Kisah penginapan di hotel-hotel

#Alkisah

Tersebut lah kisah seorang insan yang mempunyai pengalaman menakutkan menginap di beberapa hotel. Saya yang menulis ini seorang perempuan yang tidak ada apa-apa kelebihan melainkan dapat merasakan kehadiran makhluk Allah tersebut.

Hotel#1
Pengalaman paling diingati saat menjejakkan kaki di dalam bilik hotel di Phuket. Hotel ini di atas bukit, kami ‘check-in’ kira-kira pukul 2-3 petang dan dapat bilik yang paling hujung. Sebaik masuk pintu, kami disambut dengan lampu yang malap, hati sudah rasa tidak tenang. Tapi terus dilupakan sebaik suami ingatkan yang kita lagi kuat berbanding apa yang saya takutkan. Tambahan pulak, apabila nampak ‘infinity pool’ di hadapan balkoni yang menghadap Pantai Patong. Langsung lupa!

Apabila hampir pukul 6 petang, dengan perut yang berkeroncong, kami bercadang untuk pergi cari makanan. Masa bersiap untuk keluar, lagi sekali hati tidak tenang. Rasa ada sahaja yang tidak kena. Masa ini patut zikir benteng diri, tapi entahlah apa yang saya fikir. Langsung tiada doa bekal untuk berjalan kaki mencari restoran halal.

Misi mencari restoran halal berhasil setelah 15-20 minit berjalan menuruni bukit. Semangat pengembara! Jangan tanya kenapa tidak naik teksi atau uber. Sebab Allah sudah tetapkan ketika masuk restoran tersebut ada perkara berlaku yang tidak akan dilupakan.

Sebaik duduk di meja yang paling dekat dengan pantai, suami terus panggil ‘waiter’ dan minta menu. Masa ini terus cakap dengan suami lagi, “Tak sedap hati ni, you” (masa ni panggil i, you sebelum kena marah dengan mak sebab panggil suami macam kawan). Respons zikir daripada suami buat rasa panas hati. Ada ke suruh buat benda yang kita memang tahu!

Apabila hati panas dan pantas sahaja menggelegak, saya tahu memang ada benda yang tidak elok. Allah hantar ‘waiter’ perempuan elok bertudung bertanyakan hendak makan apa dengan dialek Kelantan campur Siam. Order tomyam, telur dadar, nasi putih dan air untuk 2 orang.

Tangan menggigil, jantung berdegup laju apabila kakak tersebut tanya, “Makcik lagi sorang tak minum??” Kami suami isteri pandang sesama sendiri. Saya tanya kakak tu balik, “Siapa makcik lagi sorang? Kami 2 je ni.” Dia terus minta maaf dan cakap, “Oooh, takpe tersilap. Nampak sorang lagi tadi. Tapi sekarang dah tak ada. Minta maaf.”

Selepas order diambil, kami buat macam biasa dan makan tetapi makanan langsung rasa tak sedap dek kerana makcik yang kami tak nampak.

Disebabkan sudah Maghrib, kami pulang ke hotel dengan teksi. Sampai pintu bilik, dengan membelakangkan badan dan masuk ‘reverse’ style, saya baca bismillah dengan harapan makcik tidak ikut pulang.

Alhamdulillah. Tidur walaupun tidak nyenyak tapi tidak diganggu. Kesudahannya, sampai sekarang tak tahu makcik tu ikut dari bilik atau tumpang masa jalan kaki!

Hotel#2

Kami menginap di salah sebuah hotel berhampiran Gurney Drive, Penang. Menginap untuk bercuti hujung minggu sebab hobi kami yang suka ‘travel’. Nasib sama setiap kali menginap. Kami dapat bilik yang paling hujung.

Sebaik masuk, saya dapat rasakan aura yang kurang baik. Dengan keadaan bilik yang seolah-olah rona kuning menandakan bilik yang jarang didiami manusia. Perasaan yang susah hendak digambarkan.

Tetapi misi berehat dan lepak diteruskan walaupun tidak selesa.
Berehat penting selepas kekenyangan pekena nasi kandar. Hehe. Disebabkan badan sudah lemau berehat, kami naik ke aras ‘swimming pool’. Celup celup kaki dan ambil gambar terus pulang ke bilik.

Sebelum sembahyang maghrib, saya berniat untuk mandi dahulu. Ternyata bilik ni jarang ada penghuni. Bilik air seolah olah sudah lama tidak digunakan. Walaupun rasa diperhatikan, saya mandi dan terus solat. Tetapi langsung tidak boleh khusyuk dengan bunyi lif yang kuat turun naik. Sedangkan bilik paling hujung dan jauh daripada lif.

Selesai solat, kami duduk di sofa sambil buka tv. Niat untuk mencari makan malam. Sambil ‘scroll’ cari senarai restoran wajib dilawati dalam ‘phone’, tv tertutup sendiri. Masa ni, kami pandang sesama sendiri tetapi masih berfikiran positif, suami buka semula tv. ‘Penghuni’ bilik ni main kasar. Dia tutup tv dan kali ni dia tambah dengan buka dan tutup lampu meja.

Suami pun terus cakap kena keluar dari bilik. Tak boleh nak tunggu lagi. Dengan beg dan baju masih berterabur, kami terus turun dan minta tukar bilik.

Hampa disebabkan tiada bilik kosong dan memang tidak berani untuk tidur bilik berhantu, kami ‘checkout’. Bazir duit tetapi kesihatan mental mesti diutamakan. Haha.

Kesimpulannya, hah! Pandai pandai lah cari hotel. Hahaha. Nasib tidak baik, bertemulah dengan ‘penghuni’ bilik tersebut.

Sekian!

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

8 thoughts on “Kisah penginapan di hotel-hotel”

  1. Sebut pasal thailand ni aku rasa mcm seluruh negara tu menyeramkan. Entah. Maybe pengaruh dari filem2 seram dorang kot. Penah stay 1mlm hotel dekat hatyai, serius tu 1st n last aku tido dekat negara tu. aku still terbayang2 hantu siam mcm dlm movie. Nak2 plak bila ada lalu area tokong2 siam dorang. Pergghhh..mcm diperhatikan.

    Reply
  2. Alhamdulillah time p krabi dulu x dak apa jadi kat hotel.. tapi.. time blek bru prasan ada satu gambar kat satu pulau ni terlebih sepasang kaki.

    Reply
  3. penah menginap satu hotel di tengah hatyai.. yg pelik nya dr mlm sampai ke pagi bilik sebelah bising bunyi org tarik sorong meja.. takkan mengemas sampai ke pagi kan.. kitorang dlm bilik 4 org semua, duk gelak2 siap ckp lagi ‘jiran sebelah ni mengemas ape la malam2 ni..’ dah cerah sikit takde dengar dah, nasib baik takde apa2 gangguan cuma sorang kawan aku cakap bila tengah malam dengar macam bunyi vibrate phone tapi dekat balkoni bilik kitorang,dia malas nak fikir negetif+ letih just ignore je la.. kawan2 aku ajak p cari makan di stall2 kat town hatyai tu, aku malas nak ikut so tinggal la sorang2 kat bilik, masa tu la pulak aku dengar ‘jiran bilik sebelah’ tu start mengemas balik, bunyi meja kerusi di ubah2 dengar jelas kot.. masa aku masuk bilik mandi tiba2 dengar bunyi org bercakap depan pintu bilik tapi kuat macam suara tu dalam bilik aku, kebetulan pintu bilik mandi mengadap pintu bilik so aku buka la pintu bilik mandi tu coz aku ingat kawan2 aku patah balik nak ambil barang ke apa.. tapi bila aku tengok bilik aku kosong je.. tak de la seram sangat cuma pelik la kan sape yg duk ubah2 perabot tengah2 malam.. bilik kitorang lak paling hujung, nasib baik tdo satu malam je hihi

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.