seram-41

kisah pelik di hostel xxx

Hai pembaca semua. Ni first time aku nak menulis kat sini. Tak tahu la best ke tak bagi korang.

Ok masa tahun 2011, aku dpt sambung belaja kat satu ipts kat cheras ni, n aku stay kat hostel. Hostel kolej ni apartment yang dah di sewa 1 blok dan dijadikan hostel perempuan. So dlm 1 rumah ade 3 bilik dan menempatkan 10 orang. Dlm setiap rumah ade 2 toilet. 1 toilet kecik which is mcm toilet kat rumah kite, 1 toilet lagi pulak agak besar yang memuatkan 2 bilik mandi & 1 tandas untuk membuang (mcm toilet hostel lain).

Yang aku nak ceritakan kat sini, toilet besar yang bagi aku agak scary. Setiap kali nak mandi, aku mesti terasa macam ade something teman aku. Tengah jenguk aku dari atas. Bila aku tengok sekeliling, tak penah ada apa2. N rase seram tu datang dari tandas untuk membuang yg kat hujung sekali. Semua housemates aku pun rase benda yang sama. Lagi2 waktu malam, memang seram nak mandi.

penah satu hari, ktowg 1 rumah buat operasi bersihkan toilet besar tu. N ktowg jumpa 1 pad yang ade darah lagi kat tandas membuang hujung tu. Betul2 kat penjuru pintu masuk. Masa tu ktowg tak fikir ape. Just fikir ade antara kitowg yang tak cuci n tak buang (padahal tandas membuang tu dah tak boleh pakai. Pam rosak. Ktowg selalu guna toilet kecik). Bila tanya, semua tak ngaku. So takpela ktowg buang je. Settle kat situ

tak lama lepas tu, selang beberapa hari, u know what, pad yang ade darah ade balik kat tmpt dia! N aku tak tau dari mana n siapa yang letak. Kalau ikut logic, siapa nak letak kat situ sedangkan toilet tu mmg dah tak pakai. Lagipun dah kenapa nak letak atas lantai kat penjuru pintu sedangkan sinki ada kat luar. Aku rase benda tu ada kat situ n sebab tu kot setiap kali mandi rase macam ada benda teman n tgh tengok aku.

Kitowg semua tak terkata apa. Just diamkan je sbb ktowg kena stay situ setahun. Gila kau nak kecoh2. Tak pasal2 kang benda tu munculkan diri. Masak aku.
.
ok ni aku nak cerita bab lain pulak di hostel yang sama n rumah yang sama. Lepas abis cuti sem, aku orang yg terawal sampai kat situ memandangkan rumah aku tak jauh mana. Budak2 lain pun ramai yang tak balik lagi. So agak sunyi dengan cafe pun tak bukak lagi.

Memandangkan tak de apa nak dibuat, aku pun main la henfon atas katil aku (katil aku double decker, aku tidur katil atas). Tengah sedap2 mcg ngn kwn aku, tibe2 ‘aaaaahhh !’ betul2 kat sebelah telinga aku !. Kuat dan dasyat. Sampai kan aku terus terlompat turun dari katil n lari keluar dari rumah tu. Aku tak ingat ape dah. Fikiran aku kosong. Pintu semua aku tak kunci. Oh ya lupa bgtau. Rumah aku tingkat 3. N kau boleh imagine tak aku berlari turun tangga tapi tak rasa tangga sbb takut yg terlampau sgt !.

badan aku menggigil sgt2 muka pucat lesi. Takut2 pun ntah mcm mana sempat lagi aku capai henfon aku sebelum cabut lari tu. Sampai je tingkat bwh sekali, aku cuma fikir nak cari tmpt ade orang. Aku terus berlari ke koperasi, masuk n duduk kat kerusi yang ada. Akak koperasi dah tgk aku semacam. Lepas dah tenangkan diri semua, aku mcg housemates aku suruh balik cepat sbb aku taknak masuk rumah tu selagi dorg tak de !. Berejam gak la aku tunggu dorg sampai. Sejak tu setiap kali nak balik, aku akan mcg kwn2 aku dulu. Aku akan pastikan masa aku sampai sama ngn dorg sampai haha.

tu je cerita aku. Nti kalau free, aku cerita pulak kisah aku kena kacau ngn pontianak. Boleh pulak dia layan syahdu time aku tgh dgr lagu sedih sambil study. Sampai ke sudah aku takut nak dgr lagu tu malam2 !

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *