertentu kot (bukan menduakan Tuhan k). Then orang tu pesan hati2 walaupun dengan saudara sendiri. Jangan makan or ambik barang yang dimasak kecuali family yang betul2 boleh dipercayai.

Kali ni kakak boleh bertahan hampir2 masuk final year. Tapi semua tak seindah kabar dari rupa. Benda tu datang tak diundang lagi. Kejadian ni bermula malam jumaat, yang tinggal dirumah cuma aku, 2 orang adik pompuan, mum, kakak & kak ina (kak ina ni pembantu rumah baru kami). Daddy outstation dan abang dah further study overseas.

So nak dijadikan cerita malam tersebut yang lain syok tengok tv di ruang tamu utama, aku dan 2 orang adik pula buat hal sendiri di ruang tengah (tempat khas family untuk berkumpul dan boleh nampak ruang tamu utama). Tengah syok layan message (masa tu belum da whatsapp and so on macam sekarang) tiba2 pintu depan diketuk dengan kuat. Semua kelihatan terkejut, aku pandang jam dinding dah pukul 10. Siapa yang datang malam2 bisik hatiku.

Kemudian kak ina bangun pergi arah tingkap tengok siapa yang datang. Tak sampai beberapa saat kak ina terus lari depan mum then terus berbisik. Guess what mum suruh semua masuk bilik masing2 kecuali kakak lah still tido dengan mum. Aku masuk bilik je terus terdengar bunyi kereta depan carpoch, aku rasa happy sangat2 sebab aku fikir daddy aku dah balik then rasa selamat untuk tido.

Next morning masa breakfast aku tanya siapa datang semalam then kak ina jawab perempuan berbaju merah datang balik (masa kakak baru sakit dulu benda tu selalu datang bagi salam kum kum). Aku tanya lagi daddy mana kak ina, boleh je dia jawab petang ni baru sampai. Aduh bunyi kereta di carpoch semalam kereta siapa, benda tu naik kereta ke datang sini? ( tak mungkin mum or yang lain sebab masa tu semua belum pandai bawa kereta) .

After kejadian malam tu, kakak mula sakit teruk, pernah sekali aku cuba beranikan diri pergi intai bunyi2 tersebut tepi tingkap bilik (bilik aku kat atas so boleh lihat area depan rumah) selepas ketukan tu. Guess what aku nampak kereta jenis kelisa warna merah parking hujung jalan lepas selesai je main ketuk2 aku nampak pintu kereta terbuka tapi takde orang masuk then tutup terus pergi. Time tu aku lupa nak cam no kereta.

Kalau kat maktab pula kakak selalu lari macam ada sesuatu follow dari setiap sudut sambil menangis minta tolong. Barang dalam bilik kakak pun selalu terbakar suddenly walaupun time tu kakak di rumah (yang terbakar tu macam tilam, bantal, buku, baju dan langsir). Bukan dibakar serentak tapi akan terbakar if kakak balik bermalam di rumah tapi kebakaran akan berlaku pada waktu malam sahaja.(Kakak takde roommate) dan pihak hostel akan kol parents tanya kakak kat mana, of coz lah dalam bilik sebab kakak selalu tido dengan mum.

kalau di rumah pula selalu nampak kakak tiba2 mengamuk, baling tv, (dulu tv besar2 tak macam sekarang tv slim2). Kalau ikutkan badan kakak aku ni kecik je tapi boleh angkat tv baling dari tingkat atas rumah dan apa2 yang di depan mata (aku pun macam x percaya). Bab2 cakar dinding ni jangan cakap lah memang setiap gangguan (macam film the exorcism of emily rose) tapi kisah kakak aku ni awal lagi dari film tu.

Pernah sekali masa kakak mengamuk sebab orang hospital cuba tenangkan kakak, boleh je kakak terjun macam terbang dari tingkat atas rumah (ni tengah malam ok) tup2 dah atas pokok berdepan dengan rumah sambil mengilai macam kak pon (sebenarnya rumah kami ni area kampung sebab ni tanah sendiri so rumah pun jauh2 dari jiran). Orang kampung pun macam takut nak rapat dengan family aku. Macam2 tuduhan tak berasas termasuk membela untuk business family. Faham2 sendirilah.

Sampai satu tahap kakak sendiri decide untuk drop/berhenti dari maktab alasan kukuh dari hospital sebab sakit mental disorders (macam lebihan cecair otak) tak tahu lah ni doctors handle kes kakak yang cakap tapi bila parents tanya doctor boleh je jawab kakak aku ni stress study (macam pelik je kan alasan tu) aku masih ingat lagi nama doctor tu (puan norita) sebab dia selalu datang jumpa kakak bagi injection dan ubat di rumah.

4 tahun usaha kakak untuk gred musnah, ni belum lagi daddy hantar kakak sambung study tempat lain tapi tetap sama benda tu setia hingga ujung nyawa dah macam2 cara untuk halau termasuk cara agama dan kampung tapi tetap sama. Sampailah 1 ketika business daddy bankrup dan terpaksa jual rumah ni. Sebelum pindah tu kak ina pula resign sebab tak tahan diganggu macam2 mahluk. Kami pindah ke rumah pusaka nenek sampai sekarang dah 12 tahun still no endings for our family masih diganggu.

Note: Maaf kalau panjang & lambat update kisah ni sebab sekarang aku pregnant susah untuk aku ceritakan kisah2 dunia kecil ni. Kalau boleh aku scan je diary ni untuk bukti biar senang korang baca sebab aku memang tak boleh update satu2. Nanti ada je orang kecam. But tq sebab baca.

April

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

10 thoughts on “Kisah Bermula Tahun 2000 (Ending)”

  1. Kesiannye…
    Sedih kan kenang manusia yg x penah menyenangkan kita tapi sgt cenderung memilih jalan menyusahkan…
    Semoga Allah memelihara kita semua dan.dipermudahkan dan.diberi pengakhiran yang terbaik di sisiNya…
    Aamiin…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.