Kisah di Sekolah Asrama Slim River

Assalam saya nak cerite berdasarkan kisah sebenar yg saya lalui di skolah berasrama di slim river.

Waktu pertama kali saya masuk sekolah ni,tingkatan satu,hari pertama tu saya ‘period’ or org kata datang bulan secara tiba2. Selepas je program orientasi dan riadah petang tu saya rendam baju sukan dalam baldi. so malam tu dah cadang nak basuh baju sukan sebab nak guna balik untuk esoknya. Jadi,hari pertama di asrama tu semua perempuan yang tak solat boleh tinggal di asrama, yang solat akan pergi ke masjid sekolah untuk program kat masjid.

Saya pun siap2 la nak basuh baju malam tu pergi ke tandas yang terletak di hujung koridor dekat dengan tangga yang tak berlampu.bilik saya selang satu dorm dari toilet waktu tu. Bila saya masuk toilet saya nampak ade 2 orang tgh basuh baju.saya tak tengok sangat muka diorang sebab saya rabun. Bila masuk toilet saya nak basuh baju dekat singki yang pertama yang dekat dengan pintu keluar toilet tu. bila saya sampai jek,sorang dari orang dalam tu baru habis basuh baju dan keluar dari situ.

So saya pon basuhla baju n tengah2 gosok baju tu orang kat sebelah saya ni tegur, “adik budak baru ke?” pastu saya jawab la ha ah sambil senyum dan terus basuh baju tanpa pedulikan siapa orang tu.dari gaya dia macam senior la sbb panggil adek. lepastu dia tanya lagi “adik suka tak duduk sini?” saya jawab entah tak tahu ..sambil tak pandang muka dia.lepastu dia tanya lagi” adik nak pindah ke? ala janganlah pindah tau” .
saya yang tengah tonyoh baju dengan berus ni senyum je tanpa pikir soalan yang dia tanya tu pelik. sebab kenapa tiba tiba dia tanya nak pindah? saya tak kenal pon dia n saya tak pernah pon cakap nak pindah kat sesiapa..aku cakap dalam hati sambil memberus baju tu,takut orang kat masjid balik n ada program lagi.

Lepas je akak tu cakap macamtu dia terus keluar dari bilik air. Waktu tu saya baru perasan yang saya tinggal sorang jek dalam toilet tu.mak aihh punyalah sunyi. beberapa saat lpas akak tu keluar dari bilik air tu terus saya dengar bunyik budak perempuan ketawa hi hi hi hiii macam dalam citer annabelle tuh…dari atas siling .

Ya Allahhh aku yang tengah basuh baju ni terus rasa sejuk semacam dan terus saya masukkan baju yang tak habis basuh tu dalam baldi dan lari balik dorm. Waktu lari tu baru perasan yang dorm sebelah toilet tu gelap dan x de orang.

huhuuu nasib baik saya ni jenis yang cepat lupa benda yang buat saya takut. so esoknya saya dah hilang rasa takut dan tak cerita kat sape2 pon sbb waktu tu akak2 senior ade cerita yang kalau kena kacau jangan cerita kat orang lain, nanti benda tu lagi suka.jadi, dah sedekad dah bende ni berlaku..heheheh

Part 2

ni jadi bila aku form 2 pulak..waktu tu ada ajk tandas atau diorg panggil ajk BIA setiap dorm akan ada sorang wakil ajk,akulah orang yang terpilih n tugasnya setiap hari tugasan,sebelum pergi perhimpunan kena cek tandas,ada barang tertinggal ke or tandas tak bersih ke saya kena bersihkan.

so hari yang saya bertugas tu saya pergilah ke toilet di hujung aras.waktu saya nak cek tu,memang takde orang pon dalam toilet.bila sampai dekat part shower,depan shower tu ada singki n biasala atas singki ade cermin kan.so bila nak cek dekat sinki tu tiba2 saya gatal pandang cermin singki dekat shower paling jauh dari pintu keluar tu saya ternampak dari cermin yang dekat dalam shower tu ade sorang budak perempuan pakai baju sekolah lengkap sambil tunduk kepala ke lantai.shower tu gelap sebb jauh dari lampu.bila nampak je bende tu saya terus lari balik dorm dan kawan saya terus tanya. “weh,kenapa lari? kenapa muka ko pucat?” saya terus tak cakap apa2 dan ajak mereka pergi perhimpunan terus.saya yang memang jenis tak bercerita pasal benda2 ni kat orang.so saya tak citer kat sesiapa kecuali adek bradek kat rumah jek. rasa berdenar tu still rasa lagi.fuhh

Part 3

ni bila form 5 pulak.bila form 5 ni aq jadi naqibah atau ketua dorm dekat aras paling atas asrama,tingkat dua.bila dah form 5 ni biasala suka study malam2 n balik dorm 2 3 pagi.so satu hari ni aq balik dalam pukul berapa tak ingat sebab mengantuk sangat tapi lambat jugak la sebab budak dorm dah tido semua.bila aku nak naik tangga dari bilik study kat bawah, memang dah rasa pelik dah dan meremang sebab lain macam sejuknya waktu tu n memang gelap tak payah cakap la. bila naik tangga tu memang tak pandang mana2 laju je naik. time masuk dorm tu aku orang terakhir masuk orang lain suma dah tido so aq kunci la pintu. bila nak tido,katil aq kat bawah n time nak kibas2 katil aq terdengar bunyi kucing mengiau.tapi bunyi tu macam pelik,sebab nak kata bunyi kucing,macam garau, nak kata bunyi kucing mengawan pon tak sebab aku kenal bunyi kucing mengawan.

Lepas aku kibas katil n dah baring siap2 baca doa semua sebelom tido,aku selubung dengan selimut.lepastu dengar lagi bunyi tu tak berenti makin aku nak lelapkan mata makin berubah bunyi makin garau dah tak macam bunyi kucing mengiau. hm dalam hati aq dah agak dah ni.aku pon sebenarnya dah mengeletar dah plus aku berpeluh tak berenti.aku pon terus baca ayat qursi n doa tidor.dan tertido sebab aku mengantok sangat.

esoknya baru aku sedar yang aku dorm paling atas,macam mana kucing bole naik? dan aku dengar bunyi tu pon dekat luar tingkap yang x de balkoni tu! masa tu aku pikir positif je la,maybe kucing tu sesat kot…huu

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *