Kisah Misteri Gunung Jerai

Salam, pembaca FS semya. Aku nak ucap terima kasih andai story aku ini dipilih untuk publish. Aku tertarik untuk berkongsi kisah aku di FS selepas aku sering melayan kisah-kisah seram FS yang dikongsikan. Kisah aku mungkin tidak begitu seram tetapi mungkin ada yang pernah mengalaminya jika pernah pergi ke Gunung Jerai.

Kisah ini sudah berlaku 5 tahun lepas semasa aku zaman diploma. Aku bersama seorang rakan aku mengambil keputusan untuk pergi ke Gunung Jerai pada hujung minggu tersebut untuk mengisi masa terluang. Kami memulakan perjalanan pada jam 8.30 pagi dengan menunggang motosikal. Perjalanan kami tidak begitu mengambil masa yang lama.

Setibanya di kawasan kaki gunung, ada van disediakan untuk naik ke atas Gunung Jerai tetapi kami berdua yakinkan diri untuk naik gunung ini dengan motosikal. Perjalanan menaiki gunung tersebut agak mencabar kerana ketika itu ada jalan-jalan yang begitu sempit dan curam. Tambahan lagi apabila ingin berselisih dengan kenderaan lain. Okey, baiklah, sepanjang perjalanan aku ada mengambil video rakaman perjalanan kami. Setibanya pada satu selekoh, tiba-tiba motosikal kami dibaling dengan batu.

Kuat sekali bunyinya hingga membuatkan kami hampir terbabas sedangkan ketika itu tiada sesiapa di kawasan tersebut. Namun, untuk menyedapkan hati kami, kami tetap teruskan perjalanan ke atas dengan menganggap tiada apa yang berlaku.

Setibanya di kawasan rehat sementara di pertengahan jalan, orang tidak begitu ramai ketika itu. Agak menghairankan juga kerana hujung minggu tidak ramai pengunjung yang datang ke situ. Setelah berehat, kami teruskan perjalanan.

Setibanya di puncak gunung, kami singgah di sebuah surau yang disediakan di laluan ke Padang Tok Sheikh. Ketika berada di surau tersebut, aku dapat rasakan ramai orang disitu walhal tiada sesiapa disitu melainkan kami berdua. Waktu ketika itu tengahari, dalam jam 12.30. Aku mula rasa tidak sedap hati maka kami mengambil keputusan untuk pulang dan tidak meneruskan perjalanan.

Ketika perjalanan turun, aku secara tiba-tiba terlihat satu kelibat di dalam hutan tepi jalan tersebut! Hati aku berderau!! Allahuakbar!! Ape benda pulak tu!! Sepanjang kami lalu di kawasan itu, kelibat itu mengikuti kami tapi rakan aku tidak nampak. Aku cuba tenangkan diri dan bila rakan aku tanya kenapa, aku tidak jawab apa-apa.

Dalam fikiran aku ketika itu hanya mahu pulang cepat. Kami mula turun kawasan gunung, jalan agak curam dan motosikal bergerak laju. Tiba satu selekoh, rakan aku nampak kelibat melintas secara tiba-tiba dan laju. Kami berdua memang terkejut dan brek mengejut. Ketika itu hanya ada sehelai daun yang bertiup sedangkan ketika itu tiada angina langsung.

Rakan aku pun rasa tidak sedap hati, kami segera mulakan perjalanan semula dan tiba-tiba ada kereta polis lama iaitu kereta proton saga memotong kami. Sungguh menghairankan kerana pemandu kereta polis berkenaan mengenakan uniform polis zaman dahulu dan begitu laju menuruni kawasan selekoh tajam.

Mereka memandang tajam kearah kami dan kami cuba mengikut kenderaan tersebut. Setiba di kawasan kaki gunung, kereta itu langsung tidak kelihatan di kawasan itu dan apabila kami bertanya pada orang yang berada di situ, mereka tidak nampak kenderaan tersebut. Hingga kini kisah kenderaan misteri itu masih membelenggu pemikiran aku.

Aku rasa ramai juga yang mengalami perkara pelik macam aku rasa ini. Setakat ini sahaja perkongsian aku di sini. Sorry sebab tidak lah begitu seram cerita aku, sekadar berkongsi pengalaman. Sekian.

Adios ambigos.

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2]
Azin

13 thoughts on “Kisah Misteri Gunung Jerai”

  1. Gunung jerai tu tempat jin hantu setan je belambak. Org membuang pun kat situ jgk. Sepanjang aku duduk kedah memang langsung takde keinginan nak jejak gunung jerai tu. tambah tempat tok syeikh tu. ko google la kalo rajin, baca story2 seram kat situ.

    Reply
  2. aku pernah jgk naik. tapi sekerat jalan. sbb hujan. time nak turun mmg extreme gila. dgn jalan basah naik moto lgi. cuma yg menganggu time nk turun nmpk pakcik pegang payung jalan sorang2. tk toleh dh blakang stg nyawa plk melayang.

    Reply
  3. Cikmin ada pengalaman naik gunung jerai. Naik ngn kereta. Alhamdulillah, allah bg slmt naik, slmt turun.masa trun 2x berenti sbb hangit break, gunung curam sgt.. Xde jmpa apa2 yg pelik.. Cuma agak terpesona kt atas puncak tu, sbb pemandangan dia lawa sgt & skrg hari2 dpt tgk gunung jerai, sbb tpt keje btl2 mghadap gunung jerai. Wpn tgk dr jauh, tp hati tetap rindu. Wish utk ke sana lg. Alfatihah utk arwah kawan yg bawak cikmin ke sana.

    **org kata lau kita ke sana bwk hajat yg x elok, penunggu gunung akn kacau kita. Wallahuaklam. Doakan smua baik2 saja.

    Reply
  4. Penah naik sekali je Gunung Jerai.. time naik okay..tp time turun tu..tiba2 jeep x bergerak.. duk pk jam ape tgh nak turun gunung.. last2 rupenye ade org meninggal tgh2 jalan tu.. mungkin heart attck sbb dari cara pakaian mcm tgh jogging.. tp serious smpai sekarang ingat lagi muka dia sbb time tu muka dia polis x tutup lagi.. alhamdulillah xde pape yg jd..

    Reply
  5. saya pun sama pergi dgn kawan, kami lima org perempuan, masa naik gunung tu okay je x de apa2 masa nk turun tu around 1230 kami ternmpk kelibat hitam dgn basikal, keadaan dia mcm org yg sedng berehat, dia x kacau apa2 pun n tetiba van yg nk bwk kami turun lalu ngn bnyk lagi keta, smua pecut naik van, masa kat dlm van tu kami tnya abang van tu, “abng nmpk kelibat hitam dgn basikal x dekat situ?”, abng ckp “x nmpk apa2 pun dik” n smua org diam ja, balik2 tu cerita kat ibu n ibu cakap, ada pernah naik dekat surat khabar, katanya sorng laki ni cycling, masa dia nk turun gunung tu dia terbabas n meninggal, so mayb apa yg kami nmpk tu kelibat arwah kot, wallahualam…

    Reply
  6. kawan2 cikpeah dok ajak g gunung jerai drg ckp best n cantik tapi bnyk dengar kate tempat tue keras skit mmg tak lah nak pergi..hahahhaha

    Reply
  7. Dulu saya ada pengalaman dengan gangguan jin asyik atau bunian. Sebelum sy diubat dgn ruqiah dan dia lepaskan sy. Mmg selalu rasa tertarik nak pi gunung jerai. Pernah sy naik motosikal sesorang naik atas. Bau org masak kari sepanjang jalan nak naik dan rasa ramai org tp x de org. Nasib baik la x masuk alam dia. Satu lagi tempat dia gunung baling tu. Byk harta karun bawah tu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.