Kisah Kereta Usang Dan Encik Lompat

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika sudi siarkan kisah ni. Hari ni tergerak hati nak share satu kisah yang berlaku pada adik lelaki aku. Aku sebagai kakak sulung hanya sebagai watak sampingan cuma. Kisah ni berlaku masa kami masih dalam sekolah rendah lagi. Dia pun cuma setahun muda dari aku. Well, masa tu hari raya. Biasalah, setiap tahun bila bulan Syawal je wajib balik kampung nenek. Nak balik rumah nenek kena road travel dalam tiga jam satu hal, then kena naik feri pula dalam sejam lebih. Tak naik flight, kadang-kadang je sebab bawa kereta lebih feel “balik kampung” gitu.

Kami ni keluarga agak besar. So kereta yang ayah beli pun agak besar. Hehe. Setiap tahun memang akan guna kereta tu je untuk balik kampung bila tiba raya. Tapi ditakdirkan satu hari raya tu, makcik aku request nak exchange kereta kami dengan dia. Mak aku setuju je. Sekali-sekala tukar test. So Syawal masa tu kami pun guna kereta makcik tu je untuk balik kampung. Kereta yang agak kecil dan lama, tapi masih muat lagi. Hihi

Bila pagi Syawal je benda pertama kami buat semestinya adalah melawat kuburan arwah atok dan adik-beradik ayah. Masa melawat kubur tu aku dah start uzur, so aku dan mak aku tak turun lawat kuburan. Kami dalam kereta makcik je, sementara ayah dan adik-adik aku yang lain turun untuk bacaan Yassin dan sebagainya.

Masa tu aku ingat lagi, aku dengan mak duduk dalam kereta. Mak kat depan sementara aku kat belakang. Kami pasang aircond macam biasa sementara dok tunggu yang lain selesai. Tengah khusyuk melayan perasaan menunggu tu, secara tiba-tiba kereta meletup (sikit je but still scary) dan enjin kereta bahagian hadapan tu mengeluarkan asap yang agak banyak.

Mak pun segera matikan enjin dan kami berdua pun ribut keluar kereta. Ayah sampai lepas tu, mekanik sampai dan kereta disahkan kena stay semalaman dekat tanah perkuburan lama tu. Kami satu family pun akur je lah, nak buat macam mana lagi. Faham-fahamlah keadaan kereta lama, kan? Hihi. Akhirnya, kami pun pulang dibantu oleh pakcik. Kereta tu agak lama juga dibiarkan di tanah perkuburan tu. Dari pagi hari tu sampai petang keesokannya baru siap dibaiki. Aku pun tak tau juga yang kereta tu ada bawa hadiah untuk kami.

Sebabnya malam setelah dapat kereta tu semula, aku bercadang nak tidur dengan cousin aku which is seumur, di rumah dia. Rumah nenek dan rumah cousin ni jaraknya agak dekat, cumanya dipisahkan dengan struktur geografi; rumah nenek atas bukit, rumah cousin bawah bukit. Masa tu cousin aku di rumah nenek, so cadang sama-sama nak gerak dan tidur rumah dia kat bawah tu laa. Cumanya masa tu agak gelap gelita dan kalau nak tempuh perjalanan tu, rasanya tak sanggup kot dengan keadaan yang lemah semangat macam kami ni. Hahaha. Puas kami menangis depan pintu rumah nenek, nak turun sangat-sangat tapi takut. Tambahan lagi masa tu, ada cousin lelaki menyakat kami, “jaga-jaga, ada kat bawah tu”. Bertambahlah kecut perut nak turun (padahal dekat je cik non).

Tiba-tiba adik lelaki aku (yang watak utama kisah ni) jadi baik hati nak tawarkan teman hingga ke rumah cousin. Amboi baiknya awucks ni adikku. So kami pun turunlah bersama. Dia just hantar kami, then naik atas sendiri. Oh lupa, yang ni kan malam. Yang before malam masa Maghrib tu, dia ada tegur pokok besar yang wajib dilalui untuk turun ke rumah cousin, “besarnya pokok ni…”, sebab dia nak takut-takutkan kamilah kononnya masa tu. Aku akui adik aku ni agak celupar juga. Haha

Then malam tu (aku kat rumah cousin, ingat eh), adik aku pun tidurlah macam biasa di rumah nenek. Sanak-saudara ramai, so memang bersepahlah manusia tidur sana sini. Waktu tu adik aku tidur dekat ruang tamu. Tapi dia rasa panas secara tiba-tiba, so dia pun berpindah ke bilik pakcik bongsu aku nak tidur sekali. Pun rasa panas juga. Aku tak berapa sure adik aku berpindah-randah untuk tidur berapa kali. Sampailah adik aku kembali ke ruang tamu semula, tapi niat nak tidur di atas kerusi kusyen.

Ingat tak aku ada inform tadi yang rumah cousin kat bawah? Kalau dipandang rumah cousin aku ni daripada rumah nenek aku, akan nampak jemuran kain dulu. Maksudnya, rumah cousin membelakangi rumah nenek. Masa adik aku baru ja nak baring tu, dia terpandang rumah cousin kat bawah tu melalui tingkap hadapan, dia nampak kain putih dekat jemuran tu tengah bergerak-gerak. Difikirkan mungkin typical kain jemuranlah kan yang sedang sedap ditiup angin malam.

Lepas tu dia just baring jerlah nak dapatkan bobo. Tiba-tiba masa dia dah baring tu, dia pandang belah kiri tingkap, (kerusi kusyen tu diletak bersebelahan tingkap kiri, ko toleh kiri je tingkap) ada benda putih panjang dan berikat kat sebelah dia. Menurut adik aku masa tu, adik aku toleh dia, dia pun baru jer nak toleh adik aku. Mereka bersebelahan je. Benda tu macam terkejut juga bila terserempak dengan adik aku (bak kata adik aku lah). Maksudnya bukan kain jemuran okay! Dia tengah syok lompat-lompat kat luar tu, heading to my nenek’s house!

Btw guys, tolong bayangkan eh rumah kampung. Bawah kolong rumah kot. Tinggi, macam mana pula benda tu boleh sampai paras tingkap rumah nenek yang tinggi tu. Sedangkan manusia ketinggian biasa hanya akan sampai kepala paras tiang kolong rumah je. Dia lompat tinggi beno agaknya. Adik aku terus sebut “Allahuakbar!!!” kuat-kuat dan beredar segera daripada situ. Laju-laju dia baring tempat lain dan paksa diri dia tidur.

Esoknya pagi tu gemparlah adik aku nampak encik lompat. Aku dan cousin hanya perlekehkan je adik aku (mean sisters) kata tak percaya. Hanya mak aku satu-satunya percaya kat anak lelaki kedua dia tu. Dan aku pula hampir nak terpercaya bila ditakdirkan petang tu selipar adik aku hilang sebelah, dan dia demam berhari-hari.

Mungkinkah ini angkara kereta usang makcik aku? Dia ikut sekali dari tanah perkuburan? Atau dek celuparnya mulut? Entahlah, Wallahualam. Btw sejak dari hari tu adik aku akan cepat nampak benda-benda aneh, difikirnya manusia, toleh sekali hilang mcm tu je. Nenek tua pendek bawah pokok tenung dia lelama, dan pelbagai lagi. Aku tak pernah lagi selama hidup 24 tahun ni, mungkin Allah SWT tebalkan hijab aku sebab Allah Maha Mengetahui aku ni penakut dan ayam. Hihihi Alhamdulillah Ya Rabb.

Terima kasih kerana membaca!

Wana Rahman

Wana Rahman

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

4 Comments on "Kisah Kereta Usang Dan Encik Lompat"

avatar
Aku

Test ke taste? Dua tiga kali baca ayat tu. Budak wicet ke apa ni XD

DekDaa

Typo lah tu. Takkan lah nak tukar ujian pulak? hahaha. Aku pun baca berulang kali jugak. Taste test XD

ekinzainal

kita pantang betul kalau bab2 pocong niee.. mang tak bole bayang langsung , mesti rasa macam dia ada kat sebelah.. hahahaha adoiii..

admin

Xbest lgsg jgn pos lgi

wpDiscuz