KISAH JIN YANG TACING SEBAB KEHILANGAN SAHABATNYA

Kisah ni berlaku di sebuah kampung di B**** P****.. Kisah ni berlaku pada tahun 2007 tak ingat bulan berapa. Hari Rabu malam Khamis. Malam tu aku dok rehat-rehat dalam bilik tup-tup kawan aku, Cikgu Mat Syah (bukan nama sebenar) call aku bagi tau tokwan dia uzur sangat, nampak teruk sangat.

Aku kata aku free lepas Isyak. Dia kata elok sangat. Dia kata dia mai ambik aku. So lepas Isyak dia pun sampai mai ambik aku.

Dalam perjalanan kami sembang-sembang la pasai tokwan dia ni. Dia kata dalam pengamatan dia nampak uzur sangat dah tapi macam ada yang menghalang. Aku pun sembang-sembang la pasai perihal orang yang susah m**i ni.

Dok ralit sembang tau-tau sampai dah rumah tokwan dia. Kedatangan aku disambut oleh pak mertua dan pak-pak menakan kawan aku ni. Tokwan kawan aku ni tokwan bini dia la. Kawan aku ni cucu menantu la.

Aku pun pi la tengok keadaan tokwan dia. Masa aku tengok, baru nak ikhtiaq. Aku nampak satu lembaga mai teruih dok tepi tokwan ni dok pegang bahu sat pegang tangan.

Aku tanya la hang ni sapa dengan tokwan ni? Dia kata aku ni kawan dia. Kami berkawan dari kecik. Aku sayang dia. Dia kawan aku. Aku tak bagi sapa pun sakiti dia. Aku tanya lembaga ni. Hang ni jin mana punya ni. Mai kot mana? Dok mana? Dia pun kata, Aku ni jin bukit. Aku jumpa dia dan kami kawan dari dulu lagi. Dia nak pi solat, aku ikut la dia pi masjid, tapi aku tak masuk la. Aku bukan Islam, tapi aku hormat dia. Hang jangan bagi dia sakit. Hang bagi dia sakit, aku b***h hang. Jin ni warning aku.

Aku relax lagi. Aku kata la kat jin ni. Hang tau dak jasad manusia ni terbatas. Kot mana pun kami akan m**i, sebab kami cepat tua. Hang bangsa jin takpa la umuq panjang. Umuq hang tera kami ni masih muda lela. Jin ni pun mula la menangis.

Dia kata nanti aku takdak kawan la. Dia ja kawan aku. Aku ada dia ja. Tolong la aku. Kesian la kat aku. Aku tak dak dah kawan kalau kawan aku ni m**i.

Aku kata kat jin ni. Ada jalan dia tapi ada syarat. Jin ni mula seronok. Dia kata apa syaratnya? Aku kata kita hidup ni betoi memang sayang menyayangi, tapi ada batas dia. Batas dia adalah m**i. Jadi takat tu ja la sayang kita ni. Untuk sayang berterusan, kita kena doa dan hadiahkan buat orang yang kita sayang.

Dia tanya lagu mana tu. Aku pun habaq, dalam Islam kalau kita ingat dan sayang kat sorang-sorang tu, kalau dia dah m**i kita boleh tunjukan rasa sayang kita tu dengan doa. Doa kat Allah minta Allah ampunkan dosa dia. Itu baru bukti kita kawan yang baik. Tengok dia la ni, hang tak kesian ka. Tak larat dah tu. Hang lepaih la dia pi.. Kawan apa lagu ni bagi kawan susah. Sebetoinya kawan bagi la mudah kawan.

Lagi kuat jin ni nangeh. Dok sat tu jin tu tanya nak buat lagu mana nak bagi dia pi. Ada la cara dia, tapi kot mana pun, hang dengan dia kena pisah. Mau tak mau kena pisah, baru dia leh pi. Dia kata tak dak cara lain ka? Tak dak, ni ja cara yang ada. Hang doa la kat dia nanti. Insya Allah sampai doa hang tu kat dia.

Aku dok pujuk dia. Dia pun setuju. Aku habaq la kat dia. Hang setuju, aku nak habaq kat anak cucu dia. Suruh buat persiapan dia nak pi. Jin tu pun angguk pala.

Aku panggil semua anak beranak tokwan tu. Aku kata kalau Allah izin insya Allah tak lama dah. Mungkin Allah ambik nyawa dia paling awal mungkin pagi esok kot Allah nak bagi peluang kat kita untuk berbakti lagi kat dia, atau mungkin Allah ambik seminggu dua lagi la kot. Semua ni kuasa Allah punya. Itu hanya pendapat saya saja, tengok keadaan tokwan. Anak cucu dia pun kata, buat ja apa yang elok. Kami turut ja.

Aku pun pi la tengok tokwan tu dengan jin tu. Aku kata boleh dah la kalau nak lepas. Aku pun kata kat tokwan ni. Tokwan… Mulai saat ni kawan tokwan ni tokwan kena tinggai nuh. Dan kawan tokwan ni pun kena tinggai tokwan. Sebaik penjaga kita adalah Allah. Jin ni nangeh lagi kuat. Dok sat aku pon buat pemutuih kat depa. Aku ambik getah gelang, aku tarik. Masa aku tarik getah tu, aku kata lagu ni. Putuih la hubungan hang dengan tokwan ni sebagaimana putuihnya getah ni dan begitu juga hubungan tokwan ni dengan hang semacam mana putuihnya getah ni. Tuppp! getah putuih. Jin ni pun koi hilang dari sisi tokwan tu.

Aku pun kata kat tokwan tu. Tokwan mengucap sat saya nak dengaq. Dia pun mengucap. Alhamdulillah. Tokwan kena sentiasa ingat kat Allah nuh. Sebut nama Allah nuhh. Tokwan senyum sambil ayaq mata meleleh keluaq.

Aku pun pi jumpa anak cucu dia. Aku habaq selesai dah semua pasai tokwan ni. Cuma jin tu ja tak selesai lagi, dia dok teriak kat tunggoi pokok pelam, tepi rumah. Sat nak sembang dengan dia sat.

Aku pun keluaq pi jumpa jin tu. Kawan aku Mat Syah pun ikut sama. Aku kata kat jin tu. Tak payah la sedih. ni la kawan yang betoi-betoi kawan. Jin ni kaleh dan tanya aku. Betoi ka doa aku sampai kat dia. Aku tak Islam. Aku takdak agama. Jadi tuhan terima ka doa aku? Aku kata terima kalau hang masuk Islam. Allah tu kan maha pengampun, maha pengasih, maha penyayang, maha mengetahui.

Aku nak masuk Islam kata dia. Aku kata boleh, tapi kena ada saksi. Sat kita panggil lagi saksi. Aku pun panggil 3 orang lagi. Semua depa ni nampak jin tu. Masa dia syahadah tubuh dia nampak bercahaya. Allahurabbi.

Aku bagi nama kat dia Muhammad Nur Firdaus. Seronok dia dengan nama tu. Aku kata kat dia pi mengaji dengan Habib Al-huda dimekah. Habib Al-huda ni qarin nabi Muhammad. Dia tanya, kat sana ramai ka mengaji. Aku kata, ramai. Kat sana hang boleh ada kawan baru dan jangan lupa doa kat tokwan ni, kawan yang hang sayang. Dia kata, aku tak lupa. Dia ucap terima kasih dan teruih hilang…

Aku pun minta diri untuk balik. Jam tunjuk pukoi 2:45am dah. Balik tu aku dengan Mat Syah singgah makan sat. Dalam pukoi 4 am masa dok tengah jambatan bini Mat Syah call kata tokwan dah meninggal. Innalillah wainna ilaihi rajiun… Alhamdulillah. Selesai masalah yang family Mat Syah ni hadapi.

Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 122 Average: 4.7]

3 thoughts on “KISAH JIN YANG TACING SEBAB KEHILANGAN SAHABATNYA”

  1. Terima kasih sudi berkongsi kisah ghaib yang terbatas oleh manusia seperti akak . Sekurang2nya kisah ghaib begini dijadikan sbg kisah yang dikumpul dalam salah satu buku agama . ..sebagai pengetahuan harus percaya kepada perkara2 yang ghaib , agar manusia jangan menyombong sebab bukan hanya kita sahaja yang mendiami bumi Tuhan , malaikat dan jin juga diciptakan untuk menyembah Nya .

    Reply
  2. seriously, aku menangis part yang jin tu masuk Islam. Aku tak tipu eh, bergelinang tiba-tiba baca, menitik terus ayaq mata dok baca sampai penghujung. Allahu. Cara penyampaian dan cerita tu sampai sangat sangattttt

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.