KISAH ISTERI ORANG DICINTAI OLEH JIN JANTAN

(Pengalaman kawan saya)

Kisah kali ini mengenai wanita yang sudah berkahwin dicintai jin jantan.

Suatu petang, tengah aku dok relaks-relaks kat rumah, sambil berlenggak ataih kerusi malaih, ada sorang pemuda call aku.

Pemuda : Assalamu’alaikum Ustaz. Saya Kamal… saya dapat nombor ustaz dari kawan saya. Hari ni ustaz free dak? Siang ka malam ka.

Aku : Wa’alaikumussalam. Hari ni Alhamdulillah saya free, sebab slot malam ni ada orang CANCEL. Kalau nak mai, boleh la mai.

Pemuda : Baik ustaz… Terima kasih. Satgi malam kita jumpa.

Lepas maghrib Kamal pun mai, lepas aku bagi petua kat dia untuk mai ke rumah aku. Kamal mai dengan bini dia. Aku pun semawa Kamal dengan bini dia masuk ke dalam rumah. Aku pun tanya la, apa hajat mai ni… Kamal pun habaq la masalah depa ni.

Kamal : Macam ni ustaz… Bini saya ni nama dia Yati… Yati ni sakit kena buatan orang. Sakit ni tak pernah lega dari mula kami kahwin sampai la ni. Dah 10 bulan dah dok sakit. Kami dah pi cuba kat ramai perawat, semua kata bekas boypren Yati buat kat dia. Depa kata dia tak puas hati kat Yati. Tak puas hati apa pun tak tau la ustaz.

Aku : Betoi ka budak laki tu buat. Kot satgi kita dok percaya kata perawat-perawat tu naya ja… Mau budak tu tak buat sihir kat Yati ni, lagu mana… Naya ja kita fitnah dia. Tak kepasai pulak kita dok tanggung dosa fitnah. Mau pulak kita lak pi canang rata kata budak laki tu la dok sihir orang. Orang dengaq orang pi menyampai kat orang lain. Jadi serupa sistem piramid MLM ooo… Kita tanggung dosa free ja. Jangan macam tu… Tak boleh macam tu. Kita zalim dan aniaya orang… Kalau orang tu tak buat, jenuh kita nak tanggung dosa. Jenuh minta maaf dan bersihkan nama orang tu balik… Jenuh kita nak bersih nama kawan tu. Bukan senang tau… yang perawat-perawat sebelum ni habaq tu jangan percaya sangat. Takut jadi fitnah. Kot jin dok buat fitnah lagu mana. Takpa satgi kita tengok noo. Kita tengok kebenaran dia…

Lepaih aku tarbiah depa laki bini baru la aku panggil Yati mai dok depan aku… Aku pun mula la buat sesi rawatan… Aku baca la ayat suci Al-Qur’an yang mana aku mulakan dengan bacaan Bismillah, selawat nabi, istighfar, syahadah, fatihah, ayat kursi, Al-falaq, An-nas &

fatihah sekali lagi untuk completekan bacaan untuk merawat.

Masa aku dok baca ayat-ayat suci tu. Yati dok tersengih-sengih dok tergelak-gelak. Aku biaq ja dia lagu tu sebab jin dok mengejek aku dan cuba nak naik kan kemarahan aku… Aku baca bagi habis kesemua ayat-ayat suci tu. Pastu baru aku mula menggasak jin tu.

Aku : Hang mai buat apa kat pompuan ni? Hang nak apa kat pompuan ni? Hang janji apa dengan pompuan ni? Hang mau apa kat pompuan ni?

Jin : Aku nak dia m**i…

Aku : Hang sapa nak ambik nyawa orang? Apa hak hang… Hang mampu ka nak ambik nyawa orang… Awat hang ka yang berkuasa menentukan hidup m**i orang… Awat hang nak amik alih tugas Allah ka?

Hebat sangat ka hang ni? Mai aku tengok hang

hebat dak.. Mai lawan dengan aku, mai… Kita tengok sapa

hebat… Hang

hebat ka, Allah

hebat ka… Allah maha

hebat… Aku berdepan dengan hang ni sebab nak tunjuk kat hang kehebatan Allah yang Allah bagi kat aku ni.

Jin ni pun mula la teriak..

Aku pun apa lagi. Memusatkan serangan la. Jin ni kelupoq sakit…

Jin : Ampon… Lepas, aku sakit… Hang picit kaki aku pasai apa… Sakit…

Aku : Ehh… Bila pulak aku picit kaki hang? La ni yang aku pegang ni kaki sapa? kaki hang ka kaki pompuan ni… Hang habaq mai… Aku pegang kaki sapa ni.

Jin : Hang pegang kaki pompuan ni…

Aku : Dah tu yang hang mengaku kaki hang pasai apa… Tak malu ka kaki orang kata kaki sendiri. Bila masa aku pegang kaki hang.. Gila pa… mana kaki hang… Dok tak dok ni mengaku ikut sedap mulut ja ni…

Jin tu dah tak torah dah… Aku gasak lagi. Dia reyau lagi kuat.. Teruih dia mengaku yang dia ni suka kat Yati. Dia kata nak jaga Yati… Aku bagi paku buah keraih la.

Aku : Hang kata nak jaga pompuan ni baik-baik.. Hang kata hang sayang kat pompuan ni. Sayang apa lagu ni… Hang biaq dia sakit, sayang apa… Jaga apa lagu ni… Kalau betoi nak jaga… Kalau betoi sayang, jangan biaq dia susah. Bagi la ketoi emas ka, duit selunggok ka tiap-tiap bulan. Tu baru kata sayang sebab tak mau tengok dia susah… Tak mau bagi dia pi kerja. Bila ada duit baru la senang, tak gaduh pi kerja dah… Ni hang buat dia sakit. Sayang apa… Jaga apa lagu ni… Cinta apa lagu ni… Kita kalau cinta sayang, kita jaga elok-elok. Teresek sikit pun kita tak bagi aihh… Kalau betoi sayang kalau betoi cinta, kita buat dia bagi dia bahagia. Biaq pi la dia kawen dengan sapa pon. Kita nampak dia bahagia, kita pun bahagia sebab cinta hati kita bahagia. Semestinya cinta sayang tu perlu ka kita miliki biarpun cinta hati kita ni kahwin dengan orang lain… Kita tak dapat dia pun takpa aihh, sebab bahagia dia adalah bahagia kita. Ini baru sayang, ini baru cinta… Ni mengaku sayang, mengaku cinta tapi bagi sakit… Pirahhhh mampoih… Phuiiiihhhhh… Sembang cinta sayang konon… belahhh laa hang…. Bab cinta sayang kasih rindu pun tak lepaih… Ada hati nak jaga orang… Phuihhhh….

Jin tu reyau teruk… Dia teruih janji tak mau ganggu Yati lagi…. Dia pun janji lagu ni…

Jin : Wallahi, wabillahi, watallahi… Sesungguhnya aku bersumpah dengan nama Allah, sekiranya aku datang dan masuk lagi ke dalam badan pompuan ni, maka terlaknat lah aku. Dan aku rela diri aku di hukum dan aku rela diri aku dipanah petir dari neraka jahanam yang di palu oleh malaikat zabaniah angkatan kepada malaikat malik si penjaga neraka… Wallahi, wabillahi, watallahi… Sesungguhnya aku bersumpah dan berjanji didepan penguasa ini yang berada didepan ku… Aku memeluk Islam. Laa ilaha illallah. Muhammad rasulullah… Dan manusia yang beragama Islam yang menjadi umat Islam adalah khalifah ku… Dan penguasa didepan ku ini adalah khalifah. Akan ku patuh pada arahan khalifahku.

Dia masuk Islam… Aku lepas kan dia, dan aku panggil dia Muhammad Khairul Jamal. Dia pun keluaq dari tubuh Yati… Yati pun rebah tak sedaq diri…. Dok sat tu… Yati bangun.. Kamal pun cerita kat Yati apa yang jadi… Aku pun nasihat depa… Jin ni la yang punya angkara sebab dia suka kat Yati. Dia dok laga-lagakan bekas boyfriend, bertujuan nak kita bermusuhan. Dan fitnah jin ni amat halus. Hati-hati… Dok sat tu aku pun semawa depa minum ayaq.

Selepas dari kejadian tu, Yati bebas sepenuhnya dari gangguan jin jantan yang mencintai dirinya… Alhamdulillah.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 56 Average: 4]

1 thought on “KISAH ISTERI ORANG DICINTAI OLEH JIN JANTAN”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.