Assalammualaikum semua. Saya S. Harini S nak cerita pasal kisah seram yg S pernah kena. Tkthu lah seram ke tak sebab bagi S benda macam ni seram jugaklah haha. Ok back to that. Kisah ni semua berlaku kat rumah sewa S. S duduk sewa apartment dengan 7 kawan S.
Rumah tu ada 3 bilik. S duduk bilik tengah. Master bedroom dengan bilik hujung semuanya kawan kawan S duduk. Bilik hujung ni before S masuk bilik tu tak bukak sebab kata tuan rumah bilik tu penuh dengan barang dan tuan rumah kata kalau nak guna bilik tu guna jelah. S dan kawan kawan S pun bukak lah bilik tu. Memang penuh dengan barang. Almari lah tilam lah banyak lah barang. S dan kawan kawan pun kemas bilik tu. Yelah kawan kawan S kan ramai.
So S pun kemas lah bilik tu dan kawan S 2 orang duduk dalam bilik tu. Hari pertama kawan S masuk bilik tu dia cakap takde apa apa. Semuanya okay. Esoknya hari sabtu. Sabtu ahad mesti rumah sewa S takde siapa sebab semuanya balik ke rumah masing masing. Tapi haritu kawan S namanya Q tak jadi balik rumah dia.
So S teman dia. Tinggal S dgn Q jelah time tu. Nak di pendek kan cerita. Time tu nak dekat maghrib ke time maghrib S tak ingat. Tapi yg pasti time tu memang dah senja. S dgn Q duduk dekat ruang tamu. Lepak lepak kat ruang tamu tengok tv bercerita bergossip semuanya lah. Tetiba S terdengar bunyi guli kat bilik hujung. Bilik yg Q ni duduk. Banyak kali bunyi guli tu. Macam ada budak main. Time tu memang berderau d***h S dgn Q. Then Q cakap nak pergi check bilik tu. S pun ikut lah sekali pergi check. Memang takde apa. Tulah orang kata klau duduk rumah bertingkat ni memang dengar pelik pelik. So S dan Q kembali tenang dan baca doa banyak banyak.
Itu cerita pertama. Cerita kedua time ni dah lewat malam. Kali ni ramai sikit kat rumah sewa S. Ada 4 orang termasuk S. Time tu S dgn kawan S namanya K. Time tu S dgn K duduk kat ruang tamu. Lepak gossip semuanya lah dan S dgn K ni klau tak gelak macam orang gila memang tak sah. Jadi S dgn K ni gelak gelak sampai kawan S yg duduk bilik hujung keluar bilik bawak selimut dan bantal.
S cakap dengan diaorg berdua “kenapa korang takut eh tidur bilik tu? Nak tidur sekali ke? Hahah” then kawan S cakap “Q dengar ada org mengilai tadi kat tingkap. Bunyi kuat” terus S dgn K terkejut dan pada masa yg sama Q cakap macam tu. Pintu rumah sewa S diketuk. Kuat betul diketuknya. S tktahu lah siapa yg ketuk. Tapi sangat kuat bunyi ketukan tu. Then S dan kawan kawan S terus masuk bilik S sebab kami time tu memang dah takut sangat. Kami baca doa. Call parents kami apa semua dan kami berjaga sampai subuh. Selepas kami solat subuh kami terus tidur dan tak fikir apa apa dah.
Cerita ketiga. Banyak betul ye cerita S haha maaf ye semua. Ok cerita ketiga, time ni S baru je pindah rumah sewa dgn kawan kawan S. Kawan kawan S sama je dgn rumah sewa lama S. Tapi rumah ni lain sikit.
Rumah apartment jugak. Besar luas selesa. Dan rumah ni panjang. Bilik kami semua jauh jauh. S duduk bilik master bedroom. S kongsi dgn 4 orang kawan S. Malam pertama tidur je kawan S dah dengar benda pelik pelik. Dia terdengar bunyi plastik sampah kena selongkar kat hujung kepala dia time dia tengah tidur.
Kawan S check kot kot ada plastik kat atas kepala dia. Tapi memang takde. Esoknya kawan S demam. Sehari je dia demam. Lepastu selang beberapa minggu S dgn Q pulak kena benda yg sama. Maklum lah time tu kami berdua cuti. Jadi plastik di toilet kami ada lah kami punya tu. Kami terdengar bunyi plastik kena selongkar. S dgn Q pun buat jelah tktahu. Esoknya nak buang plastik tu tengok tengok bunyi yg sama mcm kami dengar dan memang plastik tu ada kesan kena selongkar. Time tu kami tak cakap apa dah. Terus angkat keluar dan buang.
Ok itu je yg S nak cerita. Sebenarnya banyak lagi tapi tulah panjang sangat hahaha. Terima kasih semua kerana membaca
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
good
Bole laa..bole laa..dripd xbaca apa² kan 😂
ok la
Bosan