Kisah Histeria Emi , Makhluk Penghuni Atas Pokok

Assalamualaikum dan Salam sejahtera pembaca FS.
kisah yg ni berlaku pada awal sem 3 tahun lepas, masa tu aku masih menuntut di sebuah kolej. Nak menjadikan cerita ada satu petang, masa tu aku dan kawan-kawan baru je nak rapat walaupun berlainan kos. waktu tu pukul 6.30pm kami sekelompok pergi dewan makan yg telah disediakan oleh pihak kolej. Semua makan kecuali ada sorang ni kawan pada Lia namanya Emi (bukan nama sebenar) satu kos dengan Lia.

Emi ni duduk berhadapan dengan aku. Aku tak berapa rapat dgn Emi cuma kawan lah sebab satu hostel kan. Aku perhati je Emi tu tengah temenung dekat meja. Dia tak makan pun. Orang lain tengah gelak ketawa sambil bahan-membahan tapi Emi masam je. Aku syak dia ada
problem.

Ramai gak yg tanya si Emi knp tak makan tp dia cuma mengeleng kepala je. Aku malas nak layan sebab time tu aku pun lapar. makan je lah. Lepas selesai makan, si Emi blah dulu dari kami semua. Aku pandang Irah (classmate aku) buat isyarat tanya dgn mengjongket kening sambil tunjuk Emi yg dah berlalu pergi. Irah angkat bahu tanda tak tahu. Kami pun buat tak kisah lah. Memandangkan kawan2 aku yang lain masih bergurau berlari biasalah budak hostel kan, so aku dan Irah gerak dulu dari mereka untuk balik bilik masing2.

Lagi pun time tu dah hampir maghrib. Bila dah masuk pintu hostel beberapa meter barulah ternampak si Emi yang berjalan menghampiri tangga untuk naik ke tingkat 2 hostel sebab bilik Emi di aras 2. Dalam hati aku ni “eh lambatnya Emi ni jalan ke aku yang jalan cepat”. Beberapa saat lepastu Emi jatuh terlentang dkt tangga. Aku time tu ingat dia jatuh boleh bangun balik tapi bila aku pandang je beberapa saat (sebab terkejut) aku syak dia dah pengsan. Aku dan Irah berlari menghampiri Emi.

Tepuk pipi dia “Emi..Emi..Emi..bangun”. takde respon. Aku dan Irah cuba angkat dia tapi tak mampu memandangkan dia agak berisi. Aku berlari keluar pergi dewan makan balik sbb nak panggil kawan-kawan lain. Bila aku bagitahu Emi pengsan, mereka sepantas kilat berlari utk tengok keadaan Emi terutamanya Lia. Kami angkat Emi beramai-ramai bawak masuk bilik Irah memandangkan bilik Irah dkt dgn tangga tersebut. Kami semua berpecah. Aku dan Irah tinggal dalam bilik untuk jaga Emi dan yg selebihnya pergi lapor pada warden. Aku tak beberapa pandai handle orang pengsan tapi biasa aku tengok orang renjis air dekat muka so aku suruh Irah amik air renjiskan dekat muka Emi. Irah pun buat tapi Emi takde bagi respon pun.

Tetiba idea pun datang lagi dalam kepala aku rasa nak cuba cara ni. Aku bagitahu Irah cuba baca Surah Kursi dan hembus pada air yang ada ditangannya. Irah segera lakukan. Baru je air tersebut direnjis ke muka Emi terus mulutnya ternganga sambil mengerang macam ada sesuatu yang cuba kawal dia dan
matanya membulat besar dengan mata hitam keatas. Tangannya pula mencekam cadar katil si Irah hingga terkoyak macam kena cakar. Aku & Irah saling berpandangan.

Aku:”weh Irah, aku rasa dah lain macam ni. bukan pengsan biasa ni”
Irah:”aku pun rasa macam tu jgk ni. mana dyeorang ni lamanya”.

Tetiba je Emi pandang kami berdua dengan tajam. time tu rasa nak lari seribu batu je. Syukur jugak waktu tu sampai warden dan kawan2 semua. Azan maghrib pun berkumandang. Emi mula memberontak. Dia bangun dari katil dan acah-acah nak terkam ke arah kami yang berdekatan dengan dia. Emi berlari untuk keluar dari bilik tersebut tapi salah seorang dari kami sempat menutup pintu bilik bila warden bagi arahan. Bukan apa kami tak bagi keluar tu risau berjangkit seluruh hostel pulak. biasanya macamtu lah kan.

So, Emi ketuk-ketuk dan tendang pintu sambil bercakap bahasa siam. Warden cuba berkomunikasi dengannya:
Warden:” Kenapa kau masuk dlm tubuh dia?”
Emi:”sebab dia kawan akuuuuuuuuu”
Warden:”dia bukan kawan kau, dia cucu cicit nabi Adam. kau tak layak kawan dgn dia. pulang tempat asal kau”
Emi:”heheehehe (ketawa). @#$%&*(!@^&)*^$ (bahasa siam)
Warden:”lepaskan dia sebelum kau disakitkan”
Emi:”aku tak nak lepaskan diaaaaaaaa. aku sayang dia. heheheheheheheheehehe”

warden terus baca ayat al-quran (aku tak pasti surah mana) sambil buat isyarat pegang kepala Emi
Emi:”Nenek sakitttttttttttttttttttttt mek wehhh. nok tubekkk mekk wehhh…. nok tubekkk…” (dialog siam in kelantan)
Warden:”mana tempat tinggal kau?”
Emi:”belakang tuuuuuuuuuuuu.. hehehehehehehehe” (tunjuk pada tingkap)
untuk pengetahuan semua. bilik Irah tu berdekatan dengan pokok kelapa dan padang kecil. Kalau bukak tingkap memang terus pada pokok tersebut. Selama ni ada jugak desas desus penghuni lama hostel tu bercerita tempat tu cuma kami buat tak tahu.

Kami mengambil keputusan untuk pergi solat maghrib dahulu dan yang uzur tolong mengawal si Emi sbb risau bertindak diluar jangkaan. Beberapa minit jugak warden cuba halau makhluk tersebut dari badan si Emi tapi warden seakan tak mampu memandangkan makhluk tersebut teramatlah degil. Jadi, warden perempuan yg menjaga kami mengambil keputusan untuk laporkan pada warden lelaki (ustad)
untuk menghalau makhluk tersebut dari badan si Emi. Aku tak tahu macam mana boleh diselesaikan
sebab aku dan kawan-kawan diarahkan ke surau untuk dgr ceramah pd malam tu. Usai dari solat Isyak
aku terus ke bilik dan mereka bagitahu Mak Emi datang ambil Emi bawak berubat. Malam tu juga ada perjumpaan warden dan penghuni hostel. Oleh yang demikian, menurut cerita Lia lepas beberapa hari kejadian tu Mak Emi ada bagitahunya yg Emi sebenarnya “hijabnya terbuka” maksudnya boleh nampak makhluk halus. kebetulan pula waktu tu Emi tengah steress dengan masalah.

Lia pun terkejut sebab selama dia berkawan dengan Emi takde cerita apapun pd dia. apepun ni first time histeria ni berlaku depan mata aku sendiri. lepas pada tu kami tak lepak dan main dekat kawasan belakang tu bimbang perkara yg tak diingini terjadi lagi.

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *