Kisah Disebalik Felda

Assalamualaikum dan salam sejahtera. First of all , terima kasih admin publish entry ni. Aku nak kongsikan cerita disebalik tempat tinggal aku. Aku ni anak Felda N9 . Bila sebut felda, korang faham faham je la kawasan felda ni mcm mana. Dari asalnya tempat ni hutan banat dan diteroka lalu terciptalah sebuah kawasan perkampungan kecil yang dinamakan felda. Hiks… So kalau dah namanya hutan banat yang diteroka, mesti la banyak benda benda tu kan? And siapa ank felda or pernah tinggal dekat felda mesti tahu perumahan dia macam mna, bilik mandi dia memang luar rumah and jamban dia lagi jauh kebelakang.

So nasib la labu kalau nak memerut kul 12 malam dan keatas tu. And perigi buta pon banyak. Yeela dulu dulu susah, kalau air takda pergi mandi kat perigi la jawab dia. aku anak last and aku satu satunya anak perempuan. Abang aku ada 5 orang. Ayah aku penoreh and mak aku masa tu kerja kilang cause nk cri pndapatn lebih. Yeela adik beradik ramai and rapat rapat Kalau nk harap duit menoreh je mmg xcukup la cita dia.

So nak dijadikan cerita satu malam tu masa mak aku bru balik kerja lebih kurang kul 1pagi smpai rumah memang rutin mak aku kira anak dia yg dah tido tau. Ank ramai so memasing tidur dekat ruang tamu je. So bila mak aku kira tak cukup sorg. Along aku la tu yg takda. Mak aku mula nk hangin, yeela balik penat penat skali tngok ank xda. Mak aku ingat along kluar berjalan smpai pg buta. Mak aku mmg sejenis yg garang yakmat semesta alam ni. Then ayah aku pon call la rumah kawan kawan along ni kot kot along ada kat rumah diaorg tp semua kata takda. Nak kata kena culik mustahil sangat la. Masa tu along aku dah form 5 and dulu dulu kes culik ni jarang ada so mustahil la along kena culik.

Mak aku dari marah dah risau pulak kat along ni. Nak cari pon tak tahu nak cari kat mana so ayah aku kata tidur dulu, esok pagi baru cari. Bila pagi tu along tetap tak balik gak, ayah aku pon mulakan la misi nk cari along. Ayah aku dulu bawa moto vespa, tp bunyi moto tu macam boom. Yeela bila anak anak nk membesar , moto vespa tu pon di willy nya, skali salah landing tu exzos pecah terus bnyi dia melantun lantun.

Dan terima kasih jugak kepada moto tu disebabkan bunyi dia yg kuat tu along aku terus tersedar dari tidur. Ni dari apa yang along aku crita. Dia kata masa tidur tu dia macam terdengar bunyi moto ayah aku, bila jaga je dia dah ada kat perigi buta tu. Dia kata malam masa dia hilang tu lebih kurang kul 12 sengah macam tu dia terjaga sbb nk kucil, org bujang biasa la mana dan je nk buang tu dia pon just buang kat pokok tepi rumah tu je , then tetiba dia dengar ada orang panggil dia, bila dia toleh dia nampak sorg perempuan ni , xnmpk muka pon just nmpk belakang dia je. Rambut perempuan tu panjang smpai cicah tanah dia pon kejar perempuan tu tp bila dia nk pegang rambut perempuan tu xdpt.

Dia kata jalan yg dia lalu tu cantik sangat macam kat istana kiri kanan ada bunga toropong warna kuning (maaf aku xtahu nama pokok bunga tu) ikut punya ikut dia pon sampai kat satu tempat ni. Tempat dia cantik ada air terjun ada banyak burung. Perempuan tu still membelakangkan along aku ni. Lepastu along pon dah tak ingat apa dah smpailah pagi tu dia tersedar dia ada kat perigi buta tu. Kami sekeluarga syak along aku kena bawak bunian je .

Lgpon kawasan rumah aku tu mmg banyak sedara mara bunian ni. Bukan setakat bunian segala jenis mak nenek pon ada. Pernah sekali masa abang yg ke-4(ateh) tengah lepak dgn kawan2 dia, tetiba ada perempuan lalu jalan kaki kepala tunduk ke jalan. Diaorg pon macam pelik la pehal la malam malam mcm ni ada perempuan lalu. Tak takut ke kan? So diaorg pon buat tak reti je la smpai la 5 minit lepastu diaorg mcm tak sedap hati so diaorg pon pergi la cari perempuan tu. Bayangkan baru 5 minit perempuan tu lalu, bila diaorg cari, skali nampak perempuan tu dah jauh, jauh yg kena ambil masa 30 minit berjalan.

Ada sekali tu masa diaorg tengah lepak, tetiba nmpak macam ad orang bakar smpah. Tempat api tu sama dekat tempat along aku kena panggil. Pelik la kul 1 pg org bakar api menda kan? Dia pon dengan acah beraninya terus menonggeng skali kau hamekk api tak cecah tanah terus diaorg yang lari tak cukup tanah.

Aku kekadang tu suka jugak tanya tanya mak aku pasal hantu ni. Mak aku cerita jiran depan rumah aku ni, selalu diaorg laki bini akan pergi kebun kul 4pg so pg tu agak malang sikit bila dia ternampak ada budak berjalan nak pergi lombong. fyi, lombong tu sebelah rumah aku je sbb rumah aku paling tepi. And jalan nak ke kebun mesti kena lalu lombong tu dulu, so acik tu pon curious la kan, mana taknya 4pgi dah merayau agak agak la. So acik tu perati je makin dekat acik tu mkin pelik lebih kurang 20 meter , budak tu pon dah boleh nampak dengan jelas, punyalah makcik tu terkejut bila tetiba budak tu hilang dekat lombong tu and budak tu takda kepala. Korang boleh imagine tak macam mna menggigil acik tu? Membe baik aku, sebaya aku membesar dengan aku tinggal selang 5buah rumah je dari rumah aku, mak ayah dia jaga atok dia.

Satu masalah atok dia ni pekak. Bila kitaorg nak cakap dengan atok dia punyalah kena kuatkan sorg tu macam org bg comand, tp dalam pada pekak atok dia, atok dia boleh dengar everything dari alam bunian. Maybe tu kelebihan yg Allah bagi ke dia. Tp yang tak bestnya pulak sebelah rumah membe aku ni dulu pernah terbakar and ada sorang budak OKU meninggal dalam kebakaran tu. (Innalillahi wa inna ilaihi rojiun ) and sejak dari kebakaran tu rumah tu dikosongkan kiranya org dalam rumah tu pindah duduk tempat lain. Bila dah lama kosong, ada pula kes kematian so paham paham je la.

And kalau nak tahu perigi buta yang along aku kena tu belakang rumah yang terbakar ni. so tiap kali aku pergi main dekat rumah membe ni, mesti atok tu akan cakap dia dengar org mengaji, suara dia sedap sangat mendayu dayu and paling xleh blaa atok tu siap suruh kitaorg pergi tengok siapa yang mengaji tu. Gila memang tak lah nak pergi, nak lalu depan rumah tu pon sikit punya seram bapakk.

Ni nak pergi tinjau, kirim salam je la aih. Tak lama lepastu tuan rumah tu pon balik la rumah tu setelah sekian lama dia tinggalkan rumah tu, macam biasa la bila rumah dah lama kena tinggal, mesti la nak bersihkan balik. So dia panggil ustaz utk buat apa yang patut and ustaz tu kata tapak rumah tu sebenarnya masjid “diaorg” and belakang rumah tu perkampungan “diaorg” . Kampung dia bukan kecik dik oi, besau kampung dia smpai membawa ke lombong yg org xda kepala tu ghaib, makna tanah sebelah rumah aku ni pon diaorg punya perkampungan la.
Banyak lagi benda benda pelik yg jadi kat kawasan rumah aku ni, cuma aku je yang tak reti nak ceritakan mcm mana. Ada yang balik kerja kena kejar dengan cik pon smpai jatuh keguguran, mak aku sendiri kena panggil dgn suara garau masa turun bas nak ke rumah. Kena blocking dengan hantu panjang. Hantu gula gula kat tepi simpang. Memang banyak, aku je yang tak tahu nak olahkan macam mana.

So the conclusion, jangan ingat zaman dulu je banyak benda benda macam ni, zaman sekrang yg 2016 konon ?? takda benda tu semua. Infact aku sendiri yg tengah sedap makan smbil scroll page FS ni tetiba tin jatuh kat belakang rumah, nasib aku tak tercekik je semalam . So apa apa pon kena la berhati hati dalam berbicara, jaga tingkah. Jangan sesuka hati nak merosak kan apa apa. Kita mmg la nmpk kita patahkan ranting pokok je, tp mana tahu ranting tu tempat anak “diaorg” main, tak memasal kau kena smpuk pontianak nanti. Haaa . Kita hamba Allah dan “dia” pon hamba Allah. Jangan terlalu takutkan dia lebih dari takutkan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah insyaAllah takkan diganggu.

P/s : BM aku masa spm dulu B so kalau korang tak paham ke apa ke maaf la ye. Hati hati ada yang memerhati. Bhoiiii Assalamualaikum .

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

 

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.7]

2 thoughts on “Kisah Disebalik Felda”

  1. Aku pon dok felda gak. tau dah kalau jamban kat luar tu.. tahan je la tgu esok pagi 😂

    Betul lah. Sebab tu org tua² dulu penuh adab.. rumput pun jgn pijak.. adab paling penting.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.