Kisah Murni

Namaku Murni.. Aku tinggal di sekitar daerah Sepang.Aku bertugas di Klia sebagai Ground Handling di Syarikat Vendor Persendirian.Kuala Lumpur Airport Services. Aku bertugas pada tahun 2002 dimana waktu itu KLIA itu baru sahaja beberapa tahun beroperasi. 5tahun tidak silap….masih terlalu baru dan di sekitarnya belum lagi serancak sekarang pembangunannya, dimana sekarang disekitar KLIA sudah begitu banyak taman perumahan serta bangunan tersegam indah didirikan. Dahulunya, apa yang ku lihat cuma ada Chaterfield iaitu barisan kedai2 makan, Concorde Inn Hotel, litar sepang dan Hotel Pan Pacific di sekitarnya. Aku terpanggil untuk menceritakan kisah seramku kepada teman baikku El kerana dia mendesak berkali2 agar menceritakan kisah seramku di halaman ini.

Setiap orang punya kisah diganggu oleh makhluk halus dalam perbagai cara.. Sama ada ianya muncul sebagai entiti yang jelas kelihatan atau cuma pergerakkan sekilas pandang serta bunyi bunyian. Niat untuk berkongsi ini bukanlah untuk memburukkan ikon bangunan kebanggaan tanah air itu. Tetapi hanyalah buat perkongsian para pembaca…

Kisah bermula..Hari itu aku betugas seperti biasa. Pejabat Ground Handling kami bersebelahan dengan pejabat Ground Handling MAS yang terletak di level 4. Betul2 berada di bawah Mcd bangunan utama KLIA. KLIA ada waktu puncaknya tersendiri iaitu pada hari minggu sampai Hari selasa, Rabu dan Khamis kebiasaannya sedikit sepi dari hari2 yang aku nyatakan. Kami bertugas dalam 3 shift iaitu pagi petang dan malam… Hari itu aku betugas pukul 2 petang hingga 10 malam. Kadang2 aku bekerja lebih masa kerana akan mengendalikan pesawat pagi seperti Merpati Airlines, Lion Air Dan Biman Bangladesh. Kadang2 ada flight tengah malam seperti Emirates Airlines…

Tugasku bermula, jam di tangan sudah menunjukkan pukul 1030malam. Aku digesa untuk overtime oleh supervisorku di mana aku akan pulang jam 7pagi esoknya.. Aku berjalan ke food court dilevel 3 untuk mengalas perutku. Masih lama untuk waktu balik dari tugas. Lebih baik aku makan terlebih dahulu kerana bimbang aku lemah dan tak bertenaga nanti.

Setelah selesai semuanya, aku bergegas ke pejabat untuk menyemak tugasku seterusnya. Malam itu begitu sepi dimana cuma tinggal beberapa sisa staff yang bertugas malam. Alahai tugasku seterusnya jam 330pagi di kaunter check in. Aku harus menyiapkan beberapa fail report untuk diserahkan pada supervisor keesokkan harinya. Fail report penting kerana ia adalah bahan rujukan sekiranya berlaku apa2 pada pesawat yang telah terbang menuju ke destinasinya. Di dalam fail report ada manefesto penumpang dan bagasi,berat semua bagasi yang diloading ke dalam pesawat serta lain2 info mengenai pesawat yang telah dikendalikan.Aku memilih meja hujung sekali untuk menyiapkan tugasku..

Waktu berlalu begitu pantas dan aku ingin melelapkan mataku buat seketika. Aku menanggalkan blazer serta menuju ke loker penyimpanan barang peribadiku. Niat dihati ingin menukar baju putih seragam ke baju t-shirt kerana bimbang renyuk..
Selesai semuanya dibilik persalinan. Aku menuju ke bilik mesyuarat dan ingin segera melabuhkan tubuh di sofa empuk didalam bilik itu. Lampu kumatikan dan aircond ku hidupkan. Sunyi dan senang buat mataku ingin lelap.

Ketika di dalam situasi separa sedar aku merasakan ibu jariku digeletek sesuatu.. Aku enggan memikirkannya kerana subuh nanti aku harus kembali bertugas. Aku cuma menganggap mungkin hujung selimut nipis yang ku bawa tergesel pada ibu jari. Tapi lama kelamaan. Benda itu seperti semakin menjadi-menjadi. Dari mengeletek dia mula menyusur ke bahagian betis ku. Seperti ada seseorang melurut lembut betis dan didalam separa tidur itu perlahan lahan selimutku di tarik….dihujung telinga terdengar bunyi seperti orang sedang mengerenyuk2 bag plastik..

Aku lantas bangun dan menghidupkan lampu.
Ah tiada siapa .. Aku pun membuka pintu dan sunyi cuma ada bebeberapa orang staff yang sudah tidur melengkup muka di meja tugas masing2. Ku kira ada 6 org staff dan yang lainnya mungkin sedang berehat diruangan rehat staff dibelakang. Aku sengaja memilih bilik briefing kerana selesa di situ. Aku membuka blind tingkap kaca bilik mesyuarat agar lampu dari luar mencuri masuk ke dalam bilik.. Aku berniat untuk meneruskan tidur rehatku. Ah jadi lah sejam lebih tidur. Janji segar dan tak mengantuk nanti….

Aku merebah diriku lagi…dan berkelubung…ketika diri mulai terlena..ku dengar dinding pula seperti bunyi cakaran lembut..berkali2 dari hujung bilik ke hujung bilik. Aku malas untuk memikirkan hal yang bukan2. Kurasakan pada detik itu. Bunyi plastik beg pula seperti di kerenyuk renyuk oleh sesuatu. .di saat itu juga selimutku bagai di tarik perlahan2.. Dingin mula menyusup dari tapak kaki menyelinap ke bahagian kaki.

Di hujung sofa, diantara sedar dan tidak aku melihat sesuatu yang ganjil.. .Seperti satu tubuh kecil sedang mengerenyuk2 sesuatu. Bunyi renyukan bag plastik itu sangat menganggu. Aku kejang dan tak dapat bergerak…tubuh kecil itu mula menghampiriku dan menghilang. Di saat itu, aku kembali normal dan nafasku tercungap2. Aku enggan meneruskan niat untuk tidur didalam bilik mesyuarat itu. Aku lantas segera bangun dan memakai sandal. Segera keluar dari bilik mesyuarat tadi. Staff2 yang lain ku lihat ada yang sudah bangun. Lainnya ada yang masih lena dibuai aircond.

Aku mencapai toiletries dan ingin segera ke toilet untuk mencuci muka…Ku kira gangguan tadi hanya berakhir di bilik mesyuarat tadi. Entah hal yang lagi aneh sekali lagi berlaku serentak satu malam.. Jam sudah menunjukkan jam 2pagi. Aku merungut sendirian didepan cermin toilet. Segala maki hamun dan carutan manja keluar dari bibirku kerana rehatku diganggu. Masakan tidak, anda bayangkan. Dari pukul 2petang aku bertugas. Dimana sekarang sudah menunjukkan 2 pagi. Dahlah kena overtime Dan harus balik jam 7pagi. Diganggu lagi. Aku memberus gigi dan selesai semuanya. Aku membebel lagi di depan cermin.. Toilet itu agak sunyi di waktu dinihari seperti itu. Aku membetulkan solekan wajahku di depan cermin kerana sebentar lagi aku harus mengendalikan kaunter check in untuk flight lion air KL-Surabaya-Mataram.

Di hujung sana…..ku dengar sesuatu lagi. bunyi ketawa berdekah2..Kah Kah Kah Kah …..”Aku menjerit geram “Hoi ko nak apa lagi!!!! Ko boleh x jangan ganggu aku.”…..Ia terhenti…krekkkkk krekkk krekk bunyi pintu tandas tempat bunyi dekahan ketawa tadi terbuka tertutup..terbuka tertutup….Ah tiada siapa. Ttappp tapp tappp …tiba2 bunyi hand dryer mesin pengering tangan di sisiku hidup sendiri….. Aku terkejut dan mula mengemas peralatan make up serta toiletriesku…di dalam rasa tidak keruan itu. Mataku sempat memandang ke hujung toilet. Ku lihat satu tubuh. ..sedang mencangkung ..sedikit tunduk…rambutnya mengurai..kering tubuhnya..berbalut kain yang sangat uzur dan compang-camping…. Mukanya terangkat sedikit demi sedikit….ditangannya ada bilah pisau cukur lipat lama. Dia sedang menguris2 giginya seperti sedang memberus gigi….kelihatan d***h menitis2 dari bibirnya, mata nya menjengil bulat dan tersengih. Aku melangkah setapak demi tapak ke belakang dan mulut ku mula beristighfar dan menyebut auzubillahiminasyaitanirajim…

Tatkala itu, bahuku ditepuk… Aku menoleh,”Kak,kenapa Kak…Akak ok ke?”
Aku memeluk staff ground handling MAS berkebaya ungu gelap biru bertudung turqoise tersebut dan rasa sangat bersyukur ketika itu. Wanita bertubuh kecil itu terpinga2 kehairanan.”Akak ok ke?”..Ok dik cuma penat kot sebab kerja dari petang dan kena stay back buat flight pagi dik.”..rasa nak pitam penat dik sebab tahan sakit sengugut lagi….”Akak balik office dulu ye dik….sebab lepas ni nak kena buat kaunter check in flight indonesia….”.Wanita muda itu mengangguk faham…dia cuma mengeleng kehairanan melihat diriku yang tak keruan…Aku berlalu dan melangkah laju ke pejabat. .

Begitulah ceritaku…..terima kasih kerana sudi membaca pengalamanku. Murni…disampaikan semula melalui El….assalamualaikum….

Hantar kisah anda  : fiksyenshash.comm/submit

El

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.4]

3 thoughts on “Kisah Murni”

  1. Peliklah, kenapa orang yang kena ganggu/ada pengalaman ni bila orang tanya mesti acah2 berani tak mau bagtau orang lain atau kawan. Bila tanya je mesti dok menipu takde apa2. Here’s the thing, you should tell people what you see, supaya orang tu tak kena ganggu, boleh avoid situasi yang sama atau supaya orang boleh bantu ko pulak. Alasan tak nak bagi org tu takut takkan membantu diri sendiri mahu pun orang tu.

    Ko masuk toilet nampak hantu, ko bgtau je kawan ko ko nampak hantu.

    Mcm kat opis aku ni, makcik cleaner datang subuh2 cuci toilet bgtau dia nampak kepala dalam sinki. Di takut. Dia bgtau staff supaya staff boleh la nk masuk tu beringat atau baca apa2 supaya tak kena ganggu. Samada orang lain nak percaya ke tak, itu lain cerita.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.