Assalamualaikum warga fs. Thanks admin sbb approve cite aku. Cite yang aku nak cite ni panjang berjela, kalau agak2 korg bosan, boleh sambung baca cite lain yee. Hihihi. Cite ni dah lama berlaku. Masa tu aku form5, aku baru pindah ke selatan Malaysia .
Sebab ayah aku dah pencen and decide nak balik kampung dia. Rumah tu rumah pusaka , rumah Felda. Felda yang aku duduk ni, bagi aku kurang pembanggunan, sebab masyaAllah kalau nak ke Bandar tu mau 45 minit. Pekan paling dekat pon dalam 20 minit. Dah lah jalan nak keluar tu jalan penuh kelapa sawit dengan jalan yang tak ada lampu.
Ayah aku diamanahkan untuk jaga, memandangkan adik beradik dia semua dah ada tanah felda. Sebelum aku duduk rumah tu, arwah pakngah aku duduk dan lepas dia meninggal , pakcik aku bagi orang indon yang bekerja dekat ladang sawit tu sewa.
Aku sendiri rasa berat nak duduk rumah tu sebab dah byk cite yg aku dengar pasal rumah tu. First sekali aku nak terangkan serba sedikit tentang rumah tu. Korang bayangkan rumah segi empat tepat. Panjang kebelakang. Rumah atas depan rumah kayu , petak juga. Rumah dibahagi 4 bahagian, rumah atas, tangga sikit utk turun ke bahagian ke2 bahagian ada satu bilik dan laluan ke dapur dan ke bilik air. Bahagian dapur bahagian ke3 luas , bahagian ke4 bilik air n satu stor ( stor ni baru je wat, lepas arwah pakngah aku meninggal ).
Sebab indon yang pakcik aku suruh wat rumah tu dia cite masa dia tengah wat rumah dan stor tu ada satu tempat tu keluar d***h. Kat area mane aku tak berapa pasti. Lepas je dia siapkan rumah tu, dia terus tak nak duduk rumah tu sebab dia sendiri pon tak tahan nak duduk sebab dia cite banyak gangguan.
Aku tak tahu betul atau tak, ada org cakap pakngah aku tu membela n aku tanya ayah aku sendiri dia ckp pakngah aku tu adalah belajar ilmu2 ni, sbb2 dia m**i pon tak tahu sebab apa. Org jumpa mayat dia dah m**i atas kerusi malas dekat area dapur rumah. Rumah yang aku duduk ni, rumah felda generasi lama. Yang ada kolong bawah rumah tu.
Masa tu aku kecik lagi dalam 6tahun. Pakngah aku tu meninggal, kami balik. Lepas siap2 kebumi, adik beradik ayah aku semua tido rumah tu sebab nak balik pun dah tengah malam. Aku tido paling awal, masa tgh malam tu aku terjaga, aku nampak makhluk besar , hitam dan berbulu. Lepas balik aku cite kat mak aku, mak aku call kakak ayah aku cite apa yang aku nampak, makteh aku pon cite, dia pon nampak benda yang sama aku nampak, jadinya aku tak bermimpilah. Haha
Lepas aku dah besar, bila balik raya rumah family ayah aku, buka balik cite pasal arwah, baru lah aku dengar cite masa malam lepas kebumi tu, makcik2 n pakcik2 aku ni tengah sembang2 , korg bayangkn , masa tu tengah dok dlm bulatan , boleh dia p tepuk lantai tu kuat2, kat tengah2 bulatan tu. Haaa kauu, terdiam semua. Rumah papan , ofkos bila dia tepuk tu bunyi kuatkan. Dia marah kot sebab pakcik2 n makcik2 aku ni dok bergosip. Haha .Nasib baik aku dah tido.
Lagi cite masa dorg tgh sembang2 tu dengar bunyi paip terbuka lah, ada org tengah cuci pinggan lah, bunyi org tarik kerusi kat dapur lah, mcm2 lagi lah, sampai makteh aku nak ke tandas, dia jalan turun ke bawah , laluan nak ke tandas n dapur tu pon papan jgk ( masa ni rumah xrenovate lagi) . And dah berlubang sikit , masa dia jalan tu dia ada nampak banyak B**i bawah rumah, terus tak jadi ke tandas. Keesokkannya tuh, makcik aku pesan suruh semua balik, jangan ada yang stay pon kat rumah tu lagi.
Lepas semua dah balik , org kampung selalu juga bercerita nampak b**i kat tangga rumah , stay situ je, pastu nampak mcm2 jenis rupa bentuk makhluk. Dan rumah tu pon terbiar lama tanpa penghuni. Sampai laa pakcik aku bagi org indon sewa.
Bila indon tu sewa still ada gangguan , tapi biasalah , bila orang luar nak berhijrah, tak kan datang dengan tangan kosong iye dokkk ?? huhu . Sebab ada kat satu bilik tu, gambar macam king kong (macam makhluk yg pernah aku nampak dulu) tu dorg lukis kat dinding bilik , penuh dekat dinding bilik dengan lukisan dorg tu.
Aku tak tahu lahh kenapa n benda apa yang dorg dok lukis tu. Tapi memang amat2 menyeramkan rupa benda tu. Lepas pindah ayah aku cabut plywood tu semua , biar jadikan bahagian k2 tu lapang , jadi kan tak ada bilik.
Ohh yaa, lupa nak cite, sebelum aku pindah , aku ada dtg rumah tu sbb ayh aku nak ambk duit sewa rumah n nak bagitahu yg kami nak duduk rumah tu. Masa dtg tu, ayh aku suruh ambik gambar rumah tu dari sisi depan , sampai je rumah, aku transfer gmbr rumah tu dalam komputer, esok tu aku balik sekolah , mak aku tanya ada tengok tak gambar rumah tu, sebab mak aku ada sent gambar rumah tu dekat sepupu2 dia, and sepupu dia cakap , dia nampak macam2 ada kat gambar rumah tu.
Kat atap rumah nampak penuh tulang2 macam tulang manusia , pintu rumah ada perempuan rambut panjang ,dinding rumah ada bende bertenggek, kat kolong bawah nampak ada benda tengah pandang kamera. Haha . Kat tepi rumah kawasan lapang tu ada nampak nenek tua bongkok pegang tongkat .
Aku tengok jugak gambar tu dan aku zoom , aku cuma nampak kat pintu, n kat bawah tangga depan tu aku nampak ada batu nisan terbaring n nenek tua tu je , ayah aku pon nampak kat kolong tu ada benda n batu nisan tu , lain mata , lain yg dia nampak .
Tapi sebelum pindah ayah aku dah cari ustad untuk bersihkan dan pagar rumah tu. Aku diminta lagi sekali untuk tangkap gambar . Aku tengok balik gambar rumah tu lepas ustad bersihkan rumah , cantik . Nampak berseri2 sikit . Hihihi
Aku pon pindah masok dalam rumah tu, aku stay bahagian dapur sebab ruang besar , aku dok belah kanan , belah kiri area dapur . Just letak katil je, lagi pun sebab nenek aku yg belah mak aku ni, stay sekali dgn ktorg. Dekat dgn tandas, senang dia nak bergerak. Seminggu dua ok je stay sane walaupun kadang2 rasa mcm ada yg memerhati . Ktorg duk rumah tu , lepas pukul 6 lebih, ayh aku dah tak bagi keluar rumah , sebab kawasan ni sunyi, jauh dr pekan , jauh yg amat sgt .
Nenek aku selalu jugak bagitahu malam2, masa dia bangun tahajud, dia dengar mcm bunyi cakar2 , ada org memberus . Satu malam tu aku tgh baca novel , tgh2 khusyuk layan novel , aku rasa mcm ada something pandang aku , Masa aku pandang depan kira pandangan aku ke dapur , aku ternampak bayang2 besar tinggi mcm nak terkam aku , dengan mata besar mcm tengah marahkn aku. Aku terus lari ke katil mak aku kat bahagian k2 , bahagian ke2 dan ke3 ni dipisahkan dengan dinding n ada satu pintu untuk masuk .
Aku harap korg boleh bayangkan lah macam mana keadaan rumah aku tu.
Sejak2 aku duduk rumah tu aku dapat satu penyakit yg aku xboleh nak makan, bila aku makan mesti aku muntah. Sampai kadang2 tak g sekolah sebab aku letih muntah2. Badan aku jadi xbertenaga.
Bila aku jadi macam tu, dan dengan cerita tok aku tu, ayah aku decide nak cabut rumah kayu yg kat atas tu sebab dia cakap macam ada something yg xkena dekat atas tu, tak ada sape pon berani nak naik atas tu, so ayah aku cabut papan2 lantai tu smua, sbb dekat ruang ke2 tu pon dah ada pntu lain lepas pkcik aku baiki rumah tu jadi rumah batu.
Lepas ayah aku cabut papan2 tu semua , makin ligat benda tu bekerja tgh2 malam basuh baju . Selalu dengar bunyi org memberus dekat luar. Bercakaran ,berlari2 atas bumbung. Pastu ayah aku g tebang pokok jambu dekat sebelah rumah aku tu , dia ingat mungkin musang kot dok berlari2 ats bumbung rumah.
Lepas dia tebang tu, dia rasa lain macam badan dia. Lepas solat maghrib tu , ayah aku tergerak hati nak pasang cd ayat ruqyah, masa dia tengah pasang tu, tetibe je adik lelaki aku n abg aku bergadoh sbb rebutkan bantal. Xpernah2 jadi macam tu, tetibe je bergaduh bertumbuk sbb bantal je. Ayah aku geram, dia marah la adk n abg aku sbb bergaduh. Dia sruh abg aku mengalah dgn adk aku, n tetibe je abg aku boleh melawan ayh aku, ayh aku apa lagi , naik angin laa.
Dah sudah , bergadoh plk ayh dengan abg aku sampai nak bertumbuk2 , cekak koler baju bagai , yg aku dengan mak aku ni dah takot sambil leraikan pergaduhan tu semua , tetibe ayh aku g tendang pintu rumah tu , dah laa pintu kayu, tua reput dah , berlubang pintu tu haa . Masing2 mcm panas. Abg aku mcm histeria , menangis2 , menjerit2 geram nak berlawan dgn ayh aku.
Mak aku suruh dia tenang pon dia xnk dgr dah, mak aku bagi minum air zamzam pon dia xnak. Last2 ayh aku panggil imam kat kawasan tu, lepas imam tu baca2 ayat , Alhamdulillah ok, abg aku tido mcm biasa . Aku tanya ayah aku, kenapa dia tendang pintu tu, dia cakap dia pon macam tak sedar, rasa macam marah sangat masa tu.
Esok tu mak aku suruh abg aku balik kampung mak aku dkt Kedah dgn nenek aku. Lagipon masa tu abg aku tgh tunggu result spm. Cd player yang ayah aku pasang ayah ruqyah tu, next hari ayah aku nak pasang lagi, cd player tu dah rosak. Tak boleh hidup . main kasar betul benda tuh. haha
Lepas daripada kes tu, macam2 lagi gangguan berlaku sampai laa ayah aku decide nak balik kampung mak aku, sbb ktorg dah xtahan nak stay rumah tu lagi. Dengan mcm2 gangguan . So cuti sekolah tu, ktorg pindah laa dari rumah tu , ktorg just stay dekat rumah tu 3bulan je . Sampai sekarang , rumah tu kosong , just kadang2 je ktorg balik .Setahun sekali. Kadang2 balik pon still ada gangguan .Aku nak cite banyak2 pon kang berjela2 pulak panjang nyaa . So sampai sini jela yee . Sory kalau xbest . Harap korg terhibur lah. . Babai . Assalamualaikum
~ anon ~
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Terhibur..crita lg
bestttt
best cite ni…
Klu blh,tlg bahagi2kn cte anda….
Jgn la nk cte sume skli dlm 1 karangan…klu exam,xpe la…ni bacaan santai2 je…
#jangankecamsaya
cerita best…tapi pening gak la nak membacanya. Banyak kali ak kena ulang baca untuk bagi faham.hehe
peh..sampai bertumbuk ngan ayah
bestt bohhh