Assalamualaikum pembaca fiksyen shasha. Aku adalah pembaca setia cerita2 seram dan setiap hari pasti aku akan membaca kisah2 yang menarik (aku membaca ketika di ofis sebab aku ni penakut sikit). Ini merupakan kali ke 2 aku menulis di page fiksyen shasha ini, kali pertama aku tidak ingat tajuknya kerana dipublish pada bulan september 2016. Okay, back to story yang aku nak jelaskan.
Biar aku inform awal2, mak aku baru je sampai dari kampung dan tinggal untuk beberapa hari ketika cuti sekolah ini. Mak dan ayah aku di kampung menjaga seorang cucu perempuan (anak kakak) yang berumur 1 tahun 6 bulan dan seorang cucu lelaki (bekerja di kampung ketika menunggu result spm baru2 ni). Cucu lelaki mak aku ni namanya Bedul, cucu perempuan namanya Zaiton. Untuk pengetahuan, Bedul ni bekerja di kilang berdekatan rumah dan hanya bercuti pada hari ahad sahaja. Menjadi kebiasaan setiap hari sabtu malam, Bedul akan bermain futsal dengan kawan2.
Cerita bermula ketika bedul balik dari bermain futsal jam 12 tengah malam dan menjadi rutin bedul akan balik melalui pintu belakang rumah. Aku gambarkan keadaan belakang rumahku. Belakang rumahku mempunyai kawasan luas dan ada tapak rumah askar wataniah yang sudah tidak digunakan dan usang. Rumah tersebut sudah terbiar lama tanpa ada sebarang aktiviti. Rumah kayu bercampur batu sedikit. Rumah yang agak gelap, kawasan penuh lalang tetapi bapaku selalu akan menebas lalang tersebut kerana itulah laluan cepat untuk sampai ke rumah.
Berbalik pada cerita tadi, Bedul ni balik tengah malam dan melalui kawasan belakang rumah tanpa membasuh kaki dahulu. Terus baring dan tido. Buat pengetahuan korang, Bedul ni akan solat isyak dahulu sebelum keluar main futsal (so xdelah kecaman2 yang cakap Bedul ni x solat). Bedul balik rumah masuk dan terus baring. Bedul ni tidur depan tv dengan bapa aku. Manakala mak dan Zaiton tido dalam bilik sebab Zaiton ni xboleh dengar bunyi bising walau sikit, nanti die xleh tido.
Mak aku cerita masa dia nak tido lepas Bedul balik tu, dia x boleh nak tido. Puas la mata ni nak tido last2 terlelap. Masa terlelap dia macam tersentak sebab dia perasan ada 2 makhluk hitam sedang usap2 perut Zaiton macam nak menguli kueh gayanya. Mak aku dah panik, dia panggil bapa aku x dengar2. Dia baca alfatihah, ayat kursi segala surah tapi makhluk tu tetap ada kat situ. Last2 mak aku azan baru la mak aku tengok makhluk tu dah xde dan mak aku dapat gerak dengan sempurna semula.
Mak aku bangun g depan tv n kejut Bedul n bapa aku. Mak aku tanye Bedul balik basuh kaki x, so Bedul pon cakap x basuh kaki. Mak aku kata ade benda ngikut, lagi2 Zaiton budak kecik lagi dia suka. Mak aku pun pesan kat Bedul lepas ni jangan balik lewat sangat sebab belakang rumah aku tu keras sikit sebab bekas tapak askar jepun dan pernah dengar ada kisah b***h dan kawasan Bedul ke padang futsal tu pon agak keras.
Sejak tu Bedul dah x lalu belakang rumah kalau lewat2. Kalau setakat pukul 10 malam ke bawah masih berani lagi. Aku nak ingatkan kat sini supaya sapa2 yang keluar malam dan balik tengah2 malam, basuh kaki dulu ambil wudhuk dan baca ayat kerusi sebelum masuk rumah.
Thanks sudi baca cerita aku..
Nur
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ayat kerusi… Patutla hantu takut, takut ditimpa kerusi. Eh. Nawok ja.. Ayat kursi wak..
ayat kerusi camne tu ? heee
Jangan lupa baca ayat kerusi.. Jeng3x… Hahaha.. Sakit perut aku gelak dekat budak ni..
selambeyaya….jge dk wak bekok nga ayat quran tu….cri pasal lamukam….
ooooo….patutla..…upenye komer silap ngeje…ayatul qursi dah pindah JD kerusi….sudah tukar ka encik…..
cerita kau terlalu pendek sangat jadi aku xde rasa nak bace..sorry