Kisah Final Exam

Pertama sekali nak ucap terima kasih kalau admin sudi post cerita ni. Ok mcm ni cerita dia hehe..

Aku ni nak dikatakan terbuka hijab tu tak tahulah sebab kadang2 je ternampak benda2 halus ni. Kiranya kalau dia nak tunjukkan diri tu ha aku nampaklah..pastu aku ni jenis macam kalau dah nampak aku tak suka simpan2. Contohnya kalau aku nampak belakang kawan aku ada hantu aku cakap “weh ada hantu ikut kau”. Sesetengah orang dia cover hahahah contohnya dia cakap “eh tadi ada benda ikut kau” haa gitu.

Tapi bagi aku kalau dah ada hantu tu cakap je lah hantu. Kalau cakap “benda” tu banyakk benda so kalau ada orang cakap macmtu kat aku, aku akan tanya balik “benda apa? “. Kan bagus kalau terus je cakap “hantu”, nak spesifik lagi cakap lah pocong ke jin ke ha macam tu. Hahahah. Okay itu tak ada kena mengena pun dengan cerita yang aku nak cerita ni sebenarnya. Cerita dia ni baru nak start.

Benda ni terjadi masa aku tengah study untuk final exam diploma aku kat satu ipta ni. Tak payah lah cakap kat mana huhuhu. Aku dah lupa aku study subjek apa masa tu tapi memang semua subjek kos aku ni fokus kepada menghafal. Yang maths2 pulak selalu aku buat petang2 je kira macam nak riadah otak. Pagi2 sesuai untuk menghafal.

So kiranya pagi2 aku menghafal, petang2 aku main2 or buatlah kalkulus tu kan. And malam hafal2 balik. Eceh siap bagi tips belajar pulek. Tapi disebabkan paper utk subjek menghafal tu esoknya, so petang hari semalamnya tu pun aku peruntukkan untuk menghafal. Dari pagi sampai ke petang aku duk hafal2 sumbat2 semua kan. Berhenti untuk solat je,makan pun kelam kabut pastu sambung study balik.

Korang pernah rasa otak dah tepu tak? Haa petang tu aku rasa macam tu. So aku ingat nak tidur kejap dalam setengah jam (sekejap lah sangat..).mata pun dah kuyu and start kabur2 so memang aku fikir kena rehat jugak ni sebelum sambung study balik. Dengan mamai2 aku bangun dari meja study tu, still pegang nota lagi ni. Dengan mulut terkumat kamit nak hafal lagi mana yang sempat sebelum tidur tu.

Jengjengjengg haa masa aku baring tu lah dia datang. Aku baring, letak nota kat dada, bukak spek and letak kat sebelah. Time tu memang dah set alarm lah kan nak bangun pukul berapa. Aku pejam mata.. Lama dalam 10 saat macam tu. Pastu bukak balik mata pandang syiling.. Masa tu lah aku nampak makhluk ni.

Pocong.

Aku dengan blur2 nya pergi buat tentangan mata dengan menatang tu. Bayangkanlah kau tengah baring pandang syiling, bukak2 mata je kau perasan ada benda berdiri sebelah kaki kau. Mesti kau automatik pandang kan? Aku ingat roommate aku ke siapa tadi. Tapi tak terfikir pulak bunyi pintu terbukak pun takde takkan tiba2 roommate aku boleh ada dalam bilik pulak kan? Hahaha nampak sangat lah ketepuan otaknya tu sampai benda macam tu pun dah tak boleh fikir. Masa aku pandang tu memang aku blur gila, otak aku penat sangat sampai aku xboleh detect benda tu hantu. Pocong pulak tu hahahah. pocong tu betul2 berdiri kat sebelah kaki aku. Aku walaupun dah bukak spek tapi nampak lah jugak detail2 muka dia tu macam mana. YES AKU NAMPAK MUKA DIA.

Memang xboleh blah aku sempat lagi bermonolog dalam kepala “eh apa tu.. Rasa macam bukan ika(roommate.bukan nama sebenar).. Siapa ni eh. Kenapa dia pakai ikat2 macam tu.. Eh macam kenal je.. Eh… Pocongggg!!!” haaa last monolog tu baru aku dapat detect dia pocong. Sini aku describe muka dia macam mana. Tapi aku rasa muka pocong2 ni lain2 kut.. Tak sama. Tapi yang aku nampak tu macam ni

Muka dia hodoh(ye lah takkan cantik pulak), warna hitam, kedutan2 kat muka dia macam ada warna2 hijau. Mata dia terbeliak sebesar2nya.mulut dia menyeringai ternganga nampak taring dia. Dekat belakang dia ada asap2 hitam campur hijau. Dia pandang aku. Saja lah tu nak kacau aku study. Kain kapan yang dia pakai putih bersih (tapi ada kawan aku nampak pocong yang kain kapan kotor bertanah, so aku just conclude dalam hati time tu maybe pocong yang ni pembersih kut).

Lepas aku nampak and aku boleh brain yang benda tu pocong aku terus tutup mata. Istighfar sebab aku boleh pulak buat lek pergi bertentang mata siap analyze raut wajah dia. Eh lama tau ada lah dalam 15 saat macam tu aku tenung dia dgn mata aku yang tak berapa kabur ni. Nasib baik masa aku duk renung2 dia tu dia tak buat gila pergi datang makin dekat makin dekat ei seram pulak tetiba.

Lepas aku pejam mata tu aku pikir.nak buat apa ni eh.. Nak lari,penat sangat pulak. Penat otak dengan penat fizikal ni lain tau. At least kalau kau penat fizikal otak kau still boleh fikir dengan waras dan laju. Tapi kalau dah penat otak ni dia affect fizikal kau sekali rasa macam tak bermaya sangat. So aku just decide tido je.pejam mataaa sampai tertidur. Takut kalau bukak mata lagi kang tetiba dia buat au cak pulak depan muka aku haa tak ambil paper aku esok kang.

Bangun2 je setengah jam kemudian aku duduk. Tak rasa apa weh. Terkejut tu terkejut jugak la. Kuatkan semangat biar jangan demam esok nak paper oooii. Buat lompat2 bintang sekali dua. Segar sikit la.rasa fresh sikit otak ni. Tiba2 roommate aku balik dari mana tah. Dia baru masuk aku terus je lah cakap weh tadi aku nampak pocong. Dia terkejut lah apa lagi. So malam tu kitorang baca yasin..

Sampai sini jelah. Rasanya dah panjang dah ni. Hantu yang lain, lain cerita aku tulis okayy.

Loading...

5 comments

  1. Betul2 steady la ko dik..boleh discan nye muke hantu tu..nmpak beno dh penat otaknye smpai xtrcapai dek akal yg tu pocong yek..apepon semangat kene kuat kalo dh biase nampak ni..cume cover sikit la kalo dpt kawan yg lemah smgt tu..jgn main sebut je kat dia, penat nt kalo dh histeria sesaje..hahahaha

  2. Sama la masa first time aku nampak pontianak. Sekali pandang aku tak cam benda tu pontianak. Aku siap renung and diukur dan buat telahan 2-3 saat sebelum mulut aku dan otak aku terus recognize yang benda tu pontianak. Haha mesti dia pelik apasal la lambat sangat kau nak takut ha ha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *