Kisah Keluarga Kami

Hi FS.
Aku dah baca byk kisah dalam ni, rase teringin jugak kongsi pengalaman aku dan keluarga aku.

Intronye.. aku anak ke-3 dari 4 adik beradik. Tinggal sebumbung dengan Ayah, Mak dan Nenek(Nenek dah meninggal dah). Ayah aku sorang yang panas baran. Mak aku lembut orgnye nurse tp skrg dah retired dah. Nenek aku, mmg ade masalah dgn ayah aku. sbb time ayah aku kecik2 dulu ayah aku hanye tau itu adalah mak dia waktu ayah aku umur 10thn, sbb nenek aku kuat merantau.

Dgr khabar dari mulut org nenek aku adalah pengamal ilmu hitam. pakai susuk. dan ada saka yg berdamping dgnnya. kami sekeluarga mmg tak percaya tapi byk gangguan dan pengalaman yg jadi berkait dgn arwah nenek aku. Kami 4 beradik mmg rapat dgn arwah nenek, mak ngn ayah bekerja. Mak kerja shift hour, waktu kerja tak tentu, abah office jauh. senja baru balik. So, kami adik beradik di jaga oleh arwah nenek. Kami tggl area hulu langat. tu intro.

Kisah mistiknye bermula.. waktu aku sekolah 20thn sudah. Adik laki aku. pernah hilang waktu pulang dari tadika. Waktu tu 1st time dia balik tadika naik bas sekolah. Mak aku cuti pada hari tu. menunggu dirumah, risau tak terkata. 1st time lepaskan anak dia balik sendiri naik bas sekolah(Dah train adik berulang-ulang kali dah). Keluar tadika pukul 11pg tapi ni dah pukul 1.30tgh tak sampai2 rumah lagi.

mak call office ayah utk inform, kebetulan ayah tgh lunch. Tgglkan pesan pada kawan cina kt office. Mak keluar pergi ke tadika adik. Aku tggu kt rumah dgn nenek kot adik aku balik. Ayah kt office dgr berita dari kawan office dia. kate ayah kawan cina dia mkn penumbuk dgn dia sbb kawan dia boleh bergurau kata adik aku kene kidnap. Mak balik menangis, adik aku tkde di tadika. cikgu dah lepaskan adik aku naik van sekolah. Ayah balik rumah dlm pukul 2.45ptg. Selang beberapa minit tibe2 sebuah van berenti depan rumah dlm pukul 3.

kate driver van dia taktau nak hantar adik kemana. jadi dia terpaksa bawak adik aku mkn angin sambil dia hantar budak2 sekolah sesi ptg sebelum dia patah balik tadika dptkan alamat rumah. Buku nota dia salin alamat sebelum ni hilang dalam van. Selang 2mggu selepas kejadian tu. Ayah mula jatuh sakit. Tak lalu makan, menggigil, seram, sakit badan, muntah2. Bawak ke klinik, hospital tp tk dpt kesan sakitnye. Segala ujian nampak normal.

Berat abah turun mendadak. Cengkung. Sakitnye masuk 2-3bulan. Mak terpaksa kerja. aku adik beradik jugak ke sekolah mcm biasa. Ayah ambik cuti sakit. Arwah nenek jaga ayah. Ada satu malam, aku dalam bilik ngn adik ready nak tido. Tibe2 nenek jerit panggil semua. Aku, kakak2, adik tunggang langgang berlari sahut panggilan nenek masuk ke bilik ayah. Alangkah terperanjat lihat ayah dalam posisi merangkak mata terjegil mulut kumat kamit. Nenek arahkan kakak yg tua baca ayat kursi. Kakak aku yg no 2 disuruhnye call mak aku. Aku disuruhnye pegang dan bercakap dgn ayah. Hati mula kecut, seram sejuk semua ada.

Mulut kelu tktau nk cakap apa. Nenek pekik kat ayah “KAU SIAPA?” “APA KAU MAU?” Ayah terdiam dan pandang tepat kt muke nenek dan pandang muka aku. aku pulak yg dah nk terkincit dalam seluar ni tibe2 berani plak bercakap dan bertanya “KAU NK APA KACAU AYAH AKU?” Ayah tersengih pandang aku dgn mata terbeliak menjawab “TUAN AKU SURUH AKU DATANG GANGGU DIA, DIA DAH SAKITKAN TUAN AKU, SEKARANG DIA PULA AKAN DISAKITKAN” Jawab ayah dgn suara garau. “SIAPA TUAN KAU SYAITAN?” balas nenek aku. “HIHIHIIIIII” ngilaian ayah. “PERGI DARI SINI, PERGI PULANG KE TUAN KAU. JGN GANGGU ANAK AKU” tambah nenek aku. aku pun menyampuk “BERAMBUS LA” gaya ala2 samseng taik kucing. “TUAN AKU TAKNAK AKU LAGI, AKU ADALAH TUAN BARU KEPADA BADAN NI. HIHIHIHIHIIIII” sambung ayah.

kakak aku yg tua dah menangis2 sambal baca ayat kursi. Adik aku dgn kakak aku sorang lagi dah lari duduk kt ruang tamu sambil tggu mak aku balik. Last skali long story short puas aku dgn nenek berdialog dgn bende tu, bende tu beralah dgn nenek aku betul2 lepas nenek bakar kemenyan. Nenek suruh bende tu pergi jauh. Mak aku sampai rumah terus masuk bilik selawat dan sapu air Yassin kt muke ayah. Ayah terus longlai.

Esok ayah bercerita yg dia mimpi ade makhluk berbulu dtg kt dia. Lagi dia baca ayat Quran lagi byk dan panjang bulunye tumbuh. Esok ayah nampak makin pulih. Selera makan pun makin ok. Kami adik beradik semakin lega, igtkan benda dah settle. Rupenye tak lagi. selang 3-4 hari selepas tu, ayah buat balik.

Cume tak seteruk yg sebelum. Jam pukul 11mlm, ayah duduk dipenjuru bilik mata pandang keatas seolah2 ada bende yg mengganggu dia dan menakutkan dia. Mak tak kerja malam tu. Cuba mcm2 cara. Berdialog, ayat kursi, baca quran, azan semua tk bagi apa2 efek. Last skali mak call Pakcik kami. Pakcik ada kenalan yg pandai berubat secara batin (bomoh perempuan). Datangnya dari Terengganu.

Pd esok hari lebih kurang jam 4-5 ptg. bomoh tu sampai. naik flight lg. Pakcik ambik dia dari airport terus kerumah kami. Dia masuk duduk tak sampai 5minit. Air pun belum sempat nk hidang. Dia minta keluarkan kuali. Dari tgh duduk bersila, dia bangun berdiri tegak. Mulut kumat kamit “ADA BENDE ORANG TANANG DALAM KAWASANG UMOH MUNG NIH” dia keluar ke halaman rumah. Dimintanya pakcik aku angkat pasu bunga mak aku. Dia menyangkung dan mula menggali betul2 bawah tmpt pasu mak aku.

Sambil pekik “KUALI!!” dicampaknya seketul benda kuning yg aku sangkakan batu kedalam kuali. Rupe2nya timah yg berbentuk seperti patung yang balut kain kuning. Diikat benang pada leher, pergelangan tangan dan kaki. Dicucuk paku dari bahagian p******g tembus ke kepala. Lepas korek kawasan laman rumah, dia berlari ke kawasan belakang rumah. Diminta pakcik gali guna cangkul. Jumpe seketul tulang yg dicucuk penuh jarum. di campak dalam kuali. katenye tulang b**i. Ntah la. Aku pun tktau. Dibakarnye bende2 tu dalam kuali sambil mulutnye kumat kamit. Waktu tu ayah terpekik terlolong dalam bilik dgn nenek dan kakak aku.

Hari mula gelap. Api dalam kuali makin kecik. Ayah makin tenang. Tok bomoh tu mule bukak cerita. katenye org yg hantar tu org cina(probably cina tmpt keje dia). Dia upah 3 org bomoh siam. Bomoh yang anta patung tu kuat ilmunye kate dia, tapi semua dah dipatahkan. InshaAllah tkkan ada lg gangguan dari bomoh2 tu.

Alhamdullillah.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

 

Antu-Kubo(Bukan Nama Sebenar)

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.7]

4 thoughts on “Kisah Keluarga Kami”

  1. Mungkin org cina tu kot.. Yela niat dia cuma nk gurau last2 dpt penumbuk, pengajarannya klau nk gurau tu berpada2 la, satu lagi klau trase diri ni panas baran bnykkan istighfar dan sabar.. Peringatan utk semua n diri sndri bkn nk menghukum sape2

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.