Kisah Dorm Lily

Salam. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi siarkan kisah aku ni. Mungkin bagi orang lain kisah aku ni kisah biasa bagi budak-budak asrama. Tapi, aku nak cerita juga.

Kejadian ni berlaku masa aku Form 5. Aku sekolah kat sebuah sekolah teknik di Kuala Lumpur yang agak terkenal la juga sebab sekolah aku tu sekolah kluster. Aku duduk asrama. Nama dorm aku Lily. Dorm aku ni kecil je kalau nak dibandingkan dengan dorm yang lain.

Sepanjang aku duduk kat dorm Lily, macam-macam benda la yang terjadi. Tapi aku diam je sebab aku tak nak nanti budak-budak dorm aku yang lain takut. Dah la bangunan asrama yang aku duduk ni, ada dua dorm je. Dorm Lily dengan dorm Tulip. Dorm yang lain ada kat bangunan asrama lagi satu. Maknanya kat sini, asrama perempuan kat sekolah aku tu ada dua bangunan la.

Kisah Pertama: Bayangan Hitam

Nak dijadikan cerita, aku ni selalu la tidur lewat sebab duk bergayut dengan boyfriend aku setiap malam lepas balik prep. Selalunya, semua orang dah tidur, baru la aku tidur. Tapi, setiap kali aku nak tidur, aku selalu perasan, ada BAYANGAN HITAM yang menyerupai tubuh manusia berlari ulang-alik dari satu katil ke satu katil. Laju pula tu. Tipu la kalau aku kata aku tak cuak. Aku baca ayat Kursi lepastu aku terus pejam mata. Mujur la tak ada apa-apa yang berlaku.

Lepas aku dah habis sekolah, aku pernah la buka topik ni dengan budak-budak dorm aku yang dulu. Rupa-rupanya bukan aku seorang je yang nampak, junior dorm aku pun nampak ‘benda’ tu. Hampir setiap malam juga la junior aku tu nampak. Sampai sekarang aku masih tak tahu apa benda tu. Nak kata kitorang tak buat bacaan Yasin, setiap hari Khamis malam Jumaat kitorang baca Yasin dalam dorm.

Kisah Kedua: Suara MP3

Zaman aku kat asrama dulu, kitorang dibenarkan bawa MP3 sahaja. Oh, lupa nak bagitahu, dulu aku bawa handphone senyap-senyap. Tapi tak pernah kena rampas la. Hehehehe.

Aku akan dengar lagu-lagu kat MP3 aku kalau aku bosan, tak pun masa aku tengah buat Lukisan Kejuruteraan (LK). Memang layan habis dengar lagu jiwang. Nak dijadikan cerita, bila aku pakai earphone time aku dengar lagu waktu siang, tak ada pula gangguan suara menyelit. Tapi, bila aku dengar lagu kat MP3 waktu malam, mesti ada suara-suara sumbang yang menyelit.

Serius, aku pun pelik kot. Ada suara orang bercakap-cakap, suara orang menjerit, bunyi orang batuk, bunyi orang gelak, macam-macam lagi la. Bila aku cabut earphone, tak ada pula bunyi-bunyi tu semua. Sunyi sepi. Pelik bin Ajaib kot. Korang pernah kena tak?

Kisah Ketiga: Tangisan

Ada satu hari tu, aku stay up la lepas dah light off. Budak-budak dorm aku semua dah ready nak tidur. Tapi aku duduk depan pintu dorm nak siapkan kerja sebab kat situ je la ada cahaya lampu dari koridor. Sedar tak sedar, aku buat kerja sampai pukul 2 lebih. Masa tu suasana sekeliling memang sunyi la. Dah tu, semua orang dah tidur. Kerja aku pun dah siap masa tu.

Sebelum aku tidur, aku pergi la toilet dulu seorang diri. Nak kejutkan member aku, macam tak sampai hati la pula. Dia pun tengah nyenyak tidur. Lagipun, toilet tu sebelah dorm aku je. Kat dalam toilet tu, ada 4 shower dan 4 jamban. Jamban kesukaan aku adalah jamban yang ke-3. Hahahaha. So, masa aku nak masuk jamban yang ke-3 tu, aku terperasan jamban pertama tu terkunci dari luar. Aku buat tak tahu je la sebab aku memang dah tak tahan nak buang air kecil.

Aku pun masuk la jamban yang ke-3 tu. Masa aku tengah buang air tu, tiba-tiba aku terdengar tangisan seorang perempuan betul-betul kat atas kepala aku. Aku memang dah cuak gila masa tu. Nak dongak ke atas, memang tak la. Aku pun cepat-cepat la cuci apa tu semua, terus lari balik dorm. Aku tak tahu kenapa bulu roma aku meremang semacam. Sebab dah cuak sangat, aku baca ayat Kursi, lepas tu aku tidur terus. Nah, ambil kau! Esok pagi tu aku terus demam panas kot.

Sebenarnya, ada banyak lagi kisah yang aku nak ceritakan. Tapi aku dah malas nak taip. Apa yang aku ceritakan ni bukan rekaan tau. Memang aku alami sendiri. Aku nak tanya, ada tak sesiapa kat sini yang pernah alami macam apa yang aku alami masa duduk kat asrama dulu? Kalau ada, kongsikan la kisah korang tu.

Ex-TiKL

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

2 Comments on "Kisah Dorm Lily"

avatar
AdeqManja

Aqu pernah gak duduk asrama,memang biasa “benda” tu…

Tiqahhh

Prnh duduk asrama jgk tp x prnh kena.. tpi member prnh kene hehehe

wpDiscuz