kisah menjadi delivery mcd

hai , assalamualaikum . saya ingin menceritakan penggalaman saya . nama aku aiman(bukan nama sebenar ) menjadi penghantar makanan mcd .aku tinggal di damansara , kuala lumpur . kalau aku cerita kurang faham dan pendek .maafkan aku ya 🙂
time tu aku perlu menghantar makanan pada tengah malam , kira-kira pukul 12.30 malam . aku dah biasa keluar malam dan rasa takut memang tak ada la . aku start motor dan terus pergi ke alamat tersebut . setibanya di sana , aku turun , ambil makanan yg dipesan (di bonet motor) dan menekan loceng rumahnya (kawasannya memang agak sunyi tapi aku lek je .tak ada perasan takut pun time tu ) .
selepas menekan loceng , amoi datang tanpa sepatah kata .hanya diam membisu . aku pun beri lah makanan yang amoi pesan tu (berharga 27.50) dan dia menghulurkan duit rm50 (1keping) . aku pun ambil dan nak bagi amoi tu baki duit (rm22.50) . tapi dia masuk macam tu jer . panggil amoi tu tknk pandang belakang pun .
selalunya orang akan beri tips kurang dri rm10 . okay start sini .perasaan dah lain , tak sedap hati . so aku start motor terus balik ke mcd . dah smpai sana, bos aku mintak duit . so aku keluarkan duit di dalam beg (beg kecik .beg yang kat pinggang tu hah .ahh susah nohh nak terangkan . kau faham-faham aje lah ) so aku bukak zip . (nak keluarkan duit) . erm tekejut gila dohh bila dalam beg tu penuh dengan daun kering .urhh hati memang degup kencang doh . aku dapat rm50 sehelai .tapi macam mana boleh penuh satu beg tu dengan daun kering .
lepas tu ,bos tu tanya lagii “kau jangan main-main lah .cepat bagi duit tu ” Allah dia ingat aku main-main kerr -.- . lps dari tu .dia call polis untuk pecah dalam rumah tu . setibanya di sana , polis dah tiba dan baru aku sampai ke rumah tersebut . dah sampai rumah tu memang usang gila , lampu luar rumah pun kejap hidup ,kejap m**i (alaa macam dalam cerita hantu kt tv laahh ) .jadi polis pun rempuh masuk dalam rumah . ehh tengok-tengok makanan tu elok ja ada kat atas meja dalam rumah tu . tak terusik langsung .
lepas dari tu , baru aku tau yang dalam rumah tu memang ada amoi m**i b***h diri .dapat kepastian dari jiran sekitar dan dari polis . polis tu tunjuk gambar amoi tu . yep , memang betul .memang orang yang sama yang ambil makanan tu .
tapi persoalannya , macam mana hantu boleh buat call delivery dohh ?? hahahahahaha
okay .hahaha daun kering aku masih simpan sehelai sebagai memori paling seram menjadi penghantar delivery hahahahaha
nasib masa past makanan makanan tak pandang mata dia .kalau tak memang dah tau dah dia hantu kahkahkah
okay ,sampai sini ja cerita nya .kalau cerita aku berbelit or tk faham .sekali lagi hamba ingin memohon maaf ^^ baiklah assalamualaikum
-tamat-

aiman (bukan nama sebenar )

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4]

7 thoughts on “kisah menjadi delivery mcd”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.