Nama aku Armin. Sejak kecil, aku memang takut nak naik lif,kadang kadang terpaksa naik tangga. Tapi bila tak larat, terpaksa juga tahankan diri gunakan lif. Dalam bidang psikologi, masalah aku ni lebih kepada claustrophobia(ketakutan melampau pada tempat yg sempit:contoh lif). Berbalik semula kepada tajuk. Aku ada dua kisah seram yang aku alami berkaitan dengan lif.
Kisah pertama:
Kejadian ini berlaku bulan lepas,aku pergi menziarahi saudara ku di sebuah apartment yang terlepas di sebuah negeri di pantai timur. Semasa sampai di bangunan itu,aku mula merasa gelisah untuk menggunakan lif tapi dek kerana rumah sedara berada di tingkat 11, aku tabahkan jua walaupun kedengaran bunyi geseran lif. Kami berborak agak lama sehingga tengah malam. Setelah mengucapkan selamat tinggal, adik aku memberi cadangan untuk berlumba turun ke bawah dengan menggunakan tangga. Aku tanpa berfikir panjang terus bersetuju dengan cadangan itu. Semasa sampai di tingkat 7, keadaan ke tingkat seterusnya agak gelap kerana tiada lampu dipasang. Disebabkan rasa takut,aku buat keputusan untuk turun dengan menggunakan lif sahaja.
Semasa sedang menunggu pintu lif terbuka, aku mula perasan kenapa keadaan aras 7 itu terlalu sunyi seolah2 tiada penghuni,tidak riuh seperti aras2 yg lain.semasa pintu lif terbuka, aku segera tekan ke tingkat bawah,tetapi lif langsung tak bergerak, aku terus rasa cemas. Masa tu memang aku tekan setiap butang dan butang kecemasan sambil menjerit2 meminta tolong dgn harapan ada yg mendengar. Dalam 10 minit juga terperangkat di tingkat 7,akhirnya pintu lif terbuka di aras yg sama,keadaan aras tu gelap.Tanpa berfikir panjang,aku terus bergegas turun ke bawah dgn menggunakan tangga. Ahh redah je gelap masa tu asal sampai kebawah. Esoknya aku ceritakan semuanya kepada sedara ku melalui “whatsapp group”.Masa tula baru aku tau tingkat 7 tu mmg sengaja dibiarka tanpa penghuni dan kes lif tersangkut di tingkat 7 tu sudah banyak terjadi kpd penghuni di situ.
Kisah kedua:
Kisah ni berlaku semasa aku berada di semester 5. Masa tu,aku ada ujian untuk satu subjek ni dan ujian ini dilakukan pada waktu malam. Tempat ujian itu diadakan pula berada di tingkat 5. Sebelum ujian,aku menaiki tangga bersama dengan kawan2, tapi oleh kerana aku siapkan awal, jadi aku terpaksa balik sorang2,ditambah pula masa tu memang sangat letih kerana dari pagi sampai kemalam duduk di kampus. Disebabkan terlalu letih,aku buat keputusan untuk turun kebawah menggunakan lif. Belum sempat aku tekan butang turun ke bawah, pintu lif dah terbuka, jadi aku terus je masuk. Lif yg aku naik tu berhenti di setiap tingkat yg ada, tapi tingkat yg paling menyeramkan,masa lif tu tiba2 berhenti lama dekat tingkat dua. Dahla gelap,dalam 15 minit jugak pintu lif tu terbuka.
Sebab dah terlalu lama terbuka, aku ambik keputusan nak turun guna tangga, tapi belum sempat kaki aku melangkah keluar,pintu lif tertutup.Namun begitu lif naik semula ke atas, masa tu aku cuba berfikiran positif, kot2 ada budak dah habis test. Fikiran aku meleset sama sekali. Selepas sampai ke tingkat atas, pintu lif terbuka dan tertutup semula. Aku apa lagi, tekan banyak kali butang ground floor. Dalam 30 minit jugak bermain dengan lif masa tu. Bila da sampai dekat ground floor, langkah seribu aku masa tu. Mengikut kata pak guard disitu, lif tu mmg sentiasa berhenti di tingkat kedua.Di tingkat dua tu juga,ada kes seorang buruh semasa pembinaan m**i akibat sakit jantung,dalam dua tiga hari juga baru orang jumpa mayatnya berada di salah sebuah bilik.kisah aku ni berlaku di sebuah universiti di pantai timur.
Sampai sekarang aku still rasa fobia dengan lif. Memang taubat aku tak naik dah lif dekat fakulti tu lg. Inilah kisah aku mengenai lif.Ada banyak lagi kisah seram yang aku lalui,tapi to make it simple,aku cerita di post lain nanti.sekian.
::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Mmg ada kdg stigma ttg lif . Aku pnh kna dkt umh membe aku.tiba2 lif berhenti dkt floor yg gelap.mcm tmpt parking tp parking hnya ada di ground floor.mmg dlm mse 5 min.aku pn heran sbb xtekan n time tu hnya aku je pkai lif.by the way,get rid of it if not u will get next stage of phobia which is panic disorder or depression
Simple dan menarik. Ceritalah lagi.
best, nora bagi tiga bintang, aku takut jugak lif, tapi aku buat bodo je,sooo, yeah
klau siapa nak rasa pengalaman seram nek lift dipersilakan guna lift di Holiday Plaza, Johor Bahru.
Bile baca cerita nie baru teringat, aq pernah kene gak mse gune lift kat Holiday Plaza, JB.
Masuk lift, tekan ke BaseGroud. Sekali, tiba2 lift nek atas… laju plak tu. Sampai la berhenti kat tingkat atas, xtaw top floor ke ape. Bapak gelap gilerw. 2-3 kali tekan tingkat bawah tapi pintu lift asik tutup pastu bukak balik. Last2 selamat sebab ade orang tekan butang lift kat tingkat bawah. Nasib baik xde ape2.
I pun takut lift, ada kisah seram dgn lift dan setiap kali i mimpi lift, ianya adalah nightmare. but since rumah sewa i masa study kena naik lift, i ignore je perasaan takut tu.
Aku ckup fobia kalo lift rosak..jenuh nk menapak..numah tgkt 13 oii
ok best…aq pon fobia ngan lift…takot stuck tgh jalan
Lif x takut tapi tangga yang bergerak tu aq menggelabah sikit kalau naik or turun