Kisah Misteri Dedek 2

Assalamualaikum. Thanks kepada FS kerana sudi published cerita pasal Dedek iaitu adik kesayangan aku. Disebabkan ada feedback yang baik daripada readers FS, so aku continue lagi cerita pasal dedek ni.

Kali ni aku nak cerita pengalaman aku semasa bercuti di hutan lipur air terjun. Tempatnya tak perlulah aku sebut ye, karang ada pulak yang tak gamak nak mandi kat situ. Sebenarnya lokasi tempat tersebut berdekatan dengan rumah opah aku kat Perok. Okey, macam ni ceritanya. Masa tu kitorang balik kampung. Kebetulan, Mak Lang pun ada kat kampung masa tu. So, kitorang yang geng-geng muda ni dah lama kan tak gathered sekali. So, kami berlima termasuk Dedek rancang nak mandi air terjun yang tak jauh dari rumah opah aku.

Dalam pukul 5 macam tu, kitorang gerak la dengan penuh perasaan excited. Aku yang drive kereta masa tu. Bila sampai je, semua masing-masing tak sabar nak mandi. Ada la dalam sejam mandi, aku tengok Dedek ni statik je pandang satu tempat. Aku syak dia memang nampak something ni. So, aku tanya kenapa. Dedek cakap, siapa perempuan berkemban dan bersanggul yang mandi kat tepi batu besar tu. Dedek cakap cantik. Aku tengok, tapi tak nampak siapa pun. Bulu roma aku ni tak payah cakap la cering ke tak. Udohle sejuk dengan air sungai + seram. Nasib tak tertanggal je bulu roma aku ni.

Aku pesan dengan Dedek supaya jangan tengok. Tetiba Dedek cakap, perempuan tu tengok kitorang sambil senyum. Wehhh, kelam kabut aku time tu. Terus aku suruh sepupu aku berhenti mandi dan ajak balik. Aku dah tak kuat nak dengar cerita daripada Dedek. Masa nak maghrib tu, kitorang lepak kat depan umah. Lepak-lepak kat pondok kayu opah aku sambil borak-borak dengan sepupu aku tu. Kemudian, Dedek bisik dengan aku, “kakak yang berkemban tadi tu datang rumah opah la”. Aku dah tak tunggu lama. Terus aku grab tangan Dedek masuk dalam rumah.Terpinga-pinga sepupu aku yang kat luar rumah tu. Sepupu aku ada cakap, masa kitorang blah tu dia ada bau wangi macam bunga. Dia blah pun sebab dia rasa seram sejuk tetiba.

Untuk pengetahuan korang, kadang-kadang Dedek ni macam psiko pun ada. Serius seram shit oii! Ceritanya macam ni, masa tu kat rumah tu cuma aku dan Dedek je. Bibik tak ada sebab dia cuti seminggu balik kampung halaman di Indon. So, tinggal la aku dengan Dedek. Masa ni, aku kat dapur tengah memasak. Entah macam mana boleh careless, jari aku terkena pisau. Cepat-cepat aku basuh jari aku kat sinki.

Tetiba je Dedek berlari laju kat aku sambil jerit, “Yong! Yong!” Terkejut aku masa tu. Lepas tu terus dia ambil jari aku yang luka tu dan dia tengok. Aku pelik la macam mana pulak dia boleh tahu jari aku luka? Sedangkan masa tu dia kat bilik siapkan kerja sekolah. Aku tanya Dedek macam mana Dedek tahu jari yong luka. Dia cakap, “tadi ada kawan cakap tangan Yong luka kena pisau.”

Huishhh! Cuak beb aku masa tu. Kawan dia mana pula yang skodeng aku ni. Lepas tu, dia tarik jari aku tunjuk kat “kawan” dia sambil beritahu “jari Yong kita tak putus lagi la. Luka sikit je. Lain kali jangan kacau Yong kita.” Terus aku tarik jari aku. Aku dah tak berani nak tanya apa-apa pasal kawan dia yang dia bebelkan tadi. Iman mak dah tak kuat oii! Then aku cakap,”bawak kawan Dedek ni naik atas rumah. Jangan nak tinggal dia kat sini.” Dedek pun berlari-lari anak dan seolah-olah memegang tangan seseorang. Terus aku baca ayat kursi sebagai pelindung diri. Takut sehh. Tak lama lepas tu aku dengar suara Dedek ketawa terkekeh-kekeh. Kawan dia buat lawak kot. Aku husnudzon aje la.

Pernah aku tanya Dedek. Aku tanya waktu siang hokeyyy. Tak berani nak tanya benda seram waktu-waktu malam. Aku tanya Dedek, berapa ramai benda tu kat dalam rumah. Dedek cakap ada banyakkk. Jumlahnya tak tentu. Kadang-kadang ada banyak kadang-kadang ada sikit. Benda tu pun bukan hantu yang sama. Maksudnya, ada sistem check in dan check out la kat rumah aku ni(macam hotel je benda tu buat rumah aku gitu).

Yang paling aku seram bila Dedek cakap kat bilik aku pun ada. Nak-nak pulak bila aku balik ke rumah waktu malam. Dedek cakap mesti aku akan bawa balik kawan. Ya Tuhannn. Nak gugur rambut aku ni dengar cerita Dedek. Dedek cakap kebanyakan kawan yang aku bawa balik mesti hodoh-hodoh. Dedek pun cakap, dia selalu nampak mummy dan papa aku bawa balik “kawan” dorang.

Lepas tu, Dedek cakap lagi yang ada satu benda ni yang dia takut. Benda ni selalu berdiri dekat laluan nak masuk ke dapur. Dedek cakap benda tu tak mesra dan mukanya tersangatlah hodoh. Rambut panjang mengurai. Kalau Dedek nampak hakak tak mandi tu terpacak macam tugu negara kat situ, Dedek memang tak akan masuk dapur. Sebabnya benda tu pernah kacau Dedek tidur. Dedek cakap dengan aku, dia benci gila hakak tu. Kadang-kadang, aku pun rasa seram bila dalam rumah sendiri. Mungkin sebab terpengaruh dengan cerita Dedek yang hijabnya terbuka kot.

Sebenarnya banyak lagi kisah yang aku nak share dengan korang. Next time aku story lagi macam mana hijab Dedek boleh terbuka okey. Sekian, daripada Kak Yong.

Kak yong

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

17 thoughts on “Kisah Misteri Dedek 2”

  1. tolong bawak dedek pi club malammm, or tempat yang ada arak. nak jugak dgr dedek cerita apa yang dia nampak.. mekaseh ye kak yong, jap jap, beza 16 tahun, maknanya dah 21 lah kan? aum aumm.. kahkahkah

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.