Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kisah ini berlaku ketika aku masin belajar pada tahun ke 2 di Unimap. Bukan aku ingin memburukkan Unimap, cuma ini pengalaman aku di sini dan aku ingin berkongsi dengan semua pembaca. Di mana mana tempat pun ada makhluk itu kerana bukan kita sahaja tinggal di dunia ini, cuma pengalaman aku berlaku di Unimap. Selain itu, aku pun menceritakan kisah pelajar Unimap yang lain juga.
Kisah Aku
Aku selalu mendapat mimpi mimpi buruk seperti ular mematuk aku, lembaga hitam memeluk aku. Yang aku pasti mimpi tu terjadi bila aku cuti. Selepas bangun ja mesti ada lebam – leban di bahagian peha kiri dan kanan. Lebam tu kebiru-biruan. Selepas tu, bermula la kisah 3 pagi aku selama 3 minggu. Aku masih ingat first time aku diganggu. Aku tgh pakai make up sbb otw nk kluar time tu. Then bila aku nk pakai lipstick, telefon aku berbunyi. So aku letakkan lipstick tu atas iron board then sebab aku tergesa nak mendapatkan telefon aku, aku letak lipstick itu dan terperasan lipstick itu terjatuh dari iron board tu. Sambil aku cakap aku ada terpandang lipstick di atas lantai tu, then aku selalu pusing kepala memandang tempat lain dek kerana leka bercakap.
Bila aku nak ambil pakai balik, lipstick terus dah ada atas iron board. Aku terus keluar rumah make up dalam kereta. Selepas itu, setiap malam aku akan ditindih pada pkul 3 pagi. Hari hari aku kena tindih. Selalu juga baca doa tapi still kena. Solat aku jaga. Kadang2 klau tidur dalam wudhuk, aku tak ditindih tp dengar bunyi meja yg kuat ditarik tarik. Aku jenis yg cepat terjaga even bunyi kecil. Bunyi nafas mendengus di ruang tamu pun aku terjaga. Dalam rumah aku ada 3 bilik. Satu bilik 3 orang dan 2 bilik 2 orang. Housemates aku course lain dari aku so aku soanrg ja yg kos lain dari diorang. Mungkin student Unimap tau kediaman ni.
Pukul 3 pagi la waktu makhluk tu aktif seperti bunyi guli, kerusi ditarik seperti org nak study, bunyi mendengus dan cakar – cakar. Aku pernah tertidur then pintu terbuka sebab mgkin aku lupa tutup sebelum tidur. Seperti biasa aku akan terbangun pkul 3 then aku still mngantuk tp terperasan lembaga hitam macam tgh study tp yg lebih seram still ada bunyi mndengus. Satu malam tu aku tidur awal dan tk tau pun yg housemates aku smua tidur bilik kwn mereka yg lain. So tinggal aku dgn kwn aku A. Dari katil aku, aku buleh nampk A tgh tidur. Then aku terbgun sbb kerusi ditarik dan ya pkul 3 pagi. Katil aku double decker, so time nk tidur tu katil atas aku berbunyi. Macam ada org adjust badan. Aku kejutkan kwn aku yg brada di hadapan aku tp dia tak bangun. Aku panggil byk kali then still tidur baring elok ja. Then tertiba kepala turun dari katil atas aku, ‘kau pehal doh panggil2 aku’. Terketar tgn aku bila tgk member aku ckp macam tu. Bila tgk balik katil depan, kosong. Kosong! Tidur dalam menangis la malam tu.
Aku selalu sgt terperasan lembaga hitam yg selalu study atas meja tu setiap 3 pagi. Sampai satu tahap aku marah, aku terbangun sebab bnyi kerusi berulang kali, aku pergi depan then aku cakap kenapa selalu kacau aku. Memang real sgt bila lembaga yg aku sangkakan hitam rupanya yg aku nmpk selama ni rambut makhluk tu saja. Makhluk tu pusing kepala ja slow slow sambil senyum. Aku ternampak mata merahnya yg macam berair, muka bernanah dan gigi yg tajam. Busuk jgn cakaplah sbb loya tekak aku time tu memang tahap kritikal. Terketar ketar kaki aku then aku lari masuk dalam bilik tidur dalam selimut menangis nangis smpai tertidur. Bilik aku pernah terkunci time hari hari terakhir aku disitu.
Di waktu hampir maghrib, padahal aku dekat dalam, aku dh bkak kunci still tak buleh bukak, aku call kwn aku then diorang datang tolak2 pintu sampai terpecah pintu. Diorang cakap bila diorang tolak ja then termasuk rumah, ada angin kuat hempas badan mereka. Waktu cuti sem, aku pegi Darul Syifa utk berubat. Aku ceritakan semuanya, ustaz tu rawat aku dalam masa seminggu, ustaz tu ckp ada jin yg suka berdamping dgn aku, bila aku ignore dia, dia akan marah then takutkan aku. Alhamdulillah bila pindah kolej kediaman smua dh okay. Macam2 sebenarnya yg terjadi, histeria, cakaran, keyboard laptop berbunyi, kerusi meja ditarik. Biasalah mana mana tempat pun ada makhluk tu.
Kisah 2
Aku bahasakan student yg terkena ni sbagai ‘aku’. Time ni aku busy buat fyp, so kekadang pegi lab utk guna wifi yg laju. Lab di pusat pengajian ni pula famous dgn cerita perempuan baju merah tp aku skit tak peduli sebab tak berlaku dkt diri aku. Satu malam tu, aku nk trkucil so aku pegi tandas, masa otw pegi tandas memang seram sejuk tp normal la angin malam kan. Bila masuk ja pintu tandas tu aku terperasan ada perempuan baju merah rambut serabai mencangkung atas pintu tandas smbil lidah terjelir. Nak baca doa tp dalam tandas so baca dalam hati je la. Tahu bnyi air menitik? Tapi bukan dari air paip tp dari mulut dia sebab aku dgr skali dia mendesis. Aku settlekan cepat kerja aku then kluar pintu tandas kaki kiri. Lepas kluar ja tandas terus mulut terkumat kamit baca ayat Al Quran sambil kaki melangkah laju. Selepas tu, terus aku balik kolej kediaman.
Kisah 3
Berlaku di kolej kediaman yg baru siap tp bukan di dalam Pusat ya. Kalau kolej tu di tepi highway. Macam biasa bunyi gangguan seperti meja ditarik, ketuk pintu, cakar dan sebagainya. Dalam bilik ada 3 katil. Katil aku paling hujung skali. Kecil ja bilik tu. Malam tu aku tidur then terbangun dalam pukul 2 lebih sbb aku tgk waktu di telefon. Masa nk trlelap aku terpandang atas almari sebelah pintu macam ada kain putih. Aku perhati almost 2 minit. Dari mataku terkebil kebil sampailah mata aku terbuka habis. Motif aku tengok sebab nak pastikan tu kain tp yg mengejutkan benda tu menggerakkan kepala yg bermuka hitam tu then melihat aku. Aku pejam mata terus tidur mengiring menghadap katil tengah. Bila aku terperasan kain putih dkt bwh then aku tgk muka. Makhluk td juga yg aku nampak atas almari. Cepat gila berubah tempat! Jantung ni memang confirm nak terkeluar. Aku alihkan kepala aku ke sebelah kiri yg menghadap dinding. Nasiblah dinding.
Kisah 4
Aku dah ajak Abu pegi lepak tengok bola dekat Kangar. Kolej kediaman kami sama cuma blok yg berbeza. Pkul 12 tepat aku cakap Abu aku tggu bawah dekat parking moto. Abu cakap ok then aku turun untuk panaskan enjin moto. Hampir 5 minit Abu turun, aku nampak dekat side mirror. Aku terus cakap, “Jum, lambat dah ni”. Abu angguk then naik di blkg aku. Aku bawak slow ja bila otw nak ke kedai mamak. Tuuttt! Tuttt! Telefon aku bunyi. Aku tgk yg tertera ‘Abu’. Aku berhenti, terus angkat then Abu ckp, “Mana ko! 10 minit dah tggu ni”. Tersentap aku. Bagai nk rebah. Then aku tengok dekat side mirror, betul betul perempuan berwajah hodoh yg goyang muka kiri ke kanan sambil gelak nyaring. Bingit telinga aku. Terus makhluk tu terbang ke atas pkok belakang aku. Aku terus pecut moto balik ke kolej kediaman.
Semua kisah ini aku bahasakan orang yg terkena sbgai ‘aku’ so pembaca mudah paham. Sebenarnya mana mana tempat pun ada cuma kita kena tahu yg bukan kita sahaja tinggal di sini. Ada lagi kisah yang menarik, if pembaca berpuas hati kepada post aku yang ini, insyaAllah akan aku sambung lagi. Assalammualaikum.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
sambunggggggggggggggggggggggggggggggg
Unimap bangunan mana tu induk ke ulu pauh tu ka,
Teruskan mnulis.
Alhamdulillah.. sepanjang 4 thn kat Unimap dulu x pernah kena kacau.. dan x pernah plak dengar cerita dari kawan2 pasal gangguan makhluk halus ni..walaupun duk kat tempat jin bertendang (Wang Ulu).. tu pun masa 4th year baru tahu dalam wang ulu tu ade kawasan perkuburan..
“Aku panggil byk kali then still tidur baring elok ja. Then tertiba kepala turun dari katil atas aku, ‘kau pehal doh panggil2 aku’. Terketar tgn aku bila tgk member aku ckp macam tu. Bila tgk balik katil depan, kosong. Kosong! Tidur dalam menangis la malam tu.”
Ingatkan kepala tu hantu haha.
seramnyeee!! pls share lagi kalau ade next story
Masa Tahun 2 duk kat bangunan tak siap di sungai chucuh, itu kisah tragis saya kat unimap.
Wang ulu memang dasyat.. Dulu aku pun slalu kene usik … Siap mnjelma jd kawan aku lagi.. Btw, yg pindah kolej baru tu bumita ke?
Rindu nya perlis! Ulu Pauh memang byk cerita hantu, cian budak budak Poli …
*** Matrikulasi Perlis 2011/2012!
Alhamdullilah selama aku belajar daripada Diploma (2015, Uniciti Alam) sampai Degree (2022, Pauh Putra), cuma ada satu kisah mistik waktu 2016 di Uniciti Alam, unit blok A3 dan rumah aku hujung sekali di bahagian tangga. Tingkat 5 tak silap aku. waktu tu berjaga malam untuk study dan sekitar pukul 5 pagi macam tu. Ada orang ketuk pintu banyak kali dan bila aku terus pergi buka pintu tu, aku jadi pelik sebab tiada langsung orang. Bunyi tapak kaki beredar pun aku tak dengar, bunyi orang turun tunggu pun tak dengar, bunyi pintu rumah sebelah pun tak dengar. Aku tengok hallway pun, masih tiada orang. Waktu tu aku memang cuak la haha, nasib waktu tu nak subuh dah.
Bagi aku, UniMAP ni susah nak ada kisah mistik sebab semua tempat dia mesti bercahaya, masa aku menetap di Pauh Putra pun sama. Tak pernah lalui benda pelik dan mistik pun, even berjaga malam study.
Cuma aku rasa pengalaman dan kenangan banyak kat UniMAP ni haha, waktu di Uniciti, dulu ada kedai makcik hijau kat lorong bangunan komersial tu. Fuhh, nasi kuah gulai ayam, ayam goreng, dan cendawan goreng dia. RM5.00 ja. Memang best harga dia haha, extra joss anggur RM1.50 bungkus. Settle RM6.50.
Dulu pun ada makcik hujan panas, nasi dia belambak dan ayam besar, RM3.50 je pastu beli air kat kedai momentum tu, bungkus bawak balik bilik. Memang jimat gila belajar kat UniMAP dulu. Around 2016, ada kedai roti canai kat belah depan bangunan komersial yang menghadap jalan raya tu, kedai tu memang nostalgia la kalau pergi haha, roti canai terbaikkk
Waktu Degree, tak banyak sangat kenangan sebab tahun 2020 tu kena lockdown. Cuma waktu Degree ni baru jadi jiwang sikit layan cerita cinta korea haha, drama “Are You Human”. Waktu ni juga la mula pembangunan canselori kat Pauh Putra, aku dengan member panggil istana dajal sebab duk megah atas bukit macam istana dajal kat Saudi Arabia. 😂😂