Kisah kem PLKN di Sarawak

Assalamualaikum semua. Aku start rasa nak kongsi kisah2 seram ni bila aku baca semua duk bercerita pasal kem PLKN. Haa aku pun pernah dan ada pengalaman. Aku dapat PLKN di Miri. Nak kata banyak kisah seram tu tak lah. Kisah yang aku nak kongsi ni ada yg pengalaman sendiri dan ada yang kawan2 aku alami.

Kisah pertama, aku duduk dorm no.4 masa sampai2 je aku dengan dua orang lagi kawan aku ni yang mula2 sampai. Yelah kitorang kan dr KL. So nak dijadikan cerita malam first kitorang tu dh dpt salam perkenalan dh. Satu dorm ada 2 bilik (a&b) so aku bilik b. Pintu belakang bilik tu memang ketat so kalau nak bukak or tutup kena kuat2. So malam tu masa aku tengah baring nak tidur (2 orang member aku tu pergi bilik A borak2) baru je nak tarik selimut tiba2 pintu belakang tu terbuka sendiri and tertutup sendiri. Dua kali dia main chak2 dengan aku.

Kisah seterusnya, ni berlaku dekat aku. Dalam satu masa dua kali. Benda ni berlaku masa tu beratur nak makan malam dalam pukul 7lebih sebelum solat isyak (sarawak kan maghrib awal) tengah2 line up nak ambil makanan tiba2 hujan turun. Aku dengan kawan aku dorm 1 lari balik dorm sebab nak angkat baju. So aku dorm 4 kira belakang lah and ye aku sorang je dekat situ tengah heboh duk angkat baju. Lepas dah angkat aku pun letak lah baldi baju aku tu bawah singki basuh baju. Elok aku bangun je aku nampak ada nenek tua tengah duduk bertenggek atas singki tu. Aku tak perasan mula2 so aku teruskan perjalanan aku untuk ke tandas nak melepaskan hajat. Elok je aku keluar dari tandas tu aku nampak nenek yang bertenggek dekat singki tu tengah dinner ( dia korek tong sampah jilat darah dekat pad) aku pun terus pecut turun bawah. Pinggan yang aku ambil tadi tu aku letak balik. Seminggu aku demam, tak makan, tak bercakap pun.

Masih lagi lepas kejadian yang dekat tandas tu. Lepas makan kena masuk surau untuk solat isyak dengan kelas kerohanian. Malam tu ustaz suruh buka semua pintu surau. Elok je diorang ni buka pintu surau yang tengah aku nampak perempuan rambut panjang tengah duduk dekat pondok depan tu sambil pandang aku. Bila ustaz suruh budak perempuan (termasuk aku) ke belakang aku dengar dia panggil aku. Masa tu aku memang diam seribu bahasa. Sampai kak indah tanya aku kenapa aku diam, muka pucat. Bila kak indah mula baca ayat kursi tetiba aku menggigil lepastu aku tak sedar apa dah.
Esok kena panggil dengan ustazah. Ustazah tanya aku apa yang aku nampak. Aku pun cerita lah. Tapi ustazah tak cakap banyak time tu.

Yang ni berlaku masa tu hujan lebat dalam pukul 3 lebih(pagi). Aku tersedar sebab hujan lebat sangat. Lepastu aku nampak kawan aku yg katil depan aku tu tengah duduk. Aku tanya dia kenapa. Dia datang dekat katil aku dia suruh aku dengar something. Aku dengan dia dengar ada budak tengah panggil “cikguuu!!cikguu!! Buka lah pintu saya sejuk ni!”

Okay tu je kisah yang aku nak kongsikan. Sebenarnya ada banyak lagi tapi nanti2 lah ye. Sekian.

Nur

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

1 Comment on "Kisah kem PLKN di Sarawak"

avatar
bunga

berapa banyak so ko nak guna daaaa…… hancussss……

wpDiscuz