(Pengalaman kawan saya)
Kisah kali ini mengisahkan tentang seorang remaja yang dicintai oleh jin betina bangsa jin air sejak dia berusia 5 tahun. La ni remaja tu pun dah umur 20an dah pun.
Salim (bukan nama sebenar) merupakan remaja yang menyambung pengajiannya di sebuah pusat pengajian teknikal di utara semenanjung. Semasa dia dipusat pengajian, Salim ni agak aktif dan dia juga merupakan wakil pelajar disana.
Kisahnya bermula bila mana dia demam tak kebah-kebah dan kerap pengsan. Di bawa ke klinik, ke hospital namun pihak kesihatan menyatakan dia tiada apa-apa sakit, sehingga lah dia pengsan di bilik kuliah dan meracau. Pihak pengurusan pusat pengajian menelefon keluarga Salim dan bagitau apa yang jadi kat Salim.
Bergegas la kakak Salim ni pi ke tempat dia belajar tu. Payah sungguh aihh nak sebut pusat pengajian, aku sebut kolej boleh kot nuhh. Sampai kat sana adalah sorang pegawai kolej tu pun habaq kat kakak salim ni, kata dia meracau. Pi check klinik, pihak klinik kata tak dak apa. Jadi pegawai tu pun bagi la kat kakak Salim ni number telefon aku. Pegawai tu kata kat depa. Puan, dulu saya sakit saya pi kat orang ni la. Alhamdulillah, saya sihat balik. Allah izin dengan ikhtiaq kami ni. Apa kata puan try ikhtiaq dengan dia, lagipun dia dok dekat dengan tempat puan. Puan dok daerah kulim kan. Elok sangat la tu. Dia pon dok seberang perai ja.
Depa pon balik. Salim ni pak dah takdak dok dengan mak & kakak2 dia laa. Dia ni sorang ja anak laki dalam keluarga dia. Manja si anak bongsu dan anak laki sorang. Kakak dia ni pon telefon la aku, dan aku pon habaq masalah depa dan janji temu pon diaturkan.
Waktu yang dijanjikan tu aku pi umah depa. Aku pon tanya la apa yang patut sebagai info. Aku pon mula la buat rawatan dan ikhtiaq. Baru mula tak sampai 5 minit, bacaan surah pon tak habih lagi tetiba salim merasuk. Teruih dia jadi merapu. Apa lagi, aku pon gasak laa. Jin tu kata, Aku tak kacau hang pon, pasai apa hang kacau aku. Aku tak kacau sapa pon. Aku tuntut janji aku dengan Salim saja. Dia cinta hati aku. Banyak hang punya cinta. Tak dak pasai aihhh dok tak dok bangsa jin nak cinta dengan manusia. Dah-dah jangan buat lawak. Dia geram, teruih dia bawak sebahagian diri Salim ni ke tempat dia. Nasib lagi aku dapat jumpa depa ni. Dok dalam tasik mana tak tau la, kot belah daerah Kulim ni. Aku pun pi la dengan guna kaedah jaringan ilmu dan cahaya yakni huruf alif, jim dan nun.
Depa puak jin ni terkejut aku dapat cari depa. Apa lagi. Sesi perang dan bertarung tak dapat dielakkan. Punya ramai puak jin ayaq ni rupanya. Depa mai serbu aku kaw kaw punya. Aku pun buka gerakan seribu pecahan naruto yang menjadikan aku ramai dan jurusan son goku dragon ball pun aku aktifkan. Dengan aura tulen al haqqul insani nurul muhammadi maka seluruh kerajaan puak jin ayaq ni bergoncang kuat.
Depa minta aku henti serangan dan depa kata depa akan serahkan Salim balik, janji aku tak serang depa dah. Aku kata, hangpa bagi ka tak bagi ka aku tetap ambik balik budak Salim ni. Sama ada hangpa suka atau pun dak. Aku yang letak syarat-syarat bukan hangpa. Baik laa, kami patuh pada syarat hang. Selepas rundingan dengan jin pompuan tu, Salim pun pulih.
Salim pun ok dah dan balik ke kolej dia.
Aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya ribut taufan mai tengah hari. Jin pompuan mai lagi selepas 2 bulan. Cilaboi sungguh jin ni. Kali ni dia belagak sebab dia mai dengan kaum puak dia. Abang dia, kak dia, mak pak dia pon ada. Kira depa ni ketua puak dalam kerajaan depa. Apa lagi, kali ni serangan lagi dasyat aku gunakan menggunakan jurus alif lam mim. Alif lam raa, alif, jim, nun. Semua depa berselerak tarak. Jin-jin ni pun mengaku kalah, dan janji takkan buat lagi. Aku teruih pi penampaq laju-laju jin pompuan yang syok kat Salim. Berguling dia kena.
Kemudian aku tanya. Hang nama apa? Dia habaq Suraya (bukan nama sebenar). Lepas tu aku tarbiah dia. Aku kata Allah tak izin manusia dengan bangsa jin ni bersama. Kalau Allah bagi, aku ingat aku dulu yang kahwin dengan bangsa jin. Sebab aku kata jin ni lawa segak. Tapi apa yang Allah larang ni ada sebab. Jadi buat apa nak langgaq perintah Allah. Dekat sejam jugak la aku tarbiah dan beletiaq kat puak jin ayaq ni. Depa pun janji tak mau buat dah. Dan Salim pon ok dah smpi la ni. Syukur Alhamdulillah. Allah izin ikhtiar aku dan keluarga Salim ni.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
seberang perai tang mana tu bang? boleh bagi details dak
Duk berubat ka tuan
Kalau boleh rate jadi 0 bintang aku rate 0 je sebab betul2 mengarut.