seram-41

Kisah Jiranku

Assalamualaikum
Hai rakan2 FS sekalian. Tenkiu admin FS sbb approve cerita aku.Cerita aku ni panjang sikit.Harap rajin la baca ye. Hihi. Kisahnya bermula bila aku da mula ada anak kecik. Anak aku ni dari umur 2minggu ada sawan tangis. Pernah jugak hubby aku balik umh pukui 9mlm, menangis anak aku dari 9 malam sampai 12tengah malam. Tak sanggup aku nak tengok. Rupanya ada benda mengikut hubby aku balik.. Dari jambatan pulau pinang kata tokwan yg tolong tengokkan ank aku.. Tu permulaan kammi hadap benda2 mcm ni.. Mana2 yg berpantang tu jaga la elok.. Ada sbb knp kita xbole kuar umh ketika berpantang nih..

Ok yg aku nak ceritakan ni bila kami dah mula balik rumah selepas habis pantang. Untuk permulaan so far Alhamdulillah kami mampu uruskan semua nya dgn baik.

Kisah bermula bila jiran-jiran aku bergaduh.Aku stay umah flat je.. Tingkat atas skali.. Jiran aku ni asalnya baik sangat. Slalu je melepak sama2.. Sampai aku nk kuar umah pun segan.. Sbb depa py port dpn umh aku.. Aku yg paling muda..so aku agak segan nk bercampur..

Tetiba suatu petang bila hubby aku balik keja.. Jiran yg duduk kt tengah2 ni suruh anaknye ketuk pintu kami.. Ada hal nk jumpa. Time tu aku tgh tidokan anak, jadi hubby aku pun pergi la rumah.. Tetiba dia tanya pasal jiran depan umah kami. Ada Dengar cita pape ke dia tanya.. Hubby cakap tak da pa.. Ok je..Dari situ dia mula cita. Katanya jiran depan ni membela.Sebab tu anak kami asyik nangis je.. Sebab benda dia dok kacau. Hubby aku da mula pelik. Dah kenapa kan. Dia siap bgtaw anak asuhan yg jiran aku bela tu,dia bg mkn benda kotor.

Balik rumah hubby aku cita la kt aku.. Series aku mula musykil knp buruk-buruk kan org.. Bukan depa baik ke.. Mesti ada yg tak kena nih kata kat hubby.Rasanya aku tak da la bercampur.. Tp aku da mula cuak dgn cita tu.. Tp hubby aku berkeras tak nak percaya.. Sebabnya ank aku mmg ada sawan tangis. Bkn nangis sbb ada hantu memanjang.. So kami abaikan.. Kami buat mcm biasa.Still bertegur sapa. Taknak la gaduh2 kan..

Rupa rupanya jiran tengah ni tetap tak puas ati.. Sampai 1 tahap anak aku Betul2 nangis, dah la hubby aku ni kerja memanjang tak da kat rumah. Time dia mesti 2, 3 pagi. Selalu aku baca ayat qursi hembus ubun2 anak aku. And then anak aku akan tidur macam biasa sampai ke  pagi. Bila slalu jadi, aku mula musykil sebab tiap kali anak aku nangis, dia pejam mata rapat2. Nampak takut sangat. Dan sekali tu hubby aku ada kt umah.. Hubby aku baru tgk keadaan anak aku. Kami tetap mcm biasa baca ayat qursi. Tapi tetiba hubby aku rasa something dlm rumah time baca ayat qursi tu.

Umah aku ni panas.. So aku mmg suka buka tingkap. Kalau tak umh aku rasa berhaba je. Time hubby rasa tu dia mintak aku tutupkan tingkap skali tutup langsir. Dia cakap bukak sume lampu n call parent dia suruh datang. Ank aku dh mula diam. Tidur balik. Aku tak nk la ganggu parent dia.. Almaklum jam time tu 2 pagi kot.. Tp hubby aku berkeras nk parent dia datang.. Nasib rumah dekat2 je.. Aku pun ikut je la..

Dalam 15minit Camtu parent dia sampai.. Hubby aku sepanjang tunggu parent dia sampai tak putus baca ayat qursi Sambil tangan tahan dekat pintu.. Katanya belakang badan dia sakit sangat. So ayah mertua aku mintak garam kasaq.. Nasib ada stok. Ayah mertua aku pun ajak hubby dok kat stor. Lepas baca-baca dkt garam tu ayah mertua aku baling blkg bdn hubby.. Baru hubby bole bangun. Lepas tu ayah mertua pagarkan rumah. Bru balik. Tapi stil seram sejuk.. Malam tu tido bertemankan ayat ruqyah sampai subuh.

Ingat da habis.. Sbb aku ingat mungkin gangguan biasa.. Saja dy lalu dy singgah kacaw kot.. Aku pun suka sangat bukak tingkap kan.So aku anggap tu kot penyebab dia. Keesokkan malamnye.. Hubby aku balik umah dalam pukui 8 lebih. Jd lagi, tetap hubby aku yang kena.Anak aku ok je. Time tu jiran plak tak dak. Balik kampung. Memang sunyi laa. Hubby aku bagitaw rasa sunyi, tak best. Kebetulan astro kena potong.. Haha..

Aku wat derk je.. Pada hal dlm hati da cuak weh. Pastu kami dinner sesama. Anak da tdoq. Time tu la.. Tetiba hubby aku menjeling2 aku yang tengah makan.. Dia tak makan.. Tapi main hp. Tetiba hp hubby aku melorot jatuh ke riba.. Pastu dia mula semacam je.. Aku terkejut punya pasai aku mkn sambil berdiri kot. Sebenarnya nak lari. Tp ank aku tengah tido dlm bilik. So aku cuba relax.. Aku cuba sembang2 ngn hubby.. Dah kenapa kan, dia mcm lemah gemalai.. Series aku cuak gila2 time ni.

Aku ajak dy balik umah parent dia.. Dia ckp tak nak.. Jgn ganggu depa. Tp aku still ajak sbb da rasa lain macam.. Aku paksa dia siap pakai baju.. Tp dia tak nak bangun jgk. Sampai kan dia tanya aku sapa yang nak bawak moto.. Aku ckp tak pe.. Aku bawak kalau dia rasa tak sihat.. Taw dia jawab apa.Dia cakap dia mana pandai bawak motor.Ha sudah. Time ni aku da parkinson abeh. Gila tak reti bwk moto. Tu bkn my hubby la. Aku tertumpahkan air kt paha dia. Terus dia lari dok bertinggung kat sudut dinding..

Aku da panik terus call parent dia mintak mai umah.. Sepanjang tu hubby asyik menjeling aku je.. Dh la jiran2 pun Takde.. Gelisah btl aku. Bila parent dia sampai aku cepat suruh tengokkan hubby.. Mak mertua cuba panggil byk kali. Tp dia mcm blur. Bila ayah mertua p dekat dia.. Baru hubby mula tersedar.. Mak tanya knp.. Dia cuma cakap takut.. Takut sgt.. Terus ajak balik umah mak.. Hubby punya takut Sampai aku tengah kemas2 barang nk bawak pun dia tak bole tunggu.. Dia mintak aku cepat.. Kelam kabut aku.

Bila balik umah mertua.. Terus depa p berubat.. Rupanya ada jiran yg buat. Depa siram air depan pintu rumah.. Air yg dicampur dgn bahan2 yg cina semayang tu.. Dekat kawasan umah aku ada pokok jawi..Cina slalu je semayang dekat situ.. So jiran ni amek kat situ la buat kat kami. Patut la ank aku manjang je nangis time 2, 3 pagi sampai pengakhirannya hubby yg kena.. Tokwan bekalkan air penawar. Suruh siram balik depan umah start dari tangga.. Sbb umh kami tepi tangga je.. Balik tu Dalam pukui 11malam terus hubby balik umah p siram air.. Time sampai tangga tu tetiba nampak jiran depan tengah termenung tgk bawah.. Dy lepak sorang2 tepi koridor tu.. Hubby aku da mula seram sejuk..Cepat2 abeskan.. Terus turun..

Balik umah hubby tanya aku. Jiran depan ada ke.. Aku ckp tak dak.. Depa balik kg.. Jiran sebelah pun sama.. Hubby aku cakap td balik jumpa jiran depan.Tapi tak nampak muka. Ha sudah. Nasib kt umah mertua ramai.. Riuh.. Hilang la takut.. Hubby aku cita dia terkena time mandi.. Time mandi ada ‘benda’ jenguk dia time sabun muka kan pejam mata bila bukak terus ada Benda tu dpn muka.. Mata merah sangat.. Muka hitam kata hubby ku.. Pastu time makan dia macam bengang ngn aku rasa nk marah aku katanya terus macam khayal kejap.. Yg dia sedar tetiba ada muka ayah mertua tgh tengok dia.. Series dia terkejut time tu.. Dgn keadaan dia tgh bertinggung dekat sudut umah.. Suar yg basah sbb aku tumpahkan air td.. Dia tanya knp nih..

Esok jumpa tokwan lagi mintak datang tengok umah. Tokwan cakap niat dia buat tu mcm tu takmau bg kami berkawan ngn jiran depan nih. Sbb dia ni mcm berdengki. Sbb tu dia burukkn jiran depan ni membela bagai. Padahal dia yg buat kat kami. Dekat situ da nampak niat buruk dia.

Tapi sampai sekarang kami still bertegur sapa. Malas nk kecoh. Gangguan pun dh tak dak. Kini 4thn sudah kami menetap sini. Aku cita kt jiran depan apa yg jadi,nangis jiran depan aku nih. Dia cakap dia bole bersumpah dia tak buat sume tu. Kesian aku tengok. Tertekan betul dia.. Aku pun percayakan dia.. Sebab kawan aku pun berjiran dengan dia sebelum dia berpindah dkt flat.

Kawan aku ckp dia baik.. Laki bini baik.. Tak dak pa.. Terkejut kwn aku bila aku tanya betul ke jiran ni membela.Kawan aku sampai marah aku dan menafikan sekeras2nya.Kawan aku Dah 8thn berjiran ngn dia.Depa memang ok. So memang jiran tengah aku la hati busuk.

Sampai burukkan orang lain.. Tokwan pun bagitau orang dekat je yg buat ni.. Rumah di tengah.. Aku bersyukur gila aku tak penah Niat nk bercampur dgn depa.. Tak bercampur pun kena naya bayangkan la kalau aku pun suka join depa melepak tak taw apa jadi.. Rambut sama hitam hati lain2.. Sekian cita dari aku.. Maaf kalau tak best..

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *