Kisah-Kisah Aku

Hai shasha , nama aku Aliss. Aku nak cerita beberapa kisah seram yg aku alami sepanjang 24 tahun aku hidup.

Kisah 1: Rumah Nenek.
Dulu masa kecik2 aku duduk dgn nenek aku. Parents aku kerja dekat negara org, so aku kena la duduk kat Malaysia. Dulu aku ada moyang, masa aku 6 tahun macam tu umur dia dah 70 lebih. Dia  ni dah nyanyuk tapi arwah moyang aku tu membela.

Macam2 benda dia ada. Untuk cantik, untuk ikat suami, untuk jaga harta. Aku pernah tengok dgn mata aku sendiri kekebalan dia. Suatu hari tu dia merayau kat belakng rumah, katanya anak dia panggil. Belakang rumah nenek aku tu ada lombong dgn semak samun lagi. Kami semua kejar moyang sebab anak2 dia semua kat dalam rumah. Dia redah semak tu, tapi setengah jalan atok aku sempat tarik dia. Badan atok aku habis calar balar gatal2 sebab masuk semak, tapi badan moyang aku ni satu calar satu kotoran pun takde. So anak2 moyang ni decide nak buang belaan tu, sebab tak tahan dah. Dlm proses buang tu, teruk betul. Beberapa bulan lepas buang semua, moyang aku pun meninggal. Hari lepas kebumi, lagi teruk kami sekeluarga kena.

Masa itu, nenek aku tengah basuh pinggan dekat dapur, tetiba ada makhluk hitam tinggi sua tangan dekat tingkap dapur. Beberapa malam kami tak boleh tidur sebab bunyi org berkawad atas bumbung, dengar bunyi kuda dekat semak belakang lah. Yg aku alami, time tu aku nak tidur, tiba2 aku bau bedak sejuk yg moyang aku pakai. Kami semua kenal bau tu sbb bedak sejuk tu dia yg buat sendiri. Kuat bau tu kat tepi aku. Aku pun tarik selimut then dgr pulak bunyi org menyanyi tapi tak tau liriknya apa. Dekat 10 tahun jugak gangguan tu berterusan. Berapa kali buang dah tapi dia tetap nak datang balik.

kisah dua : Asrama
Masa sekolah menengah, aku duduk asrama, tapi aku ni dipinggirkan sikit time tu, semua taknak kawan dengan aku. Puncanya budak paling hensem dan ramai peminat kat sekolah tu abg sepupu aku. Memang aku kemana mana sorang2, dalam dorm aku pun ada la sorg dua bertegur ngan aku tapi tak rapat mana pun.

aku time tu down gilaa. Tetiap malam aku duduk kat tangga blok menangis, sampai la aku kenal sorang kakak ni, nama dia Qila. Dia dtg sembang dgn aku, layan aku baik je, tapi dia blok lain dgn aku. Aku form 1, dan dia pula form 3, so ada jugak laa yg layan aku. Kami selalu sembang kat tangga memalam. Kak Qila ni cantik, putih, senyum pun manis je. Dia pernah cakap kat aku, nak dia tlg balas dendam kt dorg ke? Aku sengih jelaa. Sampai la naik form 2, bebudak dorm aku dah start tegur aku, ajak aku makan sekali. Classmate aku pun sama, tapi rutin luah perasan kat Kak Qila tetap berjalan macam biasa.

Sampai la satu hari, ada senior ni malukan aku depan orang ramai. Aku menangis sampai rasa nak berhenti sekolah. Aku ngadu kat Kak Qila, dia suruh aku sabar dan esok lusanya, kakak2 senior ni menangis2 dtg mintak maaf. Diorang cakap diorg dah tak tahan, dan tolong maafkan dorg. Pelik jugak aku. Hubungan aku dgn kawan2 makin baik. Pada satu malam tu, aku ajak kawan aku teman aku pergi pondok telefon, aku terserempak Kak Qila, aku tanya la kenapa dah lama tak dtg tangga, dia kata “Aliss ramai kawan dah kan skrg.” Masa aku kenalkan kawan aku kat Kak Qila, aku tengok muka kawan aku pucat sgt. Kak Qila pula senyum je, then aku mintak diri.

Sampai bilik kawan aku marah aku sambil nangis2. “Aliss kenapa kau macam ni. Kau okey tak??  Kenapa kau cakap sorang2 kat pondok telefon?? Kau kenalkan aku dekat sape???” tercengang aku. Lepas tu dormmate aku pulak nyampuk, “Aliss , kau okey tak? Aku pernah nampak kau sembang sorang2 kat tangga tu. Aku ingat kau curi2 cakap kt handphone. Lepas tu aku tak ingat apa2 dah, bila aku sedar aku dah ada kt rumah. Ibu aku kata aku meracau mcm kena rasuk. Jenuh diorg bawak berubat”  Abg sepupu aku pulak cerita, dia ada dengar budak2 asrama perempuan cerita aku berkawan dgn Qila. Qila tu sebenarnya dah m**i 15 tahun lepas, b***h diri sebab tak tahan dibuli. Senior2 yg buli aku dtg mintak maaf sebab roh Qila dtg buat kacau kat bilik dorg. Serius aku terkejut! 3 tahun aku berkawan dengan hantu rupanya.

kisah 3 : Mata yang Melihat
Lepas je aku kena sampuk masa dekat asrama, aku dah boleh senang nampak benda. Selalunya kalau aku stress lagi nampak. Ada yg lawa, yg huduh, muka berulat dan macam2 lagi. Selalunya dorg tak kacau aku pun, tapi kesabaran aku diuji bila aku study kat IPTA , aku duduk rumah sewa. Aku dapat housemate yg sgt sosial, balik tengah2 malam , mabuk, dan mcm2 lagi. Masalahnya masa dorg balik tu, ada yg mengikut dan benda tu dtg kacau aku. Pernah kena tindih dgn hantu lelaki yg ikut housemate aku yg baru balik clubbing. Nasib baik la aku jenis kuat semangat,  boleh la lawan balik dgn ayat2 suci Al-Quran, lepas tu bab hygiene, ada yg bila dtg bulan tak reti nak cuci pad. Lepas tu main campak je dlm toilet, masuk toilet aku yg mengucap panjang bila ada benda dgn lidah panjang dok jilat2 pad tu. Kemuncak paling teruk bila rumah tu dah bau bangkai dgn benda2 tu. Aku terpaksa extend sem sebab nak berubat. Alhamdulillah sekarang dah kurang. Nampak pun sekali sekala je, last nampak bulan lepas dalam bilik bos aku, iaitu seorang perempuan tua. Dia senyum je kat aku. huhuhu.

Sekian.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

aliss

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 5]

7 thoughts on “Kisah-Kisah Aku”

  1. interesting gila cerita psal Qila tu. Macam mana kau boleh kenal Qila tu and kau langsung tak dapat detect dia tak wujud ke? Takkan dekat sekolah kau tak jumpa dia dekat mane2 atau kau tak tahu die kelas mana? Ceritala pasal Qila tu , interesting !

    Reply
  2. Ko Ngan Qila satu hostel tapi lain sekolah… sebab tu ko x perasan dia sebenarnya x wujud. Camtu kot? explain sikit…. 3 tahun tu… bff ngan Qila… x kan x pernah gi mkn or gi surau sesama. Kompius???

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.