Kisah Rumah Terbuka dan Awan Gelap

Salam alaik. Aku tak pernah share lagi cerita seram2 ni sebab aku ni penakut ya amat. Batang mop dalam bilik air pon kadang2 buat aku terkejut. Yela dah rambut mop tu macam apa dah. Tercongok je dalam gelap kan. Belum masuk lagi bab takut dengan bayang2 sendiri. Hahaha

Ok aku tak banyak pon berhadapan dengan mistik2 ni (Alhamdulillah) dan aku memang takmau pon. Ada 2 je kisah yang aku nak share. Mungkin tak berapa seram tapi kalau sudi baca lah.

Kisah 1 : Rumah Terbuka Waktu Hujan Renyai Yang Creepy

Masa tu raya tahun 2014 tak silap aku. Kawan satu uni aku si M ni ada buat rumah terbuka. So aku dengan suami free hari tu jadi kami pun pergi la. Bila sampai ada 5,6 orang lagi classmates aku dah sampai dulu. Tapi diorang takda kat umah time kami sampai sebab diorang pergi bergambar dekat pantai dengan si M sekali. Rumah si M ni dekat dengan pantai. Jalan kaki je dah sampai.
Aku dengan suami pun makan la kat meja makan sambil berborak dengan mak si M. Ramah betul orangnya. Sambil2 makan tu hujan turun tapi renyai2. Hujan panas kan air hujannye tak berapa banyak. Air pun halus2 je kan.

Aku tengok ke arah tingkap, tingkap nako terbuka so aku boleh nampak jelas apa yang ada di luar. Ada kereta myvi depan rumah. Dan aku nampak classmate aku si A tengah sembang2 dengan sorang lagi kawan yg aku tak perasan siapa sebab dia belakangi aku. Si A sembang sambil berdiri sandar kat myvi tu. Aku ingat lagi, dia pakai baju kurung hijau tudung hijau pun jugak. Aku pun tak pikir banyak la sebab aku agak mungkin diorang semua dah balik dari pantai. Aku continue makan..

10minit lepas tu diorang balik dan masuk rumah. Suami aku nak merokok jap so aku pergi la join kawan2 makan kuih raya depan tv. Sambil makan tu aku borak la tanya itu jawab ini. Pastu aku pelik kat luar dah takda orang tapi tak nampak pun si A dalam rumah. Aku tanya la sorang kawan yg tengah makan kuih raya dengan aku ni, “A mana? Tak masuk lagi ke?” pastu dia kata A mana datang. Dia balik Selangor ada hal katanya. Ahhh sudah aku dah rasa semacam. Tapi aku pikir kawan tu saja nak usik aku kot. Tak pun dia salah dengar soalan aku. Aku abaikan je la.. Setel makan2 salam2, balik… Malam tu aku wassap si A tanya dia ada mana kenapa tak join rumah terbuka tadi. Dia kata dia dah balik Selangor dari kelmarin lagi. Macam mana dia nak pergi rumah si M yang kat Penang ni.

Ahhh sudahhh sapa pulak yang aku nampak tadi tu??!

Kisah 2 : Awan Nano Hitam Menerjah Kegelapan Malam

Hari tu suami dan mak mertua nak hantar adik ipar aku balik institut kemahiran dia dekat satu kawasan ni agak dalam jugak tapi tak la pedalaman sangat. Aku boring so aku pun nak ikut jugak. So kami berempat bergerak la ke sana lepas asar. Bila maghrib baru kami sampai. Adik ipar duduk di rumah sewa yang disediakan pihak institut. Rumah sewa tu berada di kawasan ladang sawit. So kiri kanan tu menghadap kelapa sawit je lah. Dah setel barang2 salam2 semua kami balik…

Malam tu tidur la macam biasa. Tapi mak mertua aku ada jugak cakap dia tak boleh tido malam tu.

Tengah aku tido di samping mamat bernama suami, tiba2 je mata ku ni automatik terbuka. Korang bayangkan tengah lena sedap tiba2 terjaga buka mata luas2. Tak boleh tutup lak tu. Kami tido dalam gelap tapi ada jugak cahaya sikit2 dari lampu jiran sebelah di celah2 tingkap. Aku nampak ada macam segumpal awan hitam gelap gelemat tapi tak da bentuk, tengah terapung atas suami aku. Suami aku jenis tido terlentang macam mumia.

Benda tu terapung dan makin mendekati muka suami aku yang tengah dibuai air liur basi. Aku nak bergerak tak boleh, pejam mata tak boleh, cakap tak boleh, kepala aku macam dipaksa untuk tengok benda tu. Ahh sudah suami aku nak kena rogol ke apa.

Aku punya takut aku cuma mampu gedik2 kaki macam duyung lemas supaya terkena badan suami aku. Sambil tu aku nak jerit tapi yg bunyi cuma Erghhh Erghhhh ja. Nasib suami aku terjaga dek libasan duyung aku tadi tu dan Puffffff ! Benda tu hilang.

Berpeluh aku. Suami aku bangun dan dia kata dia pun ada rasa macam ada benda nak datang kat dia. Aku ni dah kecut tapi cover lagi. Kami baca Ayat Qursi dan apa yg patut, libas2 katil sikit dan baru boleh lena dengan aman..

Aku rasa benda tu datang dari ladang sawit tu. Sebab kami sampai situ betul2 waktu maghrib. Sebelum tido pulak kami tak baca apa2 ayat pelindung. Nasib baik tak jadi apa2 yang lebih teruk. Aku pun time tu suci dan segar bak Safi. Kalau aku period time tu mesti lagi naya.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

dah baca? jangan lupa klik SHARE kat bawah ni ye.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *