Kisah Di Klinik Lama

Assalamualaikum ADMIN.. Nama aku Mira. Aku nak kongsikan juga pengalamanku sendiri semasa aku student nurse. Pengalaman ni adalah semasa aku tinggal rumah student ketika posting di klinik. Cerita ni bermula ketika aku dan rakan ku di tugaskan posting di klinik yang masih berhampiran dengan klinik lama yang sudah tidak digunakan dan telah lama di tutup sebab usang.Tempat tinggal kami pula betul2 sebelah jer dengan klinik lama tu disebabkan rumah tu bersambung atap zink dengan klinik lama tu.

 

Hari pertama kami di sana kami telah dipesan oleh kakak staff yang bekerja di klinik tempat kami posting kalau lepas maghrib jangan keluar rumah lagi.Oleh kerana kami orang baru kakak tu pesan lagi kalau lebih jam 5 petang jangan lalu belakang klinik lama. Kami cuma iyakan saja.Fikir kami mungkin sebab klinik lama sebab tu kakak tu cakap2 macam tu. Jadi balik dari kerja 5petang tu aku dan rakan ku balik la ke rumah.Malangnya ketika mahu Mandi,paip rumah kami tidak berfungsi. Jadi aku dan rakan ku terpaksa mengambil air dari klinik untuk mandi dan cuci baju. Ketika aku menunggu rakan ku mengambil air aku ternampak anak kucing terjatuh tepi longkang belakang klinik lama. Oleh sebab kesian aku pun pegi la selamatkan anak kucing tu.(walaupun aku teringat pesan kakak tu aku kuatkan hati juga).Masa lalu belakang klinik tu memang meremang bulu tengkuk juga la sebab rasa seperti di perhatikan seseorang tetapi aku beranikan diri saja. Pada malam tu rakan ku lebih banyak mendiamkan diri.Lagipula dia memang seorang yang penakut mungkin sebab kami betul2 bersebelahan klinik lama jadi dia banyak mendiamkan diri fikirku.Oleh sebab kepenatan angkat air petang tu kami berdua pun buat keputusan untuk tidur awal malam tersebut. Keesokannya ketika di klinik barulah rakan ku ceritakan padaku bahawa ketika aku pergi selamatkan anak kucing petang tu dia nampak ada wanita tua rambut mengerbang memerhatikan ku melalui tingkap klinik lama tersebut.

 

Pada hari berikutnya aku dan rakan ku tidak dapat melelapkan mata awal jadi kami membuat keputusan untuk melayan movie. Sedang best kami melayan movie tiba-tiba ada bunyi benda keras jatuh di atas atap zink rumah kami dan bergolek sehingga ke atap klinik lama terus bunyi tersebut hilang. Kami berfikir mungkin cempedak belakang klinik kami jatuh.Esokknya kami buat keputusan untuk melihat buah tersebut tetapi yang mengejutkan aku dan rakan ku adalah pokok cempedak terletak di belakang rumah. Mana mungkin buahnya jatuh di belakang atap zink lalu naik bergolek keatas bahagian atap zink.Dan buah cempedak juga tidak di jumpai. ketika d klinik kakak staff memberitahu kami ada orang yg ternampak bebola api diatas rumah kami semalam. Malamnya aku dan rakanku buat keputusan untuk membaca yassin.Usai membaca yassin, kedengaran klinik lama di sebelah rumah seperti ada yang mengamuk. Bunyi barang2 terhempas.Aku dan rakan ku segera memasang ayat2 suci dari telefon dan menarik selimut untuk tidur.

 

Malam seterusnya aku dan rakan ku tidaklah sunyi sebab ada rakanku yang dari posting klinik lain datang menginap di rumah kami.Suasana malam tu memang riuh sebab rakan ku yang satu lagi ni memang suka bercerita. Ketika kami riuh bercerita tiba2 pintu rumah kami di tendang kuat sehingga rumah kami bergegar. Aku bagi isyarat kat rakanku untuk diam.Pada fikiran ku takut ada penjenayah yang ingin ambil kesempatan. Aku bersedia berdiri depan pintu sambil memegang lesung batu. Tetapi rakan ku yang satu lagi menarik ku ke dapur sambil berbisik “mustahil orang dapat tendang atau tolak pintu rumah ni sebab pintu tu bergrill”. Esok paginya aku kuatkan hati memeriksa pintu rumah untk kepastian.Pintu grill masih berkunci, dan grillnya pun tak muat buku lima ku untk mengetuk pintu.

Malam esoknya malam last kami di sana sebab rakanku yang riuh mulutnya mengajak kami balik ke kolej lebih awal.Aku dan rakanku bersetuju sebab tidak sedap hati mahu berlama di sana. Kami balik menumpang kereta abang sepupunya. Dalam perjalanan balik rakanku mula bercerita pada petang lepas maghrib ketika abang sepupunya menghantar dia ke rumah kami, mereka terserempak dengan seorang budak tengah memegang bola di tengah jalan sebelum masuk klinik tersebut.Malangnya budak itu tidak berkaki dan terapung. Dan dia mengajak kami balik sebab bunyi tendangan semalam kedengaran seperti amaran yang makhluk tu tidak suka kami di sana. Abang sepupunya yang mudah terlihat benda2 tersebut juga memberitahu kami bahawa ketika dia sedang menunggu kami di dalam kereta dia diperhatikan seorang wanita berambut putih dengannya mukanya sebelah kehijauan seperti berlumut, giginya pula menyeringai dan tajam, manakala kaki dan tangannya panjang merangkak mengelilingi kereta. Dia bernafas kuat sambil memegang cermin kereta. “Kesan tapak tu masih ada di cermin sebelah kiri”beritahunya kepada ku.Aku memberanikan diri untuk melihat, sebab cermin itu d sebelahku. Memang nampak kesan tapak tangan.berbeza dari tapak tangan manusia.tapak lebih lebar dan jari yang memanjang.

Sekian.

 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

2 thoughts on “Kisah Di Klinik Lama”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.