Kisah Kawan

Assalamualaikum. Thanks admin kalau cerita ni disiarkan. Sehari tak baca FS ni, rasa macam tak lengkap. Bila admin tak update cerita akan rasa tepu huhu. Takut tapi tetap nak baca. ADDICT! Puas fikir cerita apa nak share. Fikir punya fikir terasa macam nak share cerita pasal Gunung Ledang and Gunung Senyum. Ceritanya macam ni…

1) Gunung Ledang
Masa ni aku form 4. Kira first time lah aku nak pergi panjat gunung. Cari pengalaman. Lagipun aku memang suka aktiviti lasak. So kami gerak dalam pukul 3 macam tu. Hari Jumaat. Before bertolak, cikgu ada bagi taklimat. Contoh sampai sana jaga tingkah laku, jangan celupar dll.

Kami sampai masa tu dah dekat maghrib. Punggah barang apa semua, bawa pergi tapak perkhemahan. Malam pertama tak ada apa-apa berlaku. So hari sabtu tu, kami semua mendaki. Start mendaki pukul 8, sampai puncak pukul 12 tengah hari and turun daripada puncak dalam pukul 2 petang. Sampai tapak perkhemahan semula dekat maghrib. Jadi kami semua bersihkan diri, rehat-rehat, dinner and borak-borak dengan kawan and cikgu. Masa tu aku dan sorang kawan tidur paling lewat. Dekat pukul 1 baru kami masuk khemah tidur.

Dalam pukul 2 pagi macam tu, bunyi riuh rendah. Cikgu suruh semua keluar daripada khemah. Sebab tapak khemah kami dilanda ribut. Cikgu risau khemah kena hempah dengan ranting pokok. Memang pelik sebab tak ada hujan, petir, kilat apa semua tiba-tiba ribut. Yang peliknya tempat kami sahaja yang kena ribut. Keadaan kecoh sampai abang-abang UTM datang tempat kami. Bila cikgu azan barulah keadaan kembali pulih. So kami semua tidur dekat dewan terbuka ramai-ramai. Mungkin benda ni terjadi sebab masing-masing dah penat. Solat maghrib and isyak semua langgar. Alhamdulillah tak jadi perkara yang tak diingini lepas tu.

2) Gunung Senyum
Masa ni aku form 5. Nak SPM tapi degil juga nak pergi kem ni. Yelah seronok kot. Pengalaman baru. Kawan baru. Yang ni aku tak ingat pergi hari apa. Tapi masa mula-mula sampai tempat tu aku dah rasa seram dengan persekitaran. Cikgu pun ada pesan kalau tiba-tiba nampak ada orang pakai pakaian macam sami buddha jangan tegur. Abaikan. So far tak ada terjumpa. Alhamdulillah.

Masa hari mendaki tu semua seronok lah. Daripada awal sampai akhir penjelajahan Gunung Senyum tu aku jalan dengan sorang budak ni. Aku gelar dia si AA. Bawah aku setahun. Ambil gambar sana sini. Dengar sejarah pasal Gunung Senyum tu. Tanya itu. Tanya ini.

Sampailah berakhirnya penjelajahan kami. Sampai tapak perkhemahan masing-masing ada yang rehatkan diri and ada yang pergi mandi. Yang si AA masa nih bendera merah. So dia duduk dekat kerusi depan kawasan khemah perempuan. Aku dengan si AA ni mandi paling last sekali. Masa ni aku rasa seram dah. Seram yang first sebab bilik mandi tu lubang-lubang. Aku dah terbayang macam-macam. Lepas tu dengan ada kataknya dalam kolah tu. Aku nih da lah penakut sikit dengan binatang-binatang macam tu. Seram yang kedua pulak sebab just aku dengan si AA je dalam toilet tu. Toilet lain-lain ok. Jangan fikir macam-macam.

Aku dah rasa lain macam masa tu. Sebab si AA nih banyak cakap. Tiba-tiba jadi pendiam. Kan pelik tu. Aku mandi kerbaulah jawabnya. Takut punya pasal. Aku masa ni kira jadi ketua untuk handle budak-budak perempuan. So bila aku keluar je toilet ada 2 3 orang kawan si AA ni ajak aku pergi jumpa cikgu S. Cakap pasal kelainan tingkah laku si AA ni. Cikgu S cakap, “tak ada apa-apa tu. Tapi awak semua jangan tinggalkan dia sorang-sorang”. Tak pasal-pasal kena bebel dengan cikgu sebab kami tinggalkan si AA ni dalam toilet tu sorang-sorang. So kami pergilah toilet tu ramai-ramai. Si AA ni still ada.

Lepas semua dah siap bersihkan diri kami semua pergi ke dewan terbuka untuk solat maghrib dan isyak sekali. Si AA ni Cikgu S suruh bawak sekali. Sebelum kami mula solat maghrib tu Cikgu S pesan kalau si AA ni bangun tiba-tiba, 2 orang daripada kami batalkan solat dan follow si AA ni. Start Cikgu S baca Al-Fatihah, si AA ni bangun keluar daripada dewan. 2 orang yang sedar hal ni batalkan solat and follow si AA ni sampailah tempat kami memasak. Dekat situ ada pelajar cina yang stay. So yang kawan 2 orang ni bila da pastikan si AA ni selamat dengan kawan-kawan cina ni, dorang pun pergilah ke dewan semula untuk solat maghrib, dengar tazkirah dan solat isyak.

Selesai solat isyak, tiba-tiba blackout semua tempat. Masing-masing dah cuak lah. Selamat ada bawak lampu suluh. So kami bergerak dengan cahaya lampu suluh tu sampailah dekat tempat masak.

Si AA masa ni duduk dekat pondok. Kami n Cikgu S pergi dekat si AA. Cikgu S suruh mengucap. Si AA taknak. Dia diam. Cikgu S tanya nama, siapa awak dan macam-macam soalan lagi. Si AA hanya diam buat bodoh. Cikgu S pegang ibu jari kaki si AA. Si AA mula kesakitan. Meronta-ronta. Aku and beberapa budak perempuan pegang si AA ni. Korang bayangkan lah dengan pergelangan tangan aku yang tisunya koyak kena pegang orang yang meronta-ronta. Sakit tahu x! Cikgu S baca ayat-ayat al Quran and budak-budak lelaki baca ayat qursi. Dalam keadaan yang blackout benda macam ni jadi. X ke seriau. Tak lama lepas tu baru lah si AA ni ok and lampu ada balik.

Ada sorang budak ni tanya budak cina, apa yang jadi dekat si AA masa blackout tadi. Budak-budak cina ni cakap si AA ni bercakap sorang-sorang. Masa tu just ada 2 orang cikgu lelaki and kami saja. Cikgu-cikgu yang lain keluar ke pekan beli gas. Tak lama lepas tu baru cikgu-cikgu yang lain balik.

So aktiviti kami diteruskan seperti biasa. Kami tidur agak lewat malam tu sebab kena denda dengan cikgu HEM sebab kami banyak cekadak. Hehehe. Bila masing-masing dah balik khemah aku and sorang lagi kawan (Si AF) decide nak berjaga malam tu memandangkan still risau dengan si AA nih. Ngantuk memang ngantuk. Penatnya tak hilang lagi. Tapi gagahkan jugalah diri atas dasar tanggungjawab. Masa kami berjaga tu macam-macam lah kami dengar. Bunyi benda-benda pelik and bunyi orang berjalan atas daun kering. Tapi bila toleh tak ada orang. So memang sekali tu je lah aku toleh. Hahaha. Even dengar lagi kami buat bodoh je. Last-last si AF ni pasang surah yasin. Memang tersengguk-sengguklah aku akhirnya dekat atas bangku tu. Dekat pukul 5.30 macam tu baru ada budak perempuan khemah lain bangun nak mandi. So aku and si AF nih decide nak membuta kejap.

Masa OTW balik ni, barulah budak-budak khemah lain tu cerita. Dorang dah bangun pukul 4.30 nak pergi mandi. Sebab taknak berebut toilet. Masa nak bukak pintu khemah tu dorang nampak lembaga putih dekat hutan. Kau ghase? Hahaha. So dorang tak jadi mandi.

Tu jelah ceritanya. Tak delah seram sangat. Seram time perkara tu berlaku je. So far ni jelah cerita panjang yang aku ada. Yang lain-lain tu aku pernah kena kacau ringan-ringan dekat hostel bulan lepas and kawan aku ingat ‘aku’ nak tumpang tidur dekat katil dia masa sem 1 tahun lepas. Sorry, aku bukan seorang yang pandai bercerita and mengarang. I try my best. Wassalam.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Orizuru

1 thought on “Kisah Kawan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.